Showing posts with label Premium Beautiful agent. Show all posts
Showing posts with label Premium Beautiful agent. Show all posts

Thursday, June 23, 2016

Premium Beautiful: Limited Time Offer

Assalamualaikum......

Salam 18 Ramadhan...... 

Sekejap sahaja kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Tak lama lagi dah hampir ke penghujung Ramadhan dan akan menyambut Syawal pula.

Macam mana dengan persiapan untuk menyambut Syawal. Ira pasti ramai yang dah buat persediaan awal untuk menyambut Syawal kerana ingin memberi sepenuh perhatian untuk beribadat di sepanjang Ramadhan ini kan. Alhamdulillah.....


********************************************************


Ira nak share dengan uolls semua yang promosi Premium Beautiful ada 8 hari lagi.

Promosi jimat banyak ni uolls sampai hujung bulan Jun ni. Masuk je bulan Julai harga Premium Beautiful dah kembali ke harga asal. Dan CASH REBATE pon dah tak ada tau. Cepat rebut peluang untuk dapatkan penjimatan bermula RM600 - RM1500.




Jom kita tengok antara latest testimoni pengguna Premium Beautiful












Jangan lepaskan peluang terhad ni. 



Call/text/whatsapp @ 012-7307047
PM @ facebook: Ira Zainal
Follow @ instagram: ira_zainal

Wednesday, May 18, 2016

TDC Weekly Training - 14/5/2016

Assalamualaikum........

Hari Sabtu yang lepas (14 Mei 2016), team The Diamond Circle di Johor Bahru telah mengadakan satu training/class di Stokis Hai O Taman Pelangi Indah. Topik yang dibincangkan pon memang topik yang best. Nak tau topik apa? Kami discuss topik tentang Premium Beautiful dan macam mana untuk menjadi seorang Premium Beautiful Expert.


Pada kelas kali ini, kami just buat secara santai je. Tak ada emcee dan speeker. Walaupon tak secara formal tapi still best dan happening. Siap kita import trainer dari KL iaitu DSM Aini & SSM Yana. DSM Faeza dari JB pun membantu jugak. Alhamdulillah, kelas kali ini lebih ramai yang dapat hadir. Tahniah semua yang hadir!


TDC Selatan team


Kelas kali ini dimulakan dengan DSM Aini dan DSM Faeza mengajar cara macam mana kita nak reply or nak handle situation bila ada client bertanyakan tentang PB. Apa yang sepatutnya kita jawab? Than apa seterusnya yang kita kena buat & ect. 

DSM Aini in action


Bila DSM Aini & DSM Faeza dah explain apa perlu dibuat than kami diajar tentang cara untuk mengambil ukuran client, cara untuk kita tentukan saiz PB client dan juga pengiraan harga PB. Siap ada praktikal la bagi semua yang datang hari tu. So bila kita buat praktikal ni lagi mudah faham dan mudah ingat.

praktikal ambil ukuran dan kira saiz PB


After dah buat praktikal semua dan DSM Aini & DSM Faeza dah explain tentang nak tengok saiz PB client, nak tentukan bentuk badan client dan sebagainya, last sekali ada sesi perkongsian testimoni oleh SSM Yana. SSM Yana ni dulu orang nya berbadan besar. Tapi with Premium Beautiful & SKB dia berjaya untuk turunkan berat badannya. Dari pakai saiz XXL sekarang dah pakai saiz M. So masa ni dia share apa tips untuk kuruskan badan dengan PB, SKB & Bio ever. SSM Yana juga ada menunjukkan cara untuk urutan mengalihkan lemak-lemak di badan untuk disorokkan ke dalam PB. Nak tau macam mana? Kena lah contact Ira kalau nak tau. tak boleh cerita kat sini hehehe......

SSM Yana sedang share cerita kejayaan beliau kurus.

Cara untuk urutan sembunyi lemak.


Dah selesai training seperti biasa mesti ada sesi bergambar ramai-ramai. Alhamdulillah... banyak info dan ilmu yang kami dapat pada hari tu temtag macam mana untuk menjadi seorang Premium Beautiful Expert.


Premium Beautiful Expert TDC Southern


Me and my bff SM Aidilla


With my team, SM Dilla, SM Sabrina & Kak Kamariah


with DSM Faeza, SSM Yana & DSM Aini


ootd on that day


If ada sesiapa yang nak tau tentang Premium Beautiful dan nak ganerate income dengan Premium Beautiful, jangan segan silu untuk contact Ira. In sha Allah Ira akan bantu sehabis baik.




Call/text/whatsapp @ 012-7307047
PM @ facebook: Ira Zainal
Follow @ instagram: ira_zainal




Wednesday, February 10, 2016

Congratulation To Me and Partners - Senior Sales Manager

Assalamualaikum.......

Bulan Januari 2016, merupakan bulan yang sangat mendebarkan buat Ira. Ini kerana bulan Januari 2016 merupakan closing untuk naik pangkat bagi SM/SSM. Fikirkan Ira nak close Senior Sales Manager dengan business partner Ira, Dilla pon nak close Sales Manager..... dah la masa minggu closing tu Ira demam seminggu tak boleh bangun.... huhuhuhu....

Tapi Alhamdulillah, akhirnya on the closing time, Ira dengan Dilla berjaya juga untuk close SSM & SM. Ira berjaya untuk close Senior Sales Manager dengan total sales RM60,000. Business Partner Ira, SM Aidilla berjaya close Sales Manager dengan total sales RM20,000.






How we manage to be until this level? Semuanya bermula dengan RM50 sahaja. Iya... kami hanya register dengan RM50 sahaja dengan company Sahajidah Hai O. Kemudian kami pilih pakej dan teruskan bisnes dengan bersistem dan bermentor serta teamwork yang kuat dari team The Diamond Circle. Produk-produk pulak semua memang dah well known, orang dah kenal semua produk dan juga high demand. Dengan tunjuk ajar dari leader dan CDM dari team The Diamond Circle, in sha Allah memang dapat achieve setiap pangkat dan BONUS pon semakin meningkat. 

Bukan Ira and Dilla je yang naik pangkat tau, tapi ada ramai lagi dari team The Diamond Circle yang naik pangkat. Congrats to all achievers. Kami akan diraikan pada bulan March nanti.








Kalau ada di luar sana yang ingin mulakan langkah berbisnes seperti Ira dan kawan-kawan yang lain, nak tau macam mana untuk mulakan langkah seperti Ira dan business partner Ira yang lain, boleh hubungi Ira seperti di bawah untuk tau lebih lanjut. In sha Allah Ira akan bantu uolls semua untuk sama-sama berjaya dengan Ira dan The Diamond Circle.


Do not hesitate to call/text/whats app me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal



Wednesday, October 21, 2015

Siapa Yang Perlu Pakai Premium beautiful?

Assalamualaikum......

Semalam Ira dah share tetang healing crisis kalau kita memakai Premium Beautiful. So hari ni ira nak share pulak siapa yang sebenarnya perlu untuk memakai Premium Beautiful corset ni. mana tau uolls ada ciri-ciri yang Ira share ni, boleh la uolls cari Ira ye.......

Jom kita tengok siapa yang kena pakai PB ni: 

1. Orang yang malas macam Ira nak bersenam, nak diet.... tapi dengan Premium Beautiful dah ada alat boleh control.. automatik dia akan control makan, makan banyak sangat aje, perut dah bagi signal "cukup, cukup.... dah, dah...". Lepas tu badan uolls macam dah ada acuan, tak akan terlebih dari acuan.


2.  Orang yang susah nak dapat anak. Ini bukan tipu tau, memang dah ada testimoni sebab Premium Beautiful nie akan cuba meneutralkan semula hormon-hormon dalam badan. Iye lah, orang kata berusaha dan bertawakal, in sha Allah ada hasilnya.... nanti Ira akan share testimoni ni ye.


3.  Orang yang nak cepat kurus lepas bersalin. Masa berpantang tu pakai jer Premium Beautiful kat badan, gantikan bengkung tradisional tu. Memang badan akan cepat turun dan kembali pada bentuk badan yang asal.


4.  Bagi ibu-ibu iyang fully breastfeeding... memang dah terbukti dengan memakai Premium Beautiful susu badan semakin bertambah. Ada kawan Ira yang beli Premium Beautiful ni untuk tambahkan production susu ibu tau.


5.  Kalau uolls ada PB than baby uolls yang baru lahir kena demam kuning, just bedungkan je baby dengan bengkung Premium Beautiful (waist nipper)... In sha Allah sekejap jer penyakit kuning tu akan turun dan hilang.


So, kawan-kawan yang kat luar tu salah seorang daripada yang Ira senaraikan ni ke? Kalau iye, uolls boleh la contact Ira untuk tau info lanjut berkenaan dengan Premium Beautiful dan kebaikan-kebaikannya.

Call/text/whatsapp: 012-7307047
Facebook: Ira Zainal
Instagram: ira_zainal
Email: nazirazainal82@gmail.com


Monday, October 19, 2015

Healing Crisis - Premium Beautiful

Assalamualaikum readers semua....

Kali ini Ira nak share lagi info berkenaan Premium Beautiful corset iaitu simptom-simptom awal semasa mula-mula memakai Premium Beautiful corset.

Biasanya di awal pemakaian Premium Beautiful uolls mungkin akan mengalami healing crisis atau dipanggil krisis penyembuhan. Healing proses ini berlaku kerana proses penyahtoksidan dari dalam badan sedang berlaku. Tetapi ianya mugkinjuga tidak berlaku bergantung kepada tahap kesihatan badan uolls. Usually happen in 1 - 2 days. Ini merupakan tanda-tanda positif dalam memulihkan kesihatan dalaman badan kita.




Simptom-simptom yang normal berlaku ialah:

1.  Sakit kepala - bagi orang yang kerap sakit kepala, pastikan minum air secukupnya

2.  Sakit tulang belakang - bagi orang yang selalu sakit belakang ini kerana ia merupakan tindakan awal menyelaraskan tulang belakang

3.  Terkentut dan sendawa - bagi orang yang banyak angin ini kerana ia merupakan tindakan membuang angin. Badan banyak angin bermakna badan berasid.

4.  Badan rasa sedikit sakit - bagi orang yang selalu demam dan sakit-sakit sendi kerana semasa memakai Premium Beautiful, dirasakan seperti di dalam proses berurut.

5.  Payudara terasa sengal-sengal - memulihkan dan bertindak untuk menegangkan dan menaikkan semula buah dada seperti zaman remaja.

6.  Berat badan turun - menunjukkan berat badan si pemakai tidak sesuai dengan ketingian 

7.  Gatal-gatal pada anggota badan dan tempat-tempat tertentu - terlalu banyak asid dikeluarkan melalui perpeluhan. Kesan-kesan kehitaman pada pinggang mungkin akan berlaku. Teruskan pemakaian untuk mengeluarkan toksid berasid.

8.  Badan terasa lebih aktif dan cergas - kerana tindakan resonan molekul air di dalam badan lebih aktif setelah memakai Premium Beautiful kerana tindakan FIR.


Jadi uolls tak perlu risau tau. Kita akan rasa lebih ringan, lebih selesa & lebih sihat selepas memakai Premium Beautiful Corset. Better kita keluarkan penyakit dari dalam badan daripada kita simpan kan?

Untuk maklumat lanjut dan trial premium Beautiful percuma boleh contact Ira

Call/text/whatsapp: 012-7307047
Facebook: Ira Zainal
Instagram: ira_zainal
Email: nazirazainal82@gmail.com





Tuesday, October 06, 2015

SM/SSM Award September 2015

Lama sungguh la cerita nie terperam....


Event pencapaian pertama Ira dalam bisnes. Event Penganugerahan SM/ SSM.
Majlis berlangsung pada 12 September 2015 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Perasaan memang gembira tak terkira la... Ini baru nak ambik award Sales Manager (SM), belum lagi ambil award yang seterusnya.... 


So pagi hari Sabtu tu kami sekeluarga bertolak dari JB ke Kuala Lumpur dalam jam 7 pagi kot. Anak-anak memang dah biasa la bangun pagi-pagi kalau ikut mama dia travel ke KL. Stop dulu kat R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka untuk brunch. Than after that kami teruskan perjalanan. Sampai Di Wisma MCA dalam jam 11.30 pagi.


 in the car


Sampai-sampai ape lagi memang sesi bergambar je lah.... orang-orang kat sana memang ramai lah sebab semua usahawan-usahawan Sahajidah Hai O marketing berada di sana untuk meraikan rakan-rakan bisnes yang menerima anugerah. Ira pon tak lepaskan peluang bergambar bersama model gadis Jepun. Memandangkan company dah announce for free trip to Osaka, so semua props di situ berunsurkan Jepun.


 Ira nak ke Osaka Jepun


Oh for info Anugerah SM/SSM ini ialah satu anugerah untuk meraikan usahawan-usahawan yang mencapai sales target sebanyak RM20,000 (Sales Manager) dan RM60,000 (Senior Sales Manager). Ira punya turn sesi ke dua untuk anugerah Sales Manager iaitu dalam jam 5 petang lebih. Tapi ada delay sikit so around jam 6 jugak la waktunya. Ya Allah berdebar, nervous, gembira semua perasaan la ada, tak terkata.... Yang pasti selepas semuanya selesai memang rasa lega dan gembira..... Tak nak cerita panjang, jom lah kita tengok gambar-gambar.... Nak tengok gambar yang lain boleh ke fb Ira ye...


me on stage received my first award in business

 antara rakan-rakan yang sama-sama terima anugerah SM

 kami bergambar bersama leader The Diamond Circle, iaitu DDM Ain & DSM Faliha

official photo from photographer  

bergambar bersama DDM Ain & DSM Syikin Salleh


penerima Anugerah SM/SSM September 2015 with leaders and business partner The Diamond Circle

with my direct leader DSM Syikin Salleh

with DDM Norain Mohd Nizar, leader TDC Selatan


we are Syikin Salleh protoge

amboi... ape lah yang digelakkan sangat tu sampai muka macam tu.... 

kepenatan berdiri kita duduk pulak kat lantai


its me Ira Zainal

  photoshoot di tangga itu wajib... 


All For One, One For All - The Diamond Circle|SM/SSM Award 2015



Thank you for reading...... 
xoxo



Tuesday, August 25, 2015

Keistimewaan Premium Beautiful untuk Ibu Yang Menyusu

Start Ira buat bisnes Premium beautiful nie kan, ada la kawan-kawan yang dok tanya macam mana nak pakai PB kalau breastfeeding nie? Macam mana PB boleh bantu menambahkan susu badan?

So this entry Ira dedicate to semua ibu-ibu yang menyusu badan, sama jugak seperti Ira yang masih lagi breastfeed my 3 years old girl, Nur Badrina Nashwa.



Premium Beautiful ni ada Far Infra Red (F.I.R) yang ditenun ke dalam setiap helaian benang fabrik. F.I.R nie yang banyak membantu dalam menambah susu badan ibu-ibu.

F.I.R pada Premium Beautiful akan membantu melancarkan peredaran darah di bahagian breast kita. Sebab  tu bila kita pakai kita akan rasa macam hangat atau warm tapi bukan panas ye. Bukan panas yang berpeluh-peluh tu tapi rasa hangat yang selesa. Bila darah kita mengalir dengan lebih lancar of course la rasa lebih hangatkan. Bila perjalanan darah lancar membantu juga dalam penghasilan susu badan. Sebab tu biasanya kalau susu badan tak berapa nak keluar or tak keluar, orang tua kata tersumbat, kita pergi urut dengan bidan kan. Untuk ape? Mesti la untuk lancarkan perjalanan darah di bahagian breast kita...

  • FIR yang terdapat pada Premium Beautiful juga akan menembusi jauh ke dalam tisu lembut kawasan payudara. Ini dapat membantu untuk mengurangkan bengkak , melegakan kesakitan dan yang paling penting meningkatkan proses sistem saliran limfa . 
  • Bukan itu sahaja, FIR juga sebenarnya akan merangsang dan mempercepatkan peredaran darah dalam payudara. Meningkatkan peredaran darah pada setiap peringkat adalah kunci kepada sel-sel yang sihat .  
  • F.I.R. mengembangkan saluran darah kecil dan kapilari, melegakan bengkak & sakit serta mempercepatkan proses saliran limfa melalui nodus limfa . 
  • FIR juga merangsang perubahan metabolik dalam sel-sel hidup . Ini membantu untuk menghasilkan tenaga untuk proses penting dan membantu dengan penghapusan zarah sisa yang dihasilkan daripada proses metabolik . 
  • F.I.R. adalah baik untuk tisu payudara dan akan membantu mengurangkan sebarang pengumpulan bertakung atau cecair limfa di dalam dan sekitar sel-sel .

So, di sini kita dapat tau yang Premium Beautiful ni membantu untuk seimbangkan hormon selain melancarkan peredaran darah terutama di bahagian payudara untuk menghasilkan susu badan lebih banyak daripada biasa. Cup Long Bra Premium Beautiful yang berbentuk piramid pula dapat mengelakkan ibu-ibu mengalami masalah puting payudara tenggelam. Ini kerana bra biasa kebanyakannya berbentuk bulat dan menekan puting payudara.

Jadi, untuk ibu-ibu yang bercadang untuk breastfeeding, yang sedang breastfeeding anak, ira memang sarankan untuk memakai Premium Beautiful. Dapat hasilkan susu badan yang banyak untuk si kecil, dan susu itu pula susu yang lebih baik dan berkualiti sebab Premium Beautiful juga membantu untuk detox badan ibu-ibu. Tak susah pon nak breastfeed dengan memakai Premium Beautiful ni, just selak bahagian lace cup Long Bra dan turunkan ke bawah, dah boleh terus menyusukan si kecil. Bila kita selak baju untuk breastfeed, bahagian badan kita pon tak terlihat sekali dan bahagian perut kita pon tertutup.



Untuk maklumat lanjut dan trial premium Beautiful percuma boleh contact Ira

Call/text/whatsapp: 012-7307047
Facebook: Ira Zainal
Instagram: ira_zainal
Email: nazirazainal82@gmail.com



Friday, August 21, 2015

Premium Beautiful Can Help You Conceive!!

Betul ke Premium Beautiful corset ni boleh mengandung? Itu pertanyaan sesetengah orang pasal Premium Beautiful. Sebenarnya dah banyak dah testimoni dari client yang memakai Premium Beautiful conceive selepas beberapa bulan pakai Premium Beautiful.





So, here Ira list down alasan-alasan kepada kesan pemakaian Premium Beautiful untuk conceive:


1.  Premium Beautiful mengurangkan dan seterusnya membersihkan cyst dan fibroid dalam ovari            yang diketahui banyak menyerang wanita, terutama wanita berumur 40 tahun ke atas.

2.  Premium Beautiful membantu seimbangkan hormon estrogen dan progesterone, FSH, LH.

3.  Dengan hanya memakai Premium Beautiful, kedudukan rahim adalah lebih stabil, kukuh,        
     dilindungi dan disokong penuh sebagaimana fungsi bengkung ketika dalam pantang malah lebih    
     baik lagi!

4.  Apabila rahim dalam keadaan baik, peluang untuk conceive adalah lebih tinggi!

5.  Sebenarnya kegemukan dan lebihan berat badan memang mengganggu hormon dan menjejaskan        peluang untuk conceive.

6.  Boleh menyelesaikan masalah period yang tidak teratur

7.  Mengurangkan masalah period pain

8.  Premium Beautiful juga berkesan untuk menguatkan kembali otot rahim selepas bersalin

9.  Boleh mengurangkan masalah keputihan





For free trial and free fitting, 

Do not hesitate to call/text/whatsapp me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal
Email me @ nazirazainal82@gmail.com




Friday, August 14, 2015

Premium Beautiful : Q & A Session

Assalamualaikum.........


Entry kali ni Ira nak share tentang soalan-soalan yang biasa Ira dapat bila ada client yang bertanyakan tentang Premium Beautiful corset ni. Maklumlah mereka mungkin belum kenal, belum tahu atau belum pernah rasa dan tengok corset yang sungguh selesa dan sungguh cantik. 


Nie Ira bagi tau, sebenarnya once kita pakai Premium Beautiful ni, kita dapat rasakan yang Premium Beautiful nie is a "SELF PRACTICE FOR DIET". Kenapa???
Sebabnya kita akan rasa cepat kenyang dan kuantiti makanan yang diambil pon automatik dapat dikawal dan dikurangkan. Takdelah kita melantak banyak sangat kan sebab dapat control nafsu makan tu.


 Premium Beautiful



Ok, jom Ira start jawab soalan-soalan yang diajukan;


1)  Susah ke nak pakai Premium Beautiful ni? Ambil masa yang lama ke nak pakai?

TAK SUSAH mana pon..... Premium Beautiful ni ada pelbagai saiz untuk pelbagai jenis bentuk badan. So saiz premium Beautiful memang berbeza-beza untuk setiap orang. Untuk dapatkan saiz yang betul ukuran badan perlu diberikan kepada Ira:

1.  Puncak dada (burst)
2.  Bawah dada (underburst)
3.  Pinggang (waist)
4.  Punggung (hips) 




2)  Bukan leceh ke nak ke tandas?

Tak leceh lah. Kalau leceh pon mungkin pada masa hari pertama pakai Premium Beautiful je sebab belum biasa lagi kan. Apa yang kita perlu buat ialah just lipatkan waist nipper ke atas, turunkan long girdle macam nak turunkan seluar tu, lepas tu boleh la buang segala hajat-hajat tu.


3)  Kalau Premium Beautiful ni ROSAK macam mana?

Premium Beautiful ni corset yang berkualiti tinggi, so jarang rosak eventhough it comes with  LIFETIME WARRANTY.  Kalau rosak just pass pada Ira, nanti Ira tolong hantarkan untuk repair, FREE OF CHARGE (FOC)


4)  Panas tak pakai Premium Beautiful ni? Berpeluh-peluh kan?

Siapa bagitau panas? Bahan yang digunakan untuk membuat Premium Beautiful adalah dari fabrik berteknologi AKWATEK & AKWADYNE yang lembut dan ianya mengekalkan suhu badan. Fabrik ni teknologinya dari German.... kalau suasananya sejuk, kainnya akan mengecut dan badan kita akan terasa suam. Manakala kalau cuaca panas, kain PB akan mengembang dan kita tidak akan merasa panas. So sangat sesuai untuk dipakai di mana saja kita berada.


5)  Best ke pakai Premium Beautiful ni?

Corset nie SANGAT SELESA dipakai sepanjang hari kerana kehalusan dan kelembutan pada kulit. Premium Beautiful merupakan produk SUPERBRAND & mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Maknanya Premium Beautiful sangat berkualiti tinggi dan terlaris di pasaran. Premium Beautiful menjaga kesihatan disampin menbentuk kontur badan yang ideal. Premium Beautiful 70% is for healthy and 30% is for beauty.


6)  Sampai bila nak pakai ni?

Minimum 8 hours per day.... alah macam pakai baju nak pergi kerja, macam tu la... dari pagi sampai ke petang je.... dengan memakai Premium Beautiful ni uolls mampu mengubah bentuk badan menjadi langsing dan meningkatkan tahap kesihatan hidup uolls..... best kan?


7)  Kenapa Premium Beautiful ni mahal sangat?

Tak ada lah mahal sangat, bertepatan la dengan benefit yang uolls dapat bila pakai Premium Beautiful ni. It is because of the quality of product itself and how effective this product. Ni long term BODY INVESTMENT tau. Mesti uolls tak menyesal bila melabur untuk membeli corset ni and after pakai jer rasakan betapa SELESA, BEST, YAKIN & CANTIK.  Kita perlu pandang dari sudut kesihatan. Beli sekali boleh pakai bertahun-tahun. Dapat save banyak sangat compare to kalau kita beli inner ware selama setahun. Confirm tak rugi.

Plus, this corset kan ada jaminan seumur hidup. Ada ke product inner ware lain yang ada jaminan seumur hidup?

And uolls should know that instalment for Premium Beautiful is just minimum RM95/month. Flexible payment uolls.... its your choice...


Kalau lah uolls boleh beli pakain mahal-mahal, bag tangan harga ribu riban, kasut menghelip harga mak aih..... apa la salahnya kalau uolls invest sikit duit uolls untuk pelaburan masa panjang untuk kesihatan badan dalaman, dan untuk kecantikan luaran uolls.... Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak..... bila diri dah cantik, en. suami pon makin sayang


Do not hesitate to call/text/whatsapp me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal
Email me @ nazirazainal82@gmail.com


Wednesday, June 03, 2015

Premium Beautiful Dan Ibu bersalin / Wanita Bersalin

Kenapa Wanita Bersalin Perlu Pakai Premium Beautiful?


Ini kerana Premium Beautiful merupakan bengkung moden. Sebab itu wanita yang baru bersalin amat digalakkan untuk memakai Premium Beautiful.




Apa kelebihan Premium Beautiful ke atas wanita yang baru bersalin? 
Kelebihannya ialah ia membantu:


-  Mengeluarkan ANGIN dalam badan

-  Mengecutkan dan memperkemaskan semula RAHIM yang mengembang semasa mengandung

-  Menarik dan merapatkan semula TULANG PINGGUL yang mengembang semasa proses bersalin

-  Menyegarkan badan yang LESU dan LETIH  sepanjang proses melahirhkan bayi

-  mengeluarkan darah nifas yang BEKU dan BERKETUL-KETUL dengan lancar

-  Mengeluarkan segala sisa air kotoran dan air bisa (MENGGANTIKAN PROSES TANGAS) dari rahim

-  Menyokong (MENYENGKAK) rahim dari jatuh

-  Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (SEIMBANGKAN semula hormon estrogen dan progestron)

- Menghilangkan STRETCH MARK akibat semasa mengandung atau menggaru perut kerana kegatalan (stretch mark)

-  MENGHANGATKAN badan dan tidak perlu menggunakan bahan-naham seperti param, tepel dan pilis

-  Melancarkan proses pembuangan air besar (SEMBELIT terjadi apabila memakan jamu)

-  Membanyakkan SUSU dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu

-  Merawat LUKA-LUKA di dalam rahim mahupon di luar

-  Menaikkan METABOLISME badan dan membantu mengurangkan berat badan dengan cepat

-  Membentuk semula PAYUDARA, PINGGUL dan POSTURE badan yang menarik

-  Wanita yang bersalin CEASARIAN (tidak boleh bertungku, berbengkung, memakai ubat dan sebagainya) paling digalakkan memakai Premium Beautiful untuk menyihatkan semula rahim dan mengelakkan buncit di bawah perut.


So semua Ibu-ibu yang sedang mengandung dan bakal melahirkan bayi yang comel, serta Ibu-ibu yang sedang berpantang boleh la bertukar dari bengkung tradisional ke bengkung moden Premium Beautiful. Dapat menurunkan berat badan seperti sebelim anda mengandung dalam masa yang cepat serta mengembalikan bentuk badan anda yang cantik.





Anda boleh memilih untuk berpantang dengan menyarungkan Premium Beautiful Classic atau pon berpantang dengan menyarungkan Premium Beautiful Elegance  di badan anda.





Do not hesitate to call/text/whats app me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal
Email me @ nazirazainal82@gmail.com