Thursday, April 29, 2010

Sambal Sotong Kembang

Dah petang gini aku nak tepek gambo makanan plak....... ape lagi makanan yg aku masak utk mkn dinner kami anak beranak la...........




Sebenarnya nie first time aku masak sotong kembang tau sejak kawin. Sotong biasa tu pernah la & selalu gak masak. Nie aku cakap pasal sotong kembang. Korang tau ke rupa sotong kembang. Ade yg tak tau? Sape tak tau angkat tangan....... Nie ler rupa sotong kembang.....

ihsan en. google



So sotong kembang nie aku masak sambal la untuk dinner, ingat nak masak nasi lemak sekali malas plak & santan fresh takde kat umah so tak buat la. Nak guna santan kotak cam tak best plak sebab santan kotak nie cam wangi sikit ar......... Dah berkuntau kat dapur so siap gak la aku nyer sambal sotong......





Lawan plak dengan bayam tumis air & telur masin... pergh..... meletops wa cakap lu...... wakakakakaka.......... berpeluh-peluh bie makan.....



Nie plak gambo berjemaah (tiru ayat Makcik Rehan...... jgn marah ye kak MR....)



Alang2 aku dah tepek gambo makanan aku tepek sekali ar gambar dinner kitorang hari Jumaat. Malam tu kami makan ala2 western. Kami makan fish & chips, gara2 beras habis kat umah....... nasib baik la stok fish & chip tu ada lagi kan just goreng jer la, siap goreng fries sekali. Than aku wat gak la coleslaw, sebab bahan dah ada kat umah..... nie ler rupa nyer fish & chip aku....




Wasiat Untuk Aku

Huhuhu.... aku dapat satu wasiat. Hah! wasiat???? Nak dapat rete ke???? Wah sape la yg bermurah hati nak bagi wasiat rete kat aku nie...... Kalau la rete yg aku dapat alangkah gumbira rasa di hati. Tapi seenor nyer bukan wasiat rete tu yg aku dapat. Wasiat ini yg aku dapat


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v




kene gak la amik, dah nama wasiat kan........



1. Thank & link the person that gave you the cow


- time kasih bebanyak ler omey seab bagi akak en. lem yg besor nie....



2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active


- Kak Shida


-Kak shikin


-Sue


-Nana


-Sis Lin


-Kak Sweets


- Chik Na



3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...


- amik lah ye wasiat nie & jagalah seperti kamu menjaga diri sendiri.....hehehe....



4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv


- baring kat sofa


- tengok info lepas nie ada citer ape plak..


- mesti ada majalah, time iklan bleh baca...



5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan


- entah ek, pernah makan makanan pelik ke tak pernah, tak ingat la....



6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK


- ada lah dlm 200 lebih....



7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???


- ibu yg kenalkan & masa tu ibu bawak dia dtg my ofis & kitorang kuar lunch ber3.....




* So sape yg dapat wasiat nie silalah buat ye...... jgn tak buat.....





My April Badge

Salam semua....... masih dalam mood tak sihat lagi........

1stly nak ucap terima kasih kat Huck-Keyman sebab bagi April Badge nie.....Naper aku dapat badge nie ye??? Sebab aku join contest kat blog dia la. Kalau nak tahu contest ape tengok sini ye. Selain dapat badge nie aku pon dapat vaucer RM5 dari Mylittleshijnobasho online shop. TQ sekali lagi ye penganjur...... Meh la meriahkan lagi contest nie....

Wednesday, April 28, 2010

Kurang Sihat Hari Nie

google



Salam semua.......

Hari nie aku kurang sihat sikit la........ bangun pagi jer tekak dah rasa perit, hidung dah berair.... selsema la plak........ berjangkit Balqis kot... Balqis nie dah 3 hari selsema..... Malas tul kalau dah selsema nie, nak wat keje pon tak syok, meleleh jer.......huh!Kang kalau mkn ubat confirm tido punya.... kalau dah tertido tu alamat umah nie Balqis tolong kemaskan la...........

Sape ada petua nak hilangkan selsema selain dpd mkn ubat selsema?





Tuesday, April 27, 2010

Rezeki Balqis

Alhamdulillah...... ada rezeki Balqis nak dapat toys. Aku kan ada join GA dari blog sis Byzura. So aku salah seorang pemenang nyer...........Gumbira sgt sebab aku kan jarang2 join GA, & tak pernah menang, but mungkin rezeki Balqis kali nie menang plak.... dapat la Balqis menan warna pink tu.......



Jom Heboh @ Danga Bay

Salam semua..........

Entry pertama utk minggu nie sebab semalam tak berblog pon..... malas melanda la..... hehehehe... So entry pertama untuk minggu nie adalah berkenaan dengan Jom Heboh @ Danga Bay........

Seperti yg diketahui umum...... wah.... ayat tak tahan....... hehehehe....Seperti yg semua tahu lah kan, Jom heboh kan buat kat Danga Bay, Johor Bahru.... So ape lagi plan la nak gi kan... mau nyer tak nak pegi...... Tak kira panas pon gi jugak...... Nasib baik la bie memahami, bawak gak la bini dia ngn anak dia gi Jom Heboh tu........

Kul 8 kuar umah gi breakfast dulu baru la ke Danga Bay tapi seperti biasa la kalau ada function camnie, dia punya jem tak hengat.... nak cari parking pon punya lah lama...... tapi kul 9 lebih kaki dah jejak kat kawasan Jom Heboh la kan..... Punya lah ramai umat manusia, tak leh nak cakap... siap berlanggar bahu nie jalan..... alah mesti sumer tahu kan..... biasa ar kalau dah bersesak2...... dengan panas lagi...... kul 10 pagi dia punya panas cam kul 12 tengah hari..... berpeluh2 Balqis duk dlm stroller.... mama papa dia pon berpeluh gak, lupa nak bawak payung.... maklum ler baru 2nd time gi.... 1st time masa lum kawin, gi pon waktu malam, tak panas. 2nd time ada anak nie nak gi siang la plak kan... ha kau berjemur panas ler...........

Dah kat sana memang rambang mata la kan dengan jualan2........ kat mana2 nampak org dok pegang bek kaler2... merah la, biru lah, kuning la, hijau la, beg plastik la..... macam2 la..... termasuk la aku nie..... ada la gak yg aku bawak balik kan.... kang ada plak yg cakap "eh gi Jom Heboh tak beli ape2 ke?" Ape yg aku beli ye???? Aku beli kopok Lays, Ribena, Horlick, Minyak Ikan Scott's, Maggi... ada la lagi yg aku beli, nih tengok bawah nie ha.....

Dah kul 11.30 memang dah panas sgt dah malas nak dok lelama lagi, balqis pon dah ngantuk terus ar kitorang kuar dari Danga Bay & terus ke umah mil kat Johor Jaya dok sampai petang..........






Saturday, April 24, 2010

Best Moment Mommy To Be Contest

Join contest dari Mummy Chubby plak sempena Mother's Day. So sape2 yg nak join contest nie meh tengok sini ye. Mummy Chubby dah lanjut kan tarikh tutup contest nie.....so ape tunggu lagi meh la join......

So gambar yg aku pertaruhkan adalah

v

v

v

v

v

v

v



masa nie dah 6 @ 7 bulan preggy.....




Salah Bantal

ehsan mr. google



Salam & morning semua...........



Hari nie mood kureng la..... sebabnyer pagi2 bangun tido jer dah sakit leher, urat kat leher tegang. Org cakap salah bantal kan. Tu yg rasa cam tak selesa jer..... nak buat ape pon cam tak kena. Nak menunduk kepala lagi la jgn cakap, sakit nyer ya ampun........ tahankan je lah......



So aku pon google la berkenaan dengan salah bantal nie. meh aku kongsi ngn korang gak ye.....






>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Punca sakit leher
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my




kurang aktif, aktiviti fizikal mengejut sebabkan sendi, pangkal saraf terjejas



MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.



Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.



Gerakan paling asas seperti berjalan dan duduk sekalipun, jika dilakukan dalam adab yang tidak betul juga, lambat laun akan memberi kesan pada otot dan sendi tubuh andai dibiarkan berlarutan.



Perlu diketahui, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka. Sebaliknya kesakitan yang mengganggu ini mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.



Kesakitan ringan pula mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti berat, mengangkat berat, postur atau kedudukan tubuh tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul.



Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) Dr Balwant Singh Bains, menjelaskan kawasan yang paling kerap mengalami masalah ini ialah leher, bahagian atas dan bawah belakang serta sendi-sendi yang menanggung bebanan seperti lutut dan pergelangan kaki.



Sakit otot dan sendi boleh timbul daripada dorongan melampau dan atau kerja-kerja mekanikal atau fizikal yang berulang-ulang.



“Sesetengah orang mengalaminya akibat duduk atau bekerja terlalu lama di depan komputer, manakala yang lain mungkin mengalaminya selepas bersenam di gimnasium atau bersukan.



“Malah, bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk berasa sedikit sengal otot dan sendi apabila berdiri atau berjalan terlalu lama.”



Antara punca utama kesakitan sengal sendi dan otot adalah disebabkan postur yang tidak betul. Sebagai contoh, kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.



“Jika seseorang berasa sakit, maknanya mereka tidak menggerakkan otot. Ini kerana otot yang tidak kerap digerakkan, lama kelamaan akan menjadikan sendi tegang dan akibatnya kita akan mula merasa sakit.



“Duduk sepanjang hari di pejabat tanpa banyak bergerak sama dengan mengundang masalah pada otot dan sendi,” katanya.



Dr Balwant berkata, mengikut kajian, lelaki dan wanita berusia 20 hingga 45 tahun lebih banyak mengalami kesakitan bahagian atas tubuh berbanding mereka dalam kumpulan usia 45 hingga 55 tahun.



“Bayangkan apa akan jadi apabila kumpulan pertama beralih menjadi kumpulan kedua. Ini bermakna ramai akan mengalami masalah leher dan sekali gus menyebabkan negara menanggung kerugian kos perubatan berjuta-juta ringgit,” katanya.



Lebih memburukkan keadaan, kata Dr Balwant, rakyat negara ini sememangnya bukanlah tergolong dalam kategori ‘prihatin’ diri dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.



Ini ditambah pula dengan demam atau kecenderungan bermusim terhadap aktiviti sukan seperti badminton, bola sepak, kriket dan renang.



Atas alasan inilah, adalah disarankan sebelum terbabit dalam apa-apa aktiviti sukan, individu perlu mendapat pandangan dan nasihat doktor mengikut tahap kecerdasan individu.



Sementara itu, syarikat pengeluar produk farmaseutikal dan kesihatan pengguna, GlaxoSmithkline (GSK) memperkenalkan Panaflex sejenis koyok berubat berasaskan teknologi hidrogel unik, khusus bagi kelegaan sengal otot dan sendi. Selain mudah digunakan, produk ini juga mampu memberikan kesan serta merta.

Penghasilan produk itu bertepatan dengan penyelidikan GSK yang mana 45 peratus daripada mereka yang mengalami sengal otot dan sendi menggunakan kombinasi pelega kesakitan topikal dan oral selain Panadol Extend.



INFO: Tip elak sakit otot dan sendi



# Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
# Tidur atas tilam yang keras
# Elakkan mengangkat barang berat secara membongkok
# Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
# Pastikan berat badan ideal kerana pengurangan berat badan boleh membantu
# Amalkan rehat seketika termasuk melakukan regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
# Pelajari teknik menangani tekanan.



Antara kaedah menangani kesakitan sendi/otot:



# Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi itu secukupnya contohnya menerusi penggunaan ‘splint’ (alat khas)
# Kerap mengenakan ’cold pack’ (ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan (keradangan)
# Selepas beberapa hari, guna pek sejuk dan panas secara berselang. Urut secara lembut juga boleh membantu
# Gunakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
# Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol (panadol) atau ubatan jenis ubat bukan steroid anti-radang (NSAID).jika paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
# Guna kasut bertumit rendah
# Andai sakit berterusan, dapatkan rawatan dengan berjumpa pakar.







sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20091129090234/Article/index_html






Friday, April 23, 2010

CONTEST BABY COMOT MAMAM

Jom join contest nie. Meh tengok kat sini ye......

*********************************************************



Nama: Nur Balqis Nafisha Binti Nur Mohd Fairus

DOB & Umur: 24.08.2008 & 1 tahun 8 bulan

Nama ibu: Nazira Binti Zainal

Nama bapa: Nur Mohd Fairus Bin Abdullah

Balqis nie kegemaran dia adalah makan...... pantang nampak ada benda pemakan, mesti dia nak gak... tak kira la roti ke nasi ke coklat ke jajan ke mesti nak makan. Ape2 yg kita makan, sua ke dia mesti bukak mulut punya. Lagi satu sekarang nie Balqis suka sangat menyanyi & menari.... tak kira la lagu ape pon yg dia dengar dia akan ikut walaupun just bunyi yg hujung jer. Kalau dia main sendiri nampak ler ape2 batang yg boleh dipegang cam mikrofon tu sure dia akan letak kat mulut than nyanyi lah ikut bahasa dia......sambil2 menari pusing2, lentuk2 badan, lentuk2 kepala...... cute sangat. Lagi satu kegemaran Balqis (berapa banyak lagi satu da......), Balqis nie suka sangat main dengan kucing mainan dia, memang tak leh berenggang langsung...... kalau takde memang la menangis jer........ kalau dah jumpa balik sengih memanjang jer anak mama sorang nie..............




Thursday, April 22, 2010

Dinner Malam Tadi

Malam tadi kami anak beranak dinner lauk nie jer..... tapi sehingga menjilat jari...... sanggup nie aku buka minum air jer dulu.....bie siap puji cakap macam makan kat Senibung........ awww malu i tau.... hahaha tq bie........




taugeh kucai goreng




siakap 3 rasa..... besar giler ikan siakap nie, jenuh aku ngn bie ngabiskan......







Wednesday, April 21, 2010

No Rice

Hari Jumaat & Sabtu yg lepas adalah hari no rice kat umah aku. Sebabnyer tekak aku nie kadang2 jemu gak makan nasi putih nie. So disebabkn aku jelak makan nasi putih seminggu aku pon masak2 la spagetti & mee sahaja utk lunch & dinner....... Sonang koje, tak yah nak masak banyak lauk kan, satu menu sahaja sudah siap............

Jumaat - aku masak spegetti carbonara guna sos carbonara dlm tin tu jer...... untuk lunch & dinner, senang sekali masak jer, malam tinggal hangatkan kuah. Lgpon biasanya hari Jumaat bie balik keje lewat, tak yah hangat banyak2 lauk kan, satu jer dah siap leh dimakan.....

masak sendiri leh la bubuh kuah bebanyak.... kalau kat restoren ciput jer kan.....

Hari Sabtu plak, aku memang malas nak masak lauk2 bagai sebab makan untuk lunch jer. Malam plak memang plan nak makan luar, nak makan kacang pool haji kat Larkin. Kebetulan plak ibu ayah nak datang umah plak siang tu, so aku pon terus la menggoreng mee hoon untuk lunch tu. Aku leh jamu ibu ayah ngn adik makan sekali. Siap bertambah2 makan ayah ngn adik..... Sedap la tu agaknyer......(perasan jap...... :p)

walaupon takde rencah udang sebab takde stok, tetap licin mee hoon aku.....







Tuesday, April 20, 2010

Menu Sahur.....



Ini lah menu aku utk sahur sepanjang aku pose.......

milo panas + quaker oat, roti butterscotch 2 keping & roti delicia coklat....... malas nak masak2, janji perut ku kenyang & tahan sampai ler waktu berbuka........




Dia pon Nak Sahur Jugak

Aku nie kalau berpuasa, tak kira la puasa Ramadhan ke puasa ganti ke mesti nak kena bangun sahur. Tak geti la tak makan sahur.

So kisahnya, bila aku bangun kul 4.30 am nak bersahur tu tetiba balqis pon bangun gak. Dia dah merengek nak susu, sekali tgk aku tak de. Bila aku naik dari dapur tengok2 dia dah duduk dah..... Bila nampak aku nak makan roti, dia pon sibuk nak makan roti gak.......

Tengok je lah gambar2 balqis tgh makan roti di awal pagi....

aku kalau pose memang tido kat hall ye kawan2 sbb tak nak turun ke dapur sorang2, sekurang2 nye bila kat hall tu tak lah takut sgt.....hehehehe

sedap jer makan roti cekelat...

tutup mata sebab kena flash....

close up sikit......

Juadah Berbuka Semalam

Salam...........

Ari nie aku nak show ape yg aku makan utk berbuka semalam....... jgn ada yg meleleh ayaq liuq no.............

terubuk bakar

sambal kicap

sup carrot + crab meat + fishcake.....

malam plak potong buah mangga utk pencuci mulut.......tapi tak snap gambar la...acik lupo......





Monday, April 19, 2010

Puasa Ganti.....

Hari nie aku baru nak mula puasa ganti....... huhuhu lagi 4 bulan nak pose baru nak terkedek2 ganti pose.......

Harap2 dapat la aku pose penuh ari nie....InsyaAllah.......

Ape plak nak masak tuk buka pose nanti yek? hehehe.... baru kul 10 lebih dah pikir pasal berbuka... apara..........









Saturday, April 17, 2010

Tolong.......!!!!!!





Tolong..... tolong....tolong......
Korang ada masalah ngn mylook tak?
Naper mylook aku takleh search ek?
Kuar macam yg kat atas tu.....
Korang punya macam tu tak?
Camner nak wat ek????
Sape tau? Meh tolong aku...........





Achik Spin Maut Kemalangan Ngeri

Achik Spin maut kemalangan ngeri
17/04/2010 8:42pm


SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan





Sumber: Kosmo Online





*** Al- Fatihah, semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman.....