Showing posts with label from my kitchen. Show all posts
Showing posts with label from my kitchen. Show all posts

Saturday, July 04, 2015

Resepi : Ondeh-ondeh aka Buah Melaka (BV Alfalfa)

7 Ramadhan, Ira decide nak buat kuih ondeh-ondeh untuk berbuka puasa, so petang tu siap2 la dengan ibu untuk buat ondeh-ondeh tapi kali ini ondeh-ondeh BV Alfalfa. Iye ira campur BV Alfalfa dalam doh ondeh-ondeh. BV Alfalfa bukan jer boleh diminum tapi juga boleh dicampur dalam makanan juga.

Jom Ira share resepi ondeh-ondeh. Resepi asal dari blog Azie Kitchen. Tapi ira derhaka dengan campurkan BV Alfalfa.... jangan marah ye tuan punya resepi.....



Ondeh-ondeh / Buah Melaka BV Alfalfa
Resepi asal - Azie Kitchen
Olahan - Ira


Bahan-bahan:

Tepung pulut - ikut suka berapa banyak
5 helai daun pandan - ambil jus pandan secukupnya
beberapa titik BV Alfalfa
Gula melaka - potong kecil
Gula merah - ikut suka berapa banyak
1/2 biji kelapa muda parut bahagian putih sahaja
sedikit garam
sedikit kapur


Cara-cara:

- Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan, beberapa titik BV Alfalfa dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan

- Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. masukkan gula merah + gula melaka yang telah dipotong kecil. Tutup adunan kemas-kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik

- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih

- Masukkan bebola tepung tadi ke dalam air mendidih dan tunggu sehingga ia timbul di permukaan air menandakan ianya sudah masak dan boleh diceduk keluar

- Toskan dan terus masukkan ke dalam pinggan berisi kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golekkan di atas kelapa sehingga ia bersalut betul. Sedia untuk dihidang



Senang je kan........ so selamat mencuba....



doh ondeh-ondeh


 ondeh-ondeh BV Alfalfa dah siap untuk dimakan.....




Tuesday, July 01, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum & morning alls....

Salam Ramadhan Al Mubarak utk semua pembaca blog Bila Ira Zainal Bercerita (ada ke pembaca huhuhu...) serta semua umat Islam di dunia. Semoga Ramadhan kali ini kita mendapat keberkatan, keredhaan Allah. Semoga kita dapat menungkatkan lagi amalan2 serta ibadah di bulan mukia ini. In Sha Allah.... Amin...





Macam mana luasa hari pertama & hari kedua semua? Mesti ada yg letih kan, ye lah 1st day la katakan, mcm En. Bie aku la, hari pertama lepak. Hari kedua dah ok dah. Balqis plak hari pertama x puasa. X nak puasa katanya. Tapi bila balik tumah nenek Aina ptg tu tgk Kakak Aina puasa hari kedua dia pon nak puasa. Puasa fulk tau uolls. Last year Balqis puasa gak tp x dpt full day pon. Kira smlm tu first time la dia puasa full day. Good job Balqis! Tapi hari nie aku ckp kat balqis x payah puasa walaupon dia nak puasa. Bkn ape budak kelas dia ramai cina & mejoriti skolah fia pon tamai cina & india termasuk guru2. So sure diorang akan sediakan makanan utk budak2 nie. Abis tu nanti balqis tgk jer, kesian kan... So baik x yah puasa.


Hari pertama puasa, aku kerajinan nak buat kuih. Tekak terasa nak buat kuih bakar. So Google je lah resepi than olah2 sikit sbb ada bahan yg takde. Buat kuih bakar 2 adunan satu adunan tu terhangus. Tp terhangus tu yg sedap br la rasa bakar dia kan. Yg adunan kedua tu x terbakar tp cantik jer... buat kuih bakar tu utk bawak gi umah mil ptg 1st ramadhan tu, kami berbuka kat sana. Ibu ayah balik umah Bandar Penawar, petang tu br balik JB. So satu adunan tu aku tinggalkan kat tumah utk ayah ibu berbuka nanti. Bagi kat jiran sebelah sikit. Gembira sgt Sbb hajat nak huat kuih bakar tu tercapai & sedap, walaupon 1st time try buat. Bakar pon guna pemanggang ajaib jer, senang...



Adunan pertama yg terhangus tu tapi rasa dia sedap



Adunan kedua yg cantik sikit. Mil kata sedap...



nie resepi dia kalau siapa2 nak try buat ye....



Selamat mencuba semua...

Saturday, June 28, 2014

Resepi: Lasagna Roti / Roti Lapis Daging

Assalamualaikum all....

Hari nie aku nak up entry masak2 sblm puasa esok. Hari minggu lepas aku buat lasagna roti atau org panggil roti lapis daging. Buat utk makan malam. Memandangkan hari2 biasa ibu yg akan masak utk lunch & dinner, so hari minggu je lah turn aku masak. Itu pon kalau rajin hehehe... kalau x kami mkn di luar saje hehehehe.... rajin sgt kan bini En. Bie... :)


Main dish is lasagna roti la, makan dengan side dish dia aku buat potato salad & ayam panggang rosemary. Ayam panggang rosmery tu aku bakar dalam pemanggang ajaib je. Senang & cepat. Lasagna roti plak aku cari resepi dia kat google jer. Walaupon cari kat google je tp mesti la cari resepi yg mudah & lazatkan. Orang2 kat rumah pon cakap sedap walaupon first time buat nie bakar dia x cantik sgt tapi tetap licin. Aku amik resepi lasagna roti nie dari blog Weezana Life Is Colorful (http://emiliaputeri.blogspot.com/2012/04/step-by-step-lapis-roti-berdaging.html?m=1)







Bahan-bahan:

1 biji kentang di potong dadu
200gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan minyak untuk menumis
7 keping roti
250ml susu segar
1 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - saya pakai Mozarella 
Sedikit margerin untuk melenser 


Cara-cara:

1. Kisar bawang dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang, kentang dan garam. Goreng sehingga kentang masak.

2. Satukan susu, telur dan secubit garam dalam mangkuk.  Pukul susu, telur dan garam hingga sebati.

3. Celupkan ke semua roti dalam adunan tadi. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.   

4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/2 bahagian roti yang telah diramas.

5. Kemudian letakkan daging kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.   

6. Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).

7. Bakar dengan api sederhana selama 30-45minit atau sampai lidi tak lekat. 

8. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka. 

9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

NOTA: Boleh buat beberapa lapis kalau suka. Ulang sahaja proses, roti, daging dan roti daging. Atas sekali mesti roti ler.

** tapi aku x ikut cara dia yg no.3 tu part yg ramas2 roti. Aku just celup sekeping2 than terus susun kat dalam loyang & baru tabur daging & aku jugak letak cheese yg sekeping2 tu Baru ulang balik step yg lain. 





Potato salad ya just rebus beberapa biji kentang yg dah dipotong cube dan sejukkan. Kemudian di mangkuk lain campurkan mayonis, salad dressing, mustard sikit, bawang merah cincang, bawang/daun bawang, garam & lada hitam & bancuh sampai sebati dan tuang ke kentang yg dah sejuk.




dalam satu pinggan, lasagna roti, ayam rosemary & potato salad

resepi ayam rosemary lain entry aku share ye... winkwink

hope uolls enjoy dgn resepi yg dikongsi.

Tuesday, March 25, 2014

Cheesekut Milo


Assalamualaikum readers....


Last week ira ada try wat cheesekut nie just utk makan2 sendiri je... Itu pon sbb ternampak bnyak nor gambar2cheesekut nie dlm instagram. so ape lagi terus lah ira meng'goggle' resepi cheesekut tu.  


Ya Allah, sgt la senang nak membuatnya... dah la senang, cepat, sedap plak tu rasa dia. Resepi cheesekut nie ira ambik kat blog ibu diah. Terima kasih ibu diah....
Meh ira share resepi yg senang nie ye. 


Bahan2 dia:

250g cream cheese - ape2 brand pon xpe, ira guna tatura
1pack biskut deluxe cracker Hup Seng - nak guna biskut lain pon boleh
1/2 tin susu pekat manis, kurangkan klu x suka manis
susu low fat/ full cream - ira guna susu coklat sbb ira x minum susu putih
milo


Cara2 dia:

1. pukul cream cheese bersama  susu pekat manis - ira guna blander jer, mixer x jumpa cr dlm stor.

2. bila dah kembang/ sebati, masukkan 4 sudu susu (ira guna susu coklat) - tujuannya adalah utk mencairkan sikit campuran cream cheese, tapi jgn terlalu cair atau terlalu pekat

3. sediakan bekas utk cheesekut - letak baking paper utk memudahkan kita keluarkan cheesekut dari bekas - ira x letak pon.

4. masukkan sedikit susu coklat ke dalam piring/ bekas lain utk celup biskut.

5. celup biskut satu persatu ke dalam susu dan susun ke dalam bekas - celuo sahaja jgn rendam nanti biskut lembik.

6. selepas siap susun buskut, letak campuran cream cheese tadi di atas biskut, sapu rata, niois, x perlu tebal.

7. tabur milo rata atas cream cheese - optional nak letak boleh x nak pon xpe. nak letak selain milo pon boleh etc horliks or nestum or oreo

8. ulang langkah 5 - 7 sampai habis cream chese. pastikan lapisan atas sekali adalah cream cheese. tabur milo atas sekali sbg hiasan

9. dah siap, boleh masukkan cheesekut dalam peti sejuk - tujuannya bagi cheesekut sejuk & keras, mudah utk dipotong.


Siap dah....... senangkan....




sebelum disejukkan



selepas disejukkan



siap dipotong utk dimkn..... x cantik potongnya... tp bila masuk ke mulut sedap x terkata



Friday, August 27, 2010

Juadah2 Berbuka Puasa

Assalamualaikum........

Hari nie tergerak nak wat entry pasal makanan. Ye lah lama dah rasa tak tepek gambar2 makanan. So ari nie nak letak gambar juadah2 berbuka puasa yg lepas2 la, utk cuci2 mata.... So jangan ada yang tertelan air liur ye bulan puasa nie....hehehehe macam la sedap sgt aku masak.....hahahaha

Fish & chips (chips tu tukar ke wedges, sbb chips takde stok kat umah). Tak ingat pulak masak untuk hari ape tapi yg pasti masak minggu lepas la.


Nie pulak masak untuk hari isnin. Masak mee hoon sup fishball + ikan dori

Hari Selasa tak masak, kami berbuka puasa kat luar jer. Ye lah, kan hari selasa tu birthday balqis, so bawak la balqis keluar. Lepas berbuka tu bawak balqis jalan2.

Spagetti Bolognese, masak untuk hari rabu.

Semalam pulak kami just berbuka nasi goreng, ikan caru bakar sambal & bie beli murtabak & air tebu. Untuk buka puasa hari nie pulak, aku plan nak masak soto. Kalau sempat amik gambar, aku tepek kat sini nanti ye......

Selamat berbuka puasa semua...... (hahahaha padahal baru pukul 11 lebih)


Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan Hari Ke 3

Assalamualaikum........

Salam 7 Ramadhan....Sekejap jer dah seminggu umat Islam berpuasa, pejam celik pejam celik nanti dah raya pulak..... cepat betul masa berlalu sekarang nie.

Sebenarnya aku nak share jer gambar2 juadah berbuka masa hari Jumaat (3 Ramadhan) yg lepas. Hehehehe....org dah masuk hari yg ke 7 dah, aku nie baru la terhegeh2 nak citer hari yg ke 3. Takpe lah, janji cerita kan.....

Ramadhan yg ke 3 hari tu sebab tak tau nak masak ape & just nak makan simple jer, so aku decide nak masak sambal tumis sardin untuk dimakan dengan roti perata segera cap kawanku. 4 keping sekali aku goreng roti perata tu. Lepas tu aku goreng keropok lekor pulak. Keropok lekor nie sepupu aku bagi, dia beli kat Mersing. nanti kalau tak goreng simpan dlm petiais lelama takut rosak kan. Itu pon still ada lagi tu tak habis goreng. Sepanjang puasa nie, kalau aku buka puasa kat rumah memang aku just buat air teh o panas jer. Bie nie tak berapa sgt air sejuk2. Tapi kalau buka kat rumah mil or my parent mmg ada air sejuk.

Walaupon juadah berbuka simple jer tapi Alhamdulillah sgt kenyang.......

roti perata segera

sabal tumis sardin

keropok lekor


Friday, August 13, 2010

Ramadhan Hari Ke 2

Puasa hari kedua sgt2 lepak. Sebab nyer makan sahur nasi sikit jer, cam tak lalu nak mkn. Pastu siang nyer plak Balqis nie asyik nak bergantung jer....... tu yg terasa sgt2 lapar & badan terasa lemah.

Walaubagaimana pon, bie dah request suh masak nasi lemak utk makan berbuka. So gagahkan diri gak la utk masak nasi lemak. Kalau korang nak tau, sejak kawin nie la 1st time aku masak nasi lemak utk makan sendiri. Selalu kalau nak makan nasi lemak kitorang gi jer kat warung nasi lemak wak kentut (org2 yg panggil lagu nie ye, bukan saya) atau pon gi kat senibong ke. Pastu bie request suh wat ayam goreng rempah lawan makan ngn nasi lemak. Tapi aku perap jer la, bie balik suh dia tolong goreng sbb aku dah tak tahan dah, perut dah pedih sgt2.

Berbuka jer, makan la nasi lemak sampai kenyang. Nasib baik bie komen nasi lemak & ayam rempah sedap.




nasi lemak yg tak lemak sgt.... cukup syarat jer....



gambar berjemaah....



ayam goreng berempah....





* petang nie ape plak nak masak utk berbuka ye?????


Talam Berlauk

Dek kerana kerajinan & tekak nak sgt makan, so aku pon buat la kuih talam berlauk nie (berazam tahun nie seboleh2 masak sendiri juadah berbuka). Buat untuk bawak gi umah mil.



dalam loyang lagi....


dah kuar dari loyang....


Talam Berlauk - Sumber : Saji keluaran Julai 2010


Bahan-bahan:

1. 300 gm tepung gandum

2. 150 gm tepung beras

3. 6 cawan santan

4. 1 sudu kecil serbuk lada sulah

5. 50 gm udang kering - kisar

6. 5 ulas bawang merah - hiris

7. 3 ulas bawang putih - hiris

8. 3 tangkai daun sup & 3 tangkai daun bawang - hiris

9. 2 tangkai cili merah - hiris halus

10. 80 gm telur dadar - hiris

11. 80gm serunding daging

12. 80gm bawang goreng

13. garam secukup rasa - tambah sendiri


Cara Menyediakan:

1. Satukan tepung gandum & tepung beras

2. Masukkan santan, gaul rata dan sebati. Boleh juga dikisar halus

3. Kemudian masukkan serbuk lada sulah, garam, udang kering, bawang merah, bawang putih, daun sup & daun bawang. Sebatikan adunan

4. Tuangkan adunan di dalam loyang bulat. Kukus selama 30 minit

5. Selepas itu taburkan dengan hirisan cili merah, daun sup, daun bawang, telur dadar, serunding & bawang goreng. Kukus semula selama 10 minit.





Saturday, July 10, 2010

Bening Betik & Kerabu Tomato Untuk Berbuka...

Assalamualaikum.........

hehehehe...... panjang pulak title entry kali nie.



Selamat pagi semua kawan2........ Dah sarapan semua? Mesti dah kan maklum la hari nie kan hari sabtu ada yg tak kerja than mesti la sarapan sama2 ngn family.



Aku plak baru lepas sarapan & tengah tunggu kain kat dalam washing machine tu siap dibasuh. Sementara tu update blog dulu. Kang nanti suram jer blog nie.


Hari Khamis yg lepas aku start sambung balik puasa ganti, maklum la banyak lagi puasa yg belum diganti, takut tak sempat plak nanti, dah la bulan depan jer nak puasa Ramadhan. Kebetulan pulak tu rabu petang ada jiran 2 3 rumah sebelah tu bagi betik muda. So ape lagi, kepala ni dah mikir la nak masak lauk bening betik utk berbuka merangkap makan malam sekali. Tapi aku masak waktu tengah hari la kan, kang tak makan plak balqis.



Petang nyer plak, tetiba terasa nak makan kerabu tomato, terus la ke dapur utk sediakan bahan2 sambil nak menggoreng ayam & buat sambal kicap. So waktu berbuka tu aku buka dengan air teh o sejuk dulu than solat, lepas solat tu baru la kami anak beranak dinner dengan sayur bening betik, kerabu tomato & ayam goreng (takde gambar)




bening betik



kerabu tomato






Thursday, July 08, 2010

Telur Kukus

Assalamualaikum semua.......................

Dah makan lunch? Kalau dah alhamdulillah....... Aku tak makan lunch ari nie, aku pose ganti.... banyak lagi la yg nak kena ganti hehehehe..........

Ari nie nak citer pasal makanan ye semua...... Nak citer pasal telur kukus. Tau ke tak telur kukus nie? Ala telur yg dikukus la. Sebenarnyer kan aku baru jer beli kukusan masa gi Terengganu ari tu, so sekarang nie asyik la dok mencari resepi kukus2 nie, so terjumpa la satu resepi kukus nie iaitu telur kukus. Pulak tu bahan2 utk buat telur kukus nie sangat la mudah. tu yg terus jer buat utk makan dinner mlm kelmarin. Kalau nak resepi dia meh tgk kat sini ye.

Telur Kukus yg aku buat nie rupa tak lah cantik tapi bila dah masuk mulut sedap bie kata....... aku pon cakap sedap gak, memang tak rugi la try, cuma ada muak sikit ar sebab ada udang kan. Aku rasa kalau takde udang lagi tak muak & lagi sedap. So next time aku nak try tak nyah letak udang plak or letak udang kering ker or letak chai po.

telur kukus ku....

So kawan2 yg tak pernah try wat tu cuba lah resepi nie ye.......Selamat mencuba....



Friday, July 02, 2010

Lama tak tayang gambar makanan.....

Lama sangat kan umah TDL nie tak enterframe gambar makanan. Bukan la tak selalu masak, selalu gak masak, tapi cam biasa ar lauk biasa2 saje. Actually lauk yg nak tayang nie pon lauk biasa gak cuma belum pernah tayang kat sini je....

Lauk ape yg yg aku nak tayang? Lauk nyer ialah ayam masak halia blackpapper & kailan ikan masin...... kan aku cakap lauk biasa je, tapi tetap nak tayang gak....... hehehehe...

ayam halia blackpapper

kailan ikan masin

Tapi nie sebenarnya lauk yg aku masak 2 minggu lepas, tapi baru nak tayang hari nie...........




Monday, June 14, 2010

Srapan Di Mana????

Assalamualaikum.........

Dah sarapan semua???? Mestilah dah kan tengok la jam dah kul baper........ hehehehehe

Ari nie nak citer pasal sarapan ye semua.... tapi bukan sarapan utk hari ini tapi sarapan hari semalam..... maklum la semalam kan hari minggu..... Biasanya hari minggu aku satu family akan sarapan kat kedai jer lepas tu terus kuar gi jelan2 or gi umah mil, kalau aku balik umah parents aku kat Kota memang sarapan kat rumah la......

Memandang kan semalam aku malas nak kuar, so aku decide nak sarapan kat rumah jer. Lagipon aku nak mengemas umah, nak buang barang2 yg tak boleh nak guna lagi, nak tukar langsir sumer..... so tu yg malas nak sarap kat luar. Lgpon petang baru nak ke rumah mil, so pagi tu siap kan la keje ape yg patut.

Selepas masak2 kat dapur, so siap la menu sarapan aku yg ringkas tapi mengenyangkan. Aku just masak baked bean, goreng daging burger, telur mata lembu, nugget ayam & fries jer..... Fries & nugget ayam tu nak perabis kan stok kat umah nie......... So lepas breakfast mula la projek kami laki bini mengemas umah..... sampai ke tengah hari kami mengemas,

Than, kul 2.30 petang ada org nak jumpa nak tengok rumah nak sewa. Lepas dah jumpa org yg nak sewa rumah kami tu terus la kami ke rumah mil kat Johor Jaya & stay kat sana sampai malam............

daging burger & telur mata lembu

baked bean

nugget ayam

fries yg dah tinggal seredak jer....

Wednesday, May 05, 2010

Dinner sempoi....

Selamat Malam.......

Wah! ada entry di malam hari......... tak pernah2 aku wat entry waktu malam.... dah makan malam semua, mesti lah dah kan dah nak dekat kul 10 malam, takkan la belum makan kan.....

Entry kali nie aku nak citer pasal lauk untuk dinner aku sekeluarga la..... biasa ar dinner lauk sempoi jer... yg simple2 but menyelerakan...... tapi nie dinner hari ape pon aku tak ingat, minggu lepas punya dinner la tapi....... tetap aku nak tepek gak kat blog aku nie kan..... saje jer untuk kenangan.... hahaha suka lah kan blog aku.......

Meh kita tengok lauk2 nyer ye........

telur masak kicap.... feberet bie nie....

kangkung belacan......

ikan goreng....... nie aku guna ikan mata besor aka ikan uji rashid....

*** sebenor nyer ada lagi gambo lauk2 nie tapi nanti la aku tepek lain yerk.... kang korang jelak lak nak tgk......***





Thursday, April 29, 2010

Sambal Sotong Kembang

Dah petang gini aku nak tepek gambo makanan plak....... ape lagi makanan yg aku masak utk mkn dinner kami anak beranak la...........




Sebenarnya nie first time aku masak sotong kembang tau sejak kawin. Sotong biasa tu pernah la & selalu gak masak. Nie aku cakap pasal sotong kembang. Korang tau ke rupa sotong kembang. Ade yg tak tau? Sape tak tau angkat tangan....... Nie ler rupa sotong kembang.....

ihsan en. google



So sotong kembang nie aku masak sambal la untuk dinner, ingat nak masak nasi lemak sekali malas plak & santan fresh takde kat umah so tak buat la. Nak guna santan kotak cam tak best plak sebab santan kotak nie cam wangi sikit ar......... Dah berkuntau kat dapur so siap gak la aku nyer sambal sotong......





Lawan plak dengan bayam tumis air & telur masin... pergh..... meletops wa cakap lu...... wakakakakaka.......... berpeluh-peluh bie makan.....



Nie plak gambo berjemaah (tiru ayat Makcik Rehan...... jgn marah ye kak MR....)



Alang2 aku dah tepek gambo makanan aku tepek sekali ar gambar dinner kitorang hari Jumaat. Malam tu kami makan ala2 western. Kami makan fish & chips, gara2 beras habis kat umah....... nasib baik la stok fish & chip tu ada lagi kan just goreng jer la, siap goreng fries sekali. Than aku wat gak la coleslaw, sebab bahan dah ada kat umah..... nie ler rupa nyer fish & chip aku....