Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Premium Beautiful : Q & A Session

Assalamualaikum.........


Entry kali ni Ira nak share tentang soalan-soalan yang biasa Ira dapat bila ada client yang bertanyakan tentang Premium Beautiful corset ni. Maklumlah mereka mungkin belum kenal, belum tahu atau belum pernah rasa dan tengok corset yang sungguh selesa dan sungguh cantik. 


Nie Ira bagi tau, sebenarnya once kita pakai Premium Beautiful ni, kita dapat rasakan yang Premium Beautiful nie is a "SELF PRACTICE FOR DIET". Kenapa???
Sebabnya kita akan rasa cepat kenyang dan kuantiti makanan yang diambil pon automatik dapat dikawal dan dikurangkan. Takdelah kita melantak banyak sangat kan sebab dapat control nafsu makan tu.


 Premium Beautiful



Ok, jom Ira start jawab soalan-soalan yang diajukan;


1)  Susah ke nak pakai Premium Beautiful ni? Ambil masa yang lama ke nak pakai?

TAK SUSAH mana pon..... Premium Beautiful ni ada pelbagai saiz untuk pelbagai jenis bentuk badan. So saiz premium Beautiful memang berbeza-beza untuk setiap orang. Untuk dapatkan saiz yang betul ukuran badan perlu diberikan kepada Ira:

1.  Puncak dada (burst)
2.  Bawah dada (underburst)
3.  Pinggang (waist)
4.  Punggung (hips) 




2)  Bukan leceh ke nak ke tandas?

Tak leceh lah. Kalau leceh pon mungkin pada masa hari pertama pakai Premium Beautiful je sebab belum biasa lagi kan. Apa yang kita perlu buat ialah just lipatkan waist nipper ke atas, turunkan long girdle macam nak turunkan seluar tu, lepas tu boleh la buang segala hajat-hajat tu.


3)  Kalau Premium Beautiful ni ROSAK macam mana?

Premium Beautiful ni corset yang berkualiti tinggi, so jarang rosak eventhough it comes with  LIFETIME WARRANTY.  Kalau rosak just pass pada Ira, nanti Ira tolong hantarkan untuk repair, FREE OF CHARGE (FOC)


4)  Panas tak pakai Premium Beautiful ni? Berpeluh-peluh kan?

Siapa bagitau panas? Bahan yang digunakan untuk membuat Premium Beautiful adalah dari fabrik berteknologi AKWATEK & AKWADYNE yang lembut dan ianya mengekalkan suhu badan. Fabrik ni teknologinya dari German.... kalau suasananya sejuk, kainnya akan mengecut dan badan kita akan terasa suam. Manakala kalau cuaca panas, kain PB akan mengembang dan kita tidak akan merasa panas. So sangat sesuai untuk dipakai di mana saja kita berada.


5)  Best ke pakai Premium Beautiful ni?

Corset nie SANGAT SELESA dipakai sepanjang hari kerana kehalusan dan kelembutan pada kulit. Premium Beautiful merupakan produk SUPERBRAND & mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Maknanya Premium Beautiful sangat berkualiti tinggi dan terlaris di pasaran. Premium Beautiful menjaga kesihatan disampin menbentuk kontur badan yang ideal. Premium Beautiful 70% is for healthy and 30% is for beauty.


6)  Sampai bila nak pakai ni?

Minimum 8 hours per day.... alah macam pakai baju nak pergi kerja, macam tu la... dari pagi sampai ke petang je.... dengan memakai Premium Beautiful ni uolls mampu mengubah bentuk badan menjadi langsing dan meningkatkan tahap kesihatan hidup uolls..... best kan?


7)  Kenapa Premium Beautiful ni mahal sangat?

Tak ada lah mahal sangat, bertepatan la dengan benefit yang uolls dapat bila pakai Premium Beautiful ni. It is because of the quality of product itself and how effective this product. Ni long term BODY INVESTMENT tau. Mesti uolls tak menyesal bila melabur untuk membeli corset ni and after pakai jer rasakan betapa SELESA, BEST, YAKIN & CANTIK.  Kita perlu pandang dari sudut kesihatan. Beli sekali boleh pakai bertahun-tahun. Dapat save banyak sangat compare to kalau kita beli inner ware selama setahun. Confirm tak rugi.

Plus, this corset kan ada jaminan seumur hidup. Ada ke product inner ware lain yang ada jaminan seumur hidup?

And uolls should know that instalment for Premium Beautiful is just minimum RM95/month. Flexible payment uolls.... its your choice...


Kalau lah uolls boleh beli pakain mahal-mahal, bag tangan harga ribu riban, kasut menghelip harga mak aih..... apa la salahnya kalau uolls invest sikit duit uolls untuk pelaburan masa panjang untuk kesihatan badan dalaman, dan untuk kecantikan luaran uolls.... Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak..... bila diri dah cantik, en. suami pon makin sayang


Do not hesitate to call/text/whatsapp me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal
Email me @ nazirazainal82@gmail.com


Monday, December 15, 2014

1 Hour Can Burn 900 Calories With Premium Beautiful

Sebelum Ira nak beradu, Ira nak share satu fakta menarik tentang Premium Beautiful.

Tapi sebelum Ira sahre fakta menarik tu , cuba  uolls tengok gambar2 kat bawah nie, does all of you face the same problem?



PERUT BUNCIT......










LEMAK BERLIPAT....










Ok, dah tengok kan, so sekarang masa Ira share the fact.. Faktanya ialah:



“Hanya 350 kalori terbakar bila berjoging selama ½ jam"



“ 900 kalori terbakar dalam masa 1 jam memakai Premium Beautiful”



Sekiranya kita memakai Premium Beautiful dengan konsisten & disiplin selama 8 jam  setiap hari, kesannya memang akan kelihatan. Perut yang buncit akan kelihatan semakin kempis dan lemak2 berlipat dapat disorokkan dan menjadi semakin ramping.



Do not hesitate to call/text/whats app me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal

Sunday, December 14, 2014

Premium Beautiful & Kesan Ke Atas Wanita

More about Premium Beautiful...




Kesan F.I.R Ke Atas Rahim & Vagina Setiap Wanita:


* Membantu mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal

* Membantu merawat masalah2 berkaitan dengan rahim

* Membantu merawat keputihan dan masalah haid tidak teratur

* Membantu melembabkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan

* Membantu menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)

* Membantu menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi

* Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami.



Kesan F.I.R Ke Atas Payudara Wanita


* Dapat mencairkan susu lama yang telah lama beku di dalam payudara.Susu beku telah diketahui adalah akar umbi kepada 'cyst' dan boleh mencetuskan sel-sel kanser

* Membantu membanyakkan penghasilan susu (sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak pada jangka masa yang lama)

* Membantutkan sel-sel kanser pada payudara

* Mencerahkan warna puting payudara

* Menegangkan payudara

* Membetulkan postur payudara

* Membentuk payudara agar lebih sesuai mengikut saiz badan






Kesan Waist Nipper Ke Atas Tulang Belakang Wanita:


* Menegakkan tulang belakang anda

* Membetulkan posture anda

* Membaiki kedudukan tulang anda dengan betul

* Seterusnya anda tampak tinggi lampai seperti model

* /anda akan berdiri, duduk, rukuk< berjalan anda berada pada kedudukan tegakd sentiasa

* Tanpa rasa kesakitan sedikit pon, malahan tanpa sedar, anda sebenarnya sudah tampak segak dan tinggi.




So sebagai wanita, tak nak ke jaga kesihatan & kecantikan diri kita?
Tak nak ke mencegah kanser sebelum sakit?
Tak nak ke jaga kecantikan diri kita untuk suami sebelum suami memandang pada yang lain?

Fikir-fikirkan.......


Do not hesitate to call/text/whats app me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal

Friday, December 12, 2014

Premium Beautiful

Assalamualaikum......


Lama gak kan Ira tak bercerita dalam blog kesayangan nie.... maklum ler bz..... bz dengan urusan keluarga & bisnes. Bisnes part time & full time..... Sebab tu blog peribadi bertukar menjadi blog bisnes jugak sekarang nie......

Ok, lets talk about business now.... nak cerita sikit tentang Premium Beautiful atau orang panggil PB.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

APA ITU PREMIUM BEAUTIFUL?








Premium Beautiful adalah korset no 1 di Malaysia yang telah banyak membantu wanita-wanita dalam menyelesaikan masalah serta mengembalikan semula kecantikan, keyakinan dan kesihatan mereka pada tahap yang paling optimum.





Premium Beautiful is not just a normal corset.


Ciri-ciri Premium Beautiful:

  • Fokus 70% untuk kesihatan dalaman dan luaran. 30% untuk pembentukan badan, dan confirm 100% keyakinankepada wanita.
  • Help to improve blood circulation and to maximize kadar metabolisme dalam badan.
  • Yang paling best, it,s come with a Life Time Warranty. Means, sebarang kerosakan hanya perlu hantar untuk dibaiki dan ianya adalah PERCUMA/FOC.
  • It is a SUPERBRANDS product awarded by Majlis Superbrand Malaysia.  Maknanya Premium Beautiful sangat berkualiti tinggi dan terlaris di pasaran.  
  • Its contains Far Inrfa Red Rays (FIR).
  • Recommended by ACA (American Chiropratic Association).  
  • Pengiktirafan daripada Pakar Sakit Belakang daripada USA, Kubex dan Kanada.
  • Fabrik Akwatek dan Aquadyne yang selalunya digunakan untuk baju Angkasawan dan juga Skuba diver.
  • Fabrik yang boleh menstabilkan suhu badan. Kalau suhu persekitaran panas, PB mampu menyejukkan badan. Kalau persekitaran sejuk, PB mampu memanaskan badan si pemakai. Hebatkan.....
  • Menyah-bau badan si pemakai. So tak perlu lah laio kita nak mandi dengan air limau purut semata2 nak hilangkan bau badan.


Terdapat Dalam 3 siri iaitu:


SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYU DARA

Yang tak ada, Boleh bagi ada. Yang dah ada , Kasi tambah lagi. Yang tak dalam, Boleh bagi dalam lagi.


SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGANG

Melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.


SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGUL

Mengempiskan perut yang buncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik dan montok.



Keistimewaan F.I.R (FAR INFRA RED RAYS)



  • memperbetulkan aliran darah dalam badan
  • meningkatkan kdar metabolisme
  • memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
  • mengelakkan pertumbuhan bakteria
  • mengeluarkan peluh asid
  • menggalakkan tumbesaran lebih teratur
  • mengekalkan kesegaran badan
  • mengurangkan kandungan asid dalam darah
  • menghilamglan kesakitan pada tubuh badan atau ditempat yang sakit
  • tidur lebih selesa dan nyenyak
  • menghilangkan bau badan
  • menghilangkan kulat dan fungus
  • membersihkan udara dalam badan
  • mengekalkan kepanasan suhu dalam badan
  • menghalang pembiakan sel kanser dalam badan
  • membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik



UNTUK RENUNGAN BERSAMA.......



Kebanyakan wanita yang menghidapi BARAH PAYUDARA tidak menyedarinya diperingkar awal dan hanya menyedarinya setelah BARAH tersebut di peringkat kritikal

Premium Beautiful terbukti boleh membantu mengesan danmencegah daripada berlaku pertumbuhan BARAH diperingkat awal lagi. Anda akan terasa sakit pada payudara pada kali pertama pemakaian Premium Beautiful, sekiranya anda menghidapi barah payudara walaupun pada peringkat awal. Dan ini menandakan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemerikasaan lanjut.

Kajian mendapati, susu ibu (manusia) yang disimpan di dalam bekas yang ditutup selama beberapa hari akan menghasilkan ULAT HIDUP.

Berbeza dengan susu sapi/lembu yang akan bertukar menjadi KEJU setelah disimpan beberapa hari.
(Ujikaji ini boleh dilakukan sendiri di rumah)


Pada yang belum memiliki Premium Beautiful, jangan risau, jangan gusar.......
Jom contact Ira for free consultation & free trial...


IRA ZAINAL
012-7307047
nazirazainal82@gmail.com

Thursday, June 26, 2014

JDT Juara Liga Super 2014!!!!

Assalam & morning uolls..


Mood happy tersangat happy....


Akhirnya JDT menjuarai Liga Super Malaysia 2014. Penantian dari tahun lepas, akhirnya tahun nie menjadi kenyataan. Mana tak gembiranya. Sekian lama xdgr nama Johor dalam arena bola sepak, kemudian TMJ menerajui JDT barulah nama JDT disebut2. Kemudian sikit2 JDT bangkit akhirnya menjadi juara.....


Proud of u JDT!!!


Dan hari nie di ishtiharkan Johor Cuti Umum!!!!  
Tapi aku keje gak.... kedai tetap bukak....


Petikan dari Sinar Harian :

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam ini.

Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.

"Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/ultras/johor-cuti-esok-sempena-juarai-liga-super-1.293622...











Monday, May 31, 2010

Pembukaan Balqis Shoppe

Assalamualaikum W.B.T


Ini adalah sticky note, sila scroll ke bawah untuk entry baru


########################################


Dengan ini saya mengumumkan bahawa



telah mula beroperasi
ada menjual pelbagai jenis tudung untuk anda
sila kunjungi Balqis Shoppe di http://balqisshoppe.blogspot.com/
sebarang pertanyaan boleh la emial kan kepada balqisshoppe@gmail.com

marilah kunjung beramai-ramai..........



terima kasih.....





Saturday, April 24, 2010

Salah Bantal

ehsan mr. google



Salam & morning semua...........



Hari nie mood kureng la..... sebabnyer pagi2 bangun tido jer dah sakit leher, urat kat leher tegang. Org cakap salah bantal kan. Tu yg rasa cam tak selesa jer..... nak buat ape pon cam tak kena. Nak menunduk kepala lagi la jgn cakap, sakit nyer ya ampun........ tahankan je lah......



So aku pon google la berkenaan dengan salah bantal nie. meh aku kongsi ngn korang gak ye.....






>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Punca sakit leher
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my




kurang aktif, aktiviti fizikal mengejut sebabkan sendi, pangkal saraf terjejas



MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.



Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.



Gerakan paling asas seperti berjalan dan duduk sekalipun, jika dilakukan dalam adab yang tidak betul juga, lambat laun akan memberi kesan pada otot dan sendi tubuh andai dibiarkan berlarutan.



Perlu diketahui, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka. Sebaliknya kesakitan yang mengganggu ini mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.



Kesakitan ringan pula mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti berat, mengangkat berat, postur atau kedudukan tubuh tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul.



Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) Dr Balwant Singh Bains, menjelaskan kawasan yang paling kerap mengalami masalah ini ialah leher, bahagian atas dan bawah belakang serta sendi-sendi yang menanggung bebanan seperti lutut dan pergelangan kaki.



Sakit otot dan sendi boleh timbul daripada dorongan melampau dan atau kerja-kerja mekanikal atau fizikal yang berulang-ulang.



“Sesetengah orang mengalaminya akibat duduk atau bekerja terlalu lama di depan komputer, manakala yang lain mungkin mengalaminya selepas bersenam di gimnasium atau bersukan.



“Malah, bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk berasa sedikit sengal otot dan sendi apabila berdiri atau berjalan terlalu lama.”



Antara punca utama kesakitan sengal sendi dan otot adalah disebabkan postur yang tidak betul. Sebagai contoh, kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.



“Jika seseorang berasa sakit, maknanya mereka tidak menggerakkan otot. Ini kerana otot yang tidak kerap digerakkan, lama kelamaan akan menjadikan sendi tegang dan akibatnya kita akan mula merasa sakit.



“Duduk sepanjang hari di pejabat tanpa banyak bergerak sama dengan mengundang masalah pada otot dan sendi,” katanya.



Dr Balwant berkata, mengikut kajian, lelaki dan wanita berusia 20 hingga 45 tahun lebih banyak mengalami kesakitan bahagian atas tubuh berbanding mereka dalam kumpulan usia 45 hingga 55 tahun.



“Bayangkan apa akan jadi apabila kumpulan pertama beralih menjadi kumpulan kedua. Ini bermakna ramai akan mengalami masalah leher dan sekali gus menyebabkan negara menanggung kerugian kos perubatan berjuta-juta ringgit,” katanya.



Lebih memburukkan keadaan, kata Dr Balwant, rakyat negara ini sememangnya bukanlah tergolong dalam kategori ‘prihatin’ diri dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.



Ini ditambah pula dengan demam atau kecenderungan bermusim terhadap aktiviti sukan seperti badminton, bola sepak, kriket dan renang.



Atas alasan inilah, adalah disarankan sebelum terbabit dalam apa-apa aktiviti sukan, individu perlu mendapat pandangan dan nasihat doktor mengikut tahap kecerdasan individu.



Sementara itu, syarikat pengeluar produk farmaseutikal dan kesihatan pengguna, GlaxoSmithkline (GSK) memperkenalkan Panaflex sejenis koyok berubat berasaskan teknologi hidrogel unik, khusus bagi kelegaan sengal otot dan sendi. Selain mudah digunakan, produk ini juga mampu memberikan kesan serta merta.

Penghasilan produk itu bertepatan dengan penyelidikan GSK yang mana 45 peratus daripada mereka yang mengalami sengal otot dan sendi menggunakan kombinasi pelega kesakitan topikal dan oral selain Panadol Extend.



INFO: Tip elak sakit otot dan sendi



# Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
# Tidur atas tilam yang keras
# Elakkan mengangkat barang berat secara membongkok
# Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
# Pastikan berat badan ideal kerana pengurangan berat badan boleh membantu
# Amalkan rehat seketika termasuk melakukan regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
# Pelajari teknik menangani tekanan.



Antara kaedah menangani kesakitan sendi/otot:



# Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi itu secukupnya contohnya menerusi penggunaan ‘splint’ (alat khas)
# Kerap mengenakan ’cold pack’ (ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan (keradangan)
# Selepas beberapa hari, guna pek sejuk dan panas secara berselang. Urut secara lembut juga boleh membantu
# Gunakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
# Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol (panadol) atau ubatan jenis ubat bukan steroid anti-radang (NSAID).jika paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
# Guna kasut bertumit rendah
# Andai sakit berterusan, dapatkan rawatan dengan berjumpa pakar.







sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20091129090234/Article/index_html






Wednesday, April 14, 2010

Untuk Dikongsi Bersama.....


klik di gambar kalau nak nampak lagi jelas.....




Nie aku dapat dari Alys kawan seJMC, so nak kongsi la ngn kawan2 yg lain ye........ sungguh menginsafkan.












Wednesday, March 31, 2010

Saper nak tambah $$$$???

Saper yg nak tambah sumber kewangan, cuba angkat tangan?



Sape yg tak nak kan, aku pon nak. Dari semalam lagi dok blogwalking ke blog kawan2, sumer dok citer pasal mylook nie. Ape kebendanyer mylook nie?





mylook nie merupakan satu ejen carian yg terbaru la, macam google gak. Cuma kelainan nyer setiap carian yg kita buat menggunakan mylook akan dibayar tetapi terhad kepada 5 carian sehari sahaja. Maksudnya kalau carian yg ke 6 ke 7 ke carian tu tak dibayar la. Setiap carian akan dibayar $0.22 ($0.22 x 5 search = $1.10/day). Kalau sebulan dah berape? Korang kira sendiri lah........



Tapi camner nak guna carian mylook nie kan? Korang kena la register dulu kat sini. Free jer register. Lepas jer register korang terus dapat $$$. Aku pon dah register, korang tak nak ke?







Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan:

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.



Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.




============================================

Oleh itu SAYA SEKELUARGA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika kami ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.



Amin Ya RAbbal Alamin.......









Friday, August 14, 2009

H1N1 - Berhati-hati Semua

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Anda Perlu Tahu

1) Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetusla outbrake di Mexico.
2) Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
3) Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.
4) Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk

2. Perempuan mengandung

3. Orang yang ada asthma

4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti contohnya HIV)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas .


Simptom - Simptom
Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya

Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)

Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Day 4 - Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera

Day 5 and > - Lung collapse @ kom


Langkah-langkah Kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4. Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan kumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam selewat-lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.......
**credit to kipas akustik aka nani haslinda**




Friday, July 17, 2009

Petua Mencuci Hati

Dapat info nie dah lama dah, tak ingat dari mana...... kita share bersama ye.......
****************************
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati,
diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah.
  • Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

  • Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

  • Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

  • Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

  • Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

  • Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan di dalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga ke esokan harinya -CUBALAH!!..

  • Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

  • Kekalkan wuduk.

  • Bersedekah.

  • Belanja orang makan.

  • Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

  • Berkawan dengan ulama.

  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

  • Pesan pada orang, jadi baik.

  • Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut..dsb). Jangan dengar orang mengumpat

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."







Friday, May 29, 2009

Rahsia Solat

Nie aku dapat email dari seorang member forum nama dia Butterprawn aka Marlina, jadi aku ingin kongsi bersama2 dengan sesiapa jer yg baca blog aku nie.


Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


Semoga kita bersama2 diberkati oleh Allah S.W.T.

Thursday, April 30, 2009

Petua Anak Mendengar Kata

Aku tak ingat aku dapat petua nie dari mana, tapi yg pasti nyer dari internet ler........
meh kita kongsi bersama ye kawan-kawan.......

"saya nak share tentang petua yg saya terima...dari seorang pakar motivasi & dahlama saya praktikkan (l/kurang 11 tahun) kat anak2 saya....

elok dilakukan oleh salah seorang ibuatau bapa atau seeloknya kedua2 buat iaitu selepasibu buat... diikuti oleh bapa (inshaallah anak akanlebih merasai dihargai)

  1. setiap pagi.. sebelum pegi sekolah berdiri belakang anak,& kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat...letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang1 inci dari rambut... lepastu bacakan al Fatihah & Alam-nashrah. .. hingga habis....pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan"lepas itu kucup dahi anak & pergi le ke sekolah... .tak sampai pun 5 minit......
  2. jangan malu nak kucup dahi anak2 walaupun dah berusia 17 tahun... (terutama pihak ayah akan rasa malu nak cium anak lelaki yg dewasa) saya diberitahu (semasa sesi motivasi tersebut), telapak tangan kita ini ada aura... & mestilah digunakan sebaiknye... sebab itulah orang tua2 kate jangan tampar anak guna telapak tangan...
  3. tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari& anda lihatlah kesannye....... kalau tak dapat setiap hari,2 hari sekali, seminggu sekali ....JANGAN TAK BUAT LANGSUNG...

anak saya hingga sekarang (17, 15 & 10thn) sayabuatkan & kesannya inshaallah anda akan lihat....nasihat saya... anda masih belum terlambat... buatkansekarang pada semua anak2, sehingga mereka dewasa"

Diharap dengan ada nyer petua ini, kita sama2 dapat praktik kan kat anak2 kita.... semoga anak2 kita menjadi anak yg mendengar kata ibu bapa.... amin.......

nota kaki: aku pon lom try wat lagi nie......hehehe....