Tuesday, March 20, 2018

New Journey with Excellent Alliance @ EA Projek 2018


Assalamualaikum.......


Lamanya tak bersiaran di blog kesayangan ni. Walaupon lama tak bukak still kesayangan jugak tau. Susah payah nak create blog tak kan la tak sayang kan. Banyak cerita yang dikongsikan dalam ni. Bersarang bersawang blog, sekarang la masa untuk bersihkan pulak. Tak kan la nak biar je bersawang kan.


Ira sebenarnya nak cerita tentang projek baru bersama dengan team kerja yang baru. Masih lagi dengan ahli kumpulan yang sama cuma kami bertukar nama kumpulan yang baru, seiring dengan tahun baru dan semangat yang baru.


Projek pertama kami dengan team baru yang diberi nama Excellent Alliance Team (EA Team) ialah EA Projek 2018. Projek kedua pula ialah EA Videoshoot di Shah Alam.






Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang EA Team dan EA Projek 2018, jangan malu-malu untuk tanya dengan Ira terus atau boleh hubungi Ira di 012-7307047.


Jom sama-sama tonton hasil video shooting EA Team.
Enjoy the video uolls......









Monday, February 13, 2017

BB Plus Collagen

Orang perempuan ni semakin meningkat usia kita semakin la kita risau tentang skin kita kan. Risau ada kedutan dibahagian wajah, risau naik jerawat dan jeragat, risau kulit muka atau tubuh badan kendur, risau muka nampak lebih tua berbanding usia dan macam-macam lagi lah kerisauan tu yang bermain-main di fikiran kita orang perempuan ni. Betul tak? So kita mesti akan tercari-cari solution, dan benda yang pertama sekali kita akan terlintas ialah nak cari kolagen dan nak consume. So hari ni Ira nak share info tentang kolagen terbaik yang Ira sedang amalkan sekarang ini iaitu BB PLUS COLLAGEN.





Penuaan merosakkan kollagen dan seterusnya merosakkan kulit.

Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan, dan pelbagai tisu penghubung dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan pula ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fibre protein, fibroblus dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah faktor penyebab berlakunya proses penuaan kulit.


Mengapa memilih BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mengandungi Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk menghasilkan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.


Bagaimana BB Plus bertindak?

Mod 3 tindakan:
1.  Memulih - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang rosak atau lemah
2.  Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3.  Memperbaharui - Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru


Dos apakah yang efektif?

Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.




Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?

Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kologen, melindungi kolagen dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis


Bagaimana BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?

Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.
Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism dan osteoarthritis.


KEBERKESANAN:

BB Plus mengandungi peptida kologen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.




7 Hasil kulit cantik:
1.  Kulit wajah berseri dan cerah
2.  Kulit lebih anjal dan tegang
3.  Kulit lebih halus dan gebu
4.  Kulit lebih lembab
5.  Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6.  Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7.  Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari


CARA PENGAMBILAN:

Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur. Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.

Tanpa Gula dan Kolestrol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan meraka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.


RAMUAN UTAMA:

Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin.



Do not hesitate to call/text/whats app me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: @ira_zainal






Tuesday, January 24, 2017

Tahun 2017 - The Beginning

Walau pon dah masuk minggu terakhir bulan Januari 2017 tapi masih tak terlewat lagi kan untuk Ira ucapkan Selamat Tahun Baru 2017




Tahun baru pastinya semua nak yang baru termasuk azam baru, tak gitu???
Bukan Ira je, pastinya semua orang pon macam tu jugak kan. Macam-macam azam baru kita list. Mana yang tak terlaksana lagi tahun lepas, kita carry forward tahun ni pulak.

Tak kira la apa pon azam kita, kita cuba buat yang terbaik.
 Jangan putus asa dan sentiasa positif.
termasuk lah dalam apa jua bidang yang kita lakukan,
 lakukan dengan sepenuh hati dan terbaik





Apa yang pasti kita buat la apa pon tugasan dan azam kita dengan perasaan gembira. 
Happy doing what you like!





Happy New Year 2017!

Thursday, June 23, 2016

Premium Beautiful: Limited Time Offer

Assalamualaikum......

Salam 18 Ramadhan...... 

Sekejap sahaja kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Tak lama lagi dah hampir ke penghujung Ramadhan dan akan menyambut Syawal pula.

Macam mana dengan persiapan untuk menyambut Syawal. Ira pasti ramai yang dah buat persediaan awal untuk menyambut Syawal kerana ingin memberi sepenuh perhatian untuk beribadat di sepanjang Ramadhan ini kan. Alhamdulillah.....


********************************************************


Ira nak share dengan uolls semua yang promosi Premium Beautiful ada 8 hari lagi.

Promosi jimat banyak ni uolls sampai hujung bulan Jun ni. Masuk je bulan Julai harga Premium Beautiful dah kembali ke harga asal. Dan CASH REBATE pon dah tak ada tau. Cepat rebut peluang untuk dapatkan penjimatan bermula RM600 - RM1500.




Jom kita tengok antara latest testimoni pengguna Premium Beautiful












Jangan lepaskan peluang terhad ni. 



Call/text/whatsapp @ 012-7307047
PM @ facebook: Ira Zainal
Follow @ instagram: ira_zainal

Wednesday, May 18, 2016

CONGRATULATION CDM NORAIN MOHD NIZAR - MUT 23


Congratulation to my dear CDM Norain Mohd Nizar for your achievement as a Crown Diamond Manager. you really deserved it.


For those yang tak tau lagi. CDM Norain salah seorang leader dan mentor dalam team The Diamond Circle. Dia jugak lah yang bawak Ira masuk dalam dunia bisnes bersama Sahajidah Hai O dan guide Ira and team sampai lah sekarang.


Di sini Ira share video kejayaan CDM Norain semasa meraikan & diraikan sebagai CDM pada Majlis Ulangtahun ke 23 Sahajidah Hai O. Video ini memberikan inspirasi buat Ira untuk terus berusaha dan tidak mengalah dalam bisnes yang Ira ceburi sekarang. Ira harap video ini juga dapat memberi inspirasi buat partner-partner Ira dan juga semua pembaca blog Ira.





Love,
Ira Zainal