Monday, June 28, 2010

Terengganu - Part 4

Dari Tasik Kenyir terus kami ke Kuala Terengganu. Ikut perancangan nak ke Masjid Kristal, tapi sebab dah petang sgt, so kami terus la ke hotel. Sampai hotel pon dah dekat pukul 6.00pm.



Kami stay kat Hotel Ming Star. Suasana hotel tu sangat selesa. Memang aku rekemen la kat korang sumer kalau ke Kuala Terengganu boleh la stay kat hotel nie....... Tapi sorry eh, aku tak ingat nak amik dia nyer pamplet.



ruang mandi



singki & hair dryer



towel rack



toilet



almari & mini pantry



meja solek



tempat beradu......



Malam tu pulak, acara aktiviti bebas. Memula aku & ayah plan nak gi main bowling la, sekali nak ke tempat bowling tu punya lah jauh, so kami patah balik. Just makan malam kat kedai yg dekat ngn hotel jer. Habis dinner aku gi ke Secret Recipes, nak beli kek utk bie tercinta la, kan hari bertolak ke Terengganu tu birthday dia tak dapat sambut pon, so malam tu beli kek jer la utk simple celebrate.



kek ape nie aku lupo lah pulok nama dia



banana chocolate cake



marble cheese cake






next entry............................................



Terengganu - Part 3

Sambungan entry lepas..... tak habis2 lagi citer pasal kat Terengganu nie, lambat benor ira nie nak citer. Kesian semua tertunggu2.......

Lepas jer jamuan ringan, kami semua gerak ke jeti untuk menaiki Kenyir Cruise untuk ke Taman Herba. Sempat ke Taman Herba je, pulau2 lain tak sempat sebab dah kesuntukan masa, maklum la dah kul 1 lebih dah masa tu....

budak tecik nie seronok nak naik bot....

nie la cruise yg kami naik utk ke Taman Herba

Dalam cruise tu ada juga penerangan2 ringkas berkenaan pulau2 yg kami lalu, berkenaan dengan hotel atau resort yg terdapat kat Tasik Kenyir tu.

suasana dalam cruise

Jeti dari jauh

En. Ghani sedang beri penerangan

hotel & resort yg terdapat di sekitar Tasik Kenyir

nampak tak rumah yg warna putih belah bawah tu, kalau nak sewa situ RM5K semalam, mahal yg amat.....

Perjalanan dari jeti ke Taman Herba tu mengambil masa 45 minit. Cantik kawasan kat Taman Herba nie, tanam macam2 jenis pokok herba, dari yg kita kenal sampai la yg kita tak kenal pon ada.....

bergambar kat jeti Taman Herba dulu

Selamat Datang ke Taman Herba

gambar bertiga

Taman Herba Tasik Kenyir

pokok2 herba

pokok2 yg cantik

Kat Taman Herba Tasik Kenyir tu kami singgah kat Pondok Harmoni. Kat situ kami diberi penerangan berkenaan dengan herba2 yg ada kat Taman Herba, sambil di beri minum air2 herba seperti air tongkat ali, air kacip fatimah + mas cotet. Kat pondok tu pon ada dapur utk merebus herba2 tu utk dibuat minuman. Rasa minuman2 herba tu tak lah sepahit yg kita sangka... tak pahit langsung, air kacip fatimah tu rasa cam air mineral je......

tempat rebus air herba

Dah puas dok kat pondok tu sambil2 tgk herba2 & minum air herba, kitorang pon nak balik dari Taman Herba. Sambil2 tu tengok2 lagi pokok2 yg ada kat situ sambil amik gambar.......



Dah sampai ke jeti semula, kami balik ke ofis KETENGAH untuk makan tengah hari. Selesai makan tengah hari, rombongan kami pon berangkat untuk ke Kuala Terengganu. Sebelum balik sempat lagi bergambar kenangan di ofis KETENGAH.





next entry...........




Friday, June 25, 2010

Terengganu - Part 2

Subuh hari Sabtu bas berenti kat sebuah masjid, aku pon tak pasti area pahang ke terengganu. Dah siap mandi solat subuh semua rombongan pon bergerak semula meneruskan perjalanan. Tapi sampai kat sini kami berhenti untuk sarapan.




Nie la bas yg rombongan kami naik. Satu official bas KEJORA & satu lagi bas ekspress Mara Liner



kami sefamily naik bas ni



Dah siap sarapan semua, kami pon teruskan lagi perjalanan ke destinasi iaitu Tasik Kenyir & KETENGAH. Dalam bas sempat la amik gambar suasana dalam bas.


bibi & balqis


bie & me, muka org tak siap & mengantuk



suasana dalam bas



Dalam pukul 11.00am baru rombongan kami sampai di Tasik Kenyir.




Sampai jer kat Tasik Kenyir, kami semua masuk ke ofis KETENGAH untuk mendengar penerangan ringkas berkenaan dengan Tasik Kenyir sebelum di bawa menaiki Kenyir Cruise utk mengelilingi tasik. Rupanya timbalan pengarah KETENGAH adalah kawan lama ibu, bila dia cakap dia ada kawan lama kat KEJORA & dia sebut nama ibu baru la dua2 ingat, kira cam jejak kasih ar........ Habis jer penerangan kami semua dijamu dengan jamuan ringkas than semua siap2 untuk menaiki Kenyir Cruise.

yg baju merah tu la kwn lama ibu, En.Ghani...


Sebelum kita mengelilingi Tasik Kenyir, kita bergambar dulu.................

next entry............


Thursday, June 24, 2010

Terengganu - Part 1

Kitorang sampai umah Penawar dah kul 9.00pm. Duduk kejap than aku terus iron baju kerja bie sbb aku tau nanti balik dari Terengganu sure dah subuh than mesti tak kuasa aku nak iron pagi2 buta. Sambil2 iron baju tunggu ibu balik darimajlis anugerah khidmat cemerlang kat Desaru. Dalam kul 10.30pm ibu balik than kitorang pon siap utk turun ke ofis KEJORA utk tunggu bas.

Bas dijangka sampai dalam kul 11.00pm. Kami gi Terengganu dengan 2 buah bas, satu bas official KEJORA & satu lagi bas Mara Liner. Dalam kul 11 lebih bas KEJORA dah sampai dulu than sape2 yg naik bas tu terus la letak2 barang & ambik tempat. Kami nie still tunggu lagi bas Mara Liner tak sampai2.

Sementara tunggu bas sampai tu ape lagi sesi bergambar la. Ye lah takde benda nak buat kan. Ibu plak sibuk borak ngn kawan2 dia.........

bie

ayah & bibi

bibi, ibu & balqis

me & bibi

Dekat2 kul 12.00am baru lah bas Mara Liner sampai, terus kami semua letak barang & ambik tempat kat dalam bas. Balqis punya la excited naik bas, suka giler... kejap2 kat sit nenek & atuk dia, kejap2 kat sit mak ngah dia, kejap2 kat sit aku & bie. Memang tak geti duk diam ar, pukul 1 pon tak tido lagi. Tapi bila dah mengantuk sangat baru la sibuk cari aku nak susu, than terus tido. Alhamdulillah dia tido dengan nyenyak nyer sampai la ke pagi........

Balqis tido atas pangku papa & mama

mak ngah bibi intai dari sit depan

Perjalanan yg panjang & lama, jadi kami semua tido jer la kat dalam bas. Tapi tido still terjaga jugak, ye lah keadaan tak berapa selesa bila tido duduk kan. Than bas ada berhenti2. So bila bas berhenti kita nie pon terjaga la.......

continue next entry...............