Showing posts with label balqis. Show all posts
Showing posts with label balqis. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

Kisah anak-anak ke sekolah

Assalamualaikum......

Lama dah pending entry ni dalam draft. Dari awal bukak sekolah sampai dah masuk minggu ke 3 dah sekolah... Ya Allah.... mana kah azam nak buat 1 entry setiap hari ni... hahahaha....

So hari ni Ira nak share cerita hal anak-anak ni naik sekolah. For Balqis, tahun ni dia naik darjah 2 di SK Medini dan darjah 1 di Sekolah Agama Al-Azhar. For Badrina pula tahun ni Ira start sekolahkan dia di Smart Reader Kids Nusa Idaman. Ramai orang terperanjat bila Ira sekolahkan dia. Semua kata kecik lagi lah Ira.... Sebenarnya Badrina tahun ni 4 tahun, sebab tu Ira sekolahkan dia sama macam kakak dia dulu.  

So tahun ni keje mama dia double la... keluar ambik anak-anak balik sekolah... sebab timing tak sama kan so keluar masuk kereta je lah.... But in the same time still boleh manage my own business. Itu lah yang bestnya bila jadi mumpreneur/onlinepreneur. kita boleh manage our own time. So urusan rumah, urusan anak2 & urusan business diurus dengan baik.


Siap sedia nak ke sekolah 

masa dalam kereta otw ke sekolah masa hari orientasi.

singing and dancing time

 in the class

habis dah......


semua ada teman adik masa hari orientasi 

 2nd day school

1st week of school

So far dari minggu pertama sekolah sampai la hari ini, Badrina ok je ke sekolah, tak menangis kat sekolah, balik sekolah pon ceria... ada la 2 hari sahaja yang dia terlepas terkencing di kelas... tapi hari-hari lain Alhamdulillah dia ok.


Meh throwback gambar-gambar masa Balqis start sekolah darjah 1 di SK Medini.


pagi-pagi sebelum masuk pagar sekolah

selfie dengan mama dulu

masa perhimpunan sekolah

masa ni badrina nampak macam baby je lagi...

time rehat datang sekejap tengok dia kat kantin ok ke tak

 1st day tak ada kawan lagi so rehat sorang-sorang, nasib mama papa datang boleh temankan.


Ini pulak snap gambar dia 1st day nak ke Sekolah Agama Al-Azhar awal tahun ni.


 ceria je dalam kereta


beratur sebelum masuk sekolah. kelas pon tak tau lagi


Balik jer dari sekolah agama dia kepenatan sebab tak biasa sekolah pagi petang kan, dalam kereta dah tidor. Tapi dia kata sekolah best.... Mama & papa doakan anak-anak mama menjadi orang yang cerdik, pandai, cemerlang dunia akhirat. Amin...





Friday, October 02, 2015

Balqis 7th Birthday Celebration

Assalamualaikum....
Salam Jumaat, penghulu segala hari....


Birthday kakak Balqis pada bulan Ogos..... tapi sekarang ni baru lah mama dia nak up cerita.... hahaha... teruk betul lah mama ni peram cerita punyalah lama.... nak buat macam mana mama sibuk....


Birthday Balqis pada 24 Ogos iaitu hari Isnin, but kitorang celebrate birthday dia pada 23 Ogos, Ahad. Kami just celebrate kat restoran Season's Cafe Taman Johor Jaya. Belikan kakak Balqis slice cake kat situ and letak candle untuk syarat je... Lepas tu just makan-makan..... 


Tak nak cerita panjang-panjang, so enjoy the photo.....



















Happy Birthday my dear daughter 
Nur Balqis Nafisha Binti Nur Mohd Fairus...
Mama, Papa, adik Badrina, Atok, Nenek, Mak ngah & Cu Amad (not in the photo) always love you...



Monday, August 24, 2015

Balqis turn 7



Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Nur Balqis Nafisha
Happy Birthday to you.......

Mama & papa doakan semoga kakak Aqish jadi anak yang baik, yang dengar kata mama papa, anak yang solehah, cemerlang dunia akhirat in sha Allah....

Semoga Allah perliharakan anak mama, jauhkan dari segala bahaya dan perkara yang tidak baik. Dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang.

Mama, papa, adik, atok nenek, mak ngah & cu Amad always love you....

Selamat ulangtahun yang ke 7 Nur Balqis Nafisha Binti Nur Mohd Fairus

Thursday, December 18, 2014

Akhirnya..... Sekolah Kebangsaan Medini





Alhamdulillah..... akhirnya penantian kami berakhir. Balqis diterima untuk bersekolah di Sekolah Kebangsaan Medini bagi tahun  2015. Ye, tahun hadapan Balqis dah darjah 1. Sekejap je kan masa berlalu.......

Sebenarnya kami dah daftarkan Balqis di Sekolah Kebangsaan Taman Sutera & sekolah agama di Sekolah Agama Taman Perling, tetapi memandangkan Balqis dapat sekolah Medini nie terpaksa la kami gi batalkan nama Balqis kat dedua sekolah tu.

Selepas nie agenda nya ialah mencari kelengkapan sekolah Balqis, baju, kasut sekolah semua belum beli. In Sha Allah semuanya akan lengkap seblum sesi persekolahan bermula.

Apa2 pon bersyukur sangat pada Allah........



Monday, June 23, 2014

Pendek Sudah.....

Masa hari Fathers Day yg lepas, after kitorang gi mkn2 kat Seasons tu kitorang gi balik rumah my moyher in law kat Johor Jaya. Memang rutin gi balik rumah mak dlm lat 2 minggu sekali la atau bebila ada masa. 


Selalu kalau balik rumah nenek Aina (panggilan balqis utk nenek belah papa), selalunya Balqis akan main dgn sepupu dia Aina. Tapi hari tu kitorang sampai umah mak dlm kul 1 ptg, kakak Aina sekolah agama, balik kul 3.30 ptg sampai rumah dekat kul 4. So hr tu balqisxde geng main la. Dia keboringan.... merengek2 kat papa ajak balik cepat. Buat alasan nak gi potong rambut ( mrmang dah janji dgn balqis nak poyong rambut). Dok umah mak x lama la dlm kul 3.30 dah kuar terus bie ajak gi kipmart Tampoi, gi gunting rambut balqis.


Nie kali ke 3 balqis gunting rambut kat salon rambut. Kalau tanya dia nak gunting rambut kat mana? Dia jawab kat salon hehehe.... nak salon aje.... mama pon x srlalu potong rambut kat salon. Kat salon senang suh gunting & cuci siap2. Itu pon kena RM20. Potong rambut RM10 cuci RM10. Pada aku mahal la. Sbb dulu potong rambut Balqis kat salon brlakang kedai siap cuci baru RM15. Len kali potong kat salin blkg kedai je lah balqis....






Monday, May 12, 2014

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day!!!! 
Semalam ye hari ibu....

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di luar sana terutama sekali buat ibuku Pn. Huzairyn Binti Abdullah dan ibu mertuaku Pn. Sumarte Binti Bakri. Semoga Allah S.W.T memberikan kesuhatan yg baik, umur yg panjang & kebahagiaan dunia akhirat. Amin.....

Selamat Hari Ibu juga buat diriku.... of cozzzz.... I'm mother of two cute girl. So ape yg aku dpt dr anak2 ku.... Balqis la yg bg yg badrina blm tau ape lg... Balqis buat handbag dr paper plate kat school. Cantik sgt dia buat. Balik dr school hr jumaat tu jer terus lari2 dtg kat mama dia nie terus bg bag yg dia buat sambil wish "Happy Mother's Day Mama...." . Haku sgt terharu hokkay.... last year dia buatkan bunga guna reben & straw & bg belon ♡ shape.

So Next year kita tgk ape plak Balqis nak bg dgn adiknya sbb ms tu nanti adik dah besar dah paham sikit kot...




handbad belah depan

Handbag belah belakang


anak2 yg comel..

Tuesday, July 17, 2012

Movie: Ice Age 4 : Continental Drift, Balqis 1st movie

  Last wekend janji ngn Balqis nak bawak dia tengok citer Ice Age 4.  So hari sabtu tu lepas balik dari gi umah Pak Ndak terus la ke Jusco Bukit Indah. Itu pon dah dekat kul 10 mlm. Terus menuju ke TGV. Nasib baik la bie pengguna cc Citibank so boleh guna express way. Tapi sayang nya tiket untuk kul 10 lebih tu dah habis so terus book untuk tayangan Ahad kul 11 pagi.

Ahad pagi terus je ke Jusco Bukit Indah, breakfast kat Subway, than terus ke TGV. Nasib baik la Balqis ok jer masa masuk dlm cinema tak takut pon padahal dah gelap dah dalam tu. Dia excited sgt2, padahal mama ngn papa dah cuak. Tapi sekejap jer excited tu lepas tu dia dah boring... berdiri la bercakap la, tanya mama dia lah













Photo credit to Google


Sinopsis: 

Ice Age 4 pada awalnya meneruskan cerita zaman ais bagaimana si tupai Scrat cuba untuk menanam kacang kesayangannya ke puncah sebuah ais. Cubaannya gagal dan seterusnya menyebabkan benua terpecah kepada beberapa bahagian.

Manny, Sid & Diego masih berkawan baik seperti filem Ice Age sebelumnya. Namun sifat Manny yang terlalu mengongkong gerak geri anak perempuannya Peaches dari berkawan dengan gajah-gajah yang lain menyebabkan mereka berselisih faham. Pada masa yang sama Sid telah ditinggalkan oleh keluarganya untuk bersama neneknya Granny yang susah dijaga.

Semasa Manny dan Peaches bertengkar, bahagian darat yang mereka pijak telah terpisah. Bahagian kecil telah membawa Manny, Sid, Diego dan Granny ke laut luas. Manakala Peaches dan haiwan-haiwan yang lain perlu menyelamatkan diri ke tempat selamat.

Mereka menempuh pelbagai cabaran dalam usaha untuk kembali bersama dengan keluarga Manny. Mereka bertemu dengan kapal lanun yang diketuai oleh Kapten Gutt, seekor beruk besar. Deigo pula telah jatuh cinta pada Shira, anak kapal kapal lanun tersebut.



Pada aku movie nie menarik la kalau ditonton bersama keluarga terutama anak2 kecik yg memang suka kartun. Ada unsur kekeluargaan, kasih sayang, bekerjasama dan sikap tidak putus asa......

InsyaAllah lepas nie boleh la bawak Balqis tengok movie yg lain....... weeeee....