Tuesday, March 16, 2010

3rd Wedding Anniversary



Pada tarikh 16.03.2007, merupakan hari bersejarah aku & bie dimana kami disatukan sebagai suami isteri........ Hari ini pula merupakan wedding anniversary kami yg ke 3. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun dah rupanya kami bersama, rasa cam baru jer nikah..... hehehehe sila jgn muntah yer......



To my beloved bie, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yg ke 3 tahun..... Semoga mahligai yg kita bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat kita..... Semoga kita dikurniakan dengan anak2 yg soleh & solehah. Semoga apa sahaja dugaan yg berlaku dapat kita tempuhi bersama..... InsyaAllah, amin.....





Friday, March 12, 2010

Tag & Award Dari Kak Shida

Lama blog aku nie tak dapat tag & award.... tetiba dapat msg kat shoutbox dari kak shida suh amik tag & award..... thanks ye kak shida.... nie ira buat tagnyer........






1) You have to print screen wallpaper that you are using right now..







2) Tell us why you like the wallpaper

Nie adalah kereta impian dalam angan aku ngn bie........... bie nie giler kereta, bila dah kawin ngn bie aku pon terjebak sama la..........





3) Tag 10 people..


aku tag semua yg jadi follower aku lah ye...... so sape2 yg follow blog nie buat lah, tapi kalau yg dah buat tu, ignore je lah........


**************************************






BEAUTIFUL BLOGGER AWARD

Syarat untuk amik award ni adalah :


1) Thank and link the person that gave you the award.

Thanks kak shida, nanti bagi la lagi ye.......hehehehe


2) Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic.

to all my follower........ pls take this award ye...............


3) Contact said blogs and let them know they've won the award.

nanti aku inform............


4) State 7 things about yourself :

* dah jadi fulltime housewife

* ada sorang anak perempuan, Nur Balqis Nafisha

* addicted to fb

* my blogshope is b.a.l.q.i.s.s.h.o.p.p.e. Ada jual pelbagai jenis tudung & shawl

* suka bergambar sejak2 ada blog nie

*sejak2 jadi hw berat badan pon bertambah.....

* still breastfeed Balqis (1 tahun 7 bulan)

habis dah...........................


KL - Melaka

Dari Penang terus ke KL, itu pon dampai dah malam terus cari hotel utk tido semalam. Kami tido kat hotel City Park. Ok la bilik dia selesa... dah check in terus gi makan malam than terus bersihkan diri & tido......

Esok pagi nya terus check out & teruskan perjalanan....hehehehe. Kami gi ke Berjaya Times Square, konon nak main kat Cosmo World tu tapi sayang nyer bukak pukul 12 pagi.... so malas ar nak tunggu kan jadi kitorang jalan2 jer window shopping, than bila dah dekat2 time nak bukak tu gi la jap amik gambo terus keluar sebab kami nak ke Putrajaya plak....... kat putrajaya just gi Alamanda jer.... maklum ler belum pernah sampai ke sana, kalau area Putrajaya tu dah pernah.... sampai Alamanda pon dah waktu lunch terus lunch sekali. dah siap lunch terus nak ke Melaka sebab nak hantar Bibi (adik perempuan) balik umah sewa dia....

Sampai Melaka dah petang, rehat2 & lepak2 kat rumah bibi than mandi semua, lepas maghrib kitorang keluar gi Tesco Melaka nak makan malam. Malam tu kami makan kat The Chicken Rice Shop. Makan Combo D, maklum ler kan ramai......... kenyang giler....... dah siap makan jenjalan jap kat dlm Tesco tu than terus balik umah.



Combo D

makanan2 nya.....

my family

bie & balqis.....

Pagi esok nya plak gi Tesco lagi breakfast. Kami breakfast kat Kluang Station. Aku makan mee siam, bie, ibu & ayah makan toast bread jer, adik amad makan nasi lemak ayam, bibi plak makan fish poridge. Si kecik aku tu makan ape ye... hehehehe dia makan mee siam aku gak.... bersungguh2 dia makan tau, tak pedas pon.....seronok tengok dia makan. Dah siap breakfast terus ke Jusco Melaka yg baru, jenjalan jap, lunch than terus balik umah bibi sebab nak kemas2 barang terus nak balik johor semula.

balqis makan mee siam

kluang station......

tamat lah cerita holiday aku........................


Congratulation Adik.....

adik amad & ayah

TAHNIAH!

Semalam result SPM dah pon keluar. Salah sorang yg gembira semestinya lah adik aku yg lelaki nie. Dia dapat keputusan yg cemerlang (walaupon tak secemerlang budak2 yg dapat 12A tu). Adik aku nie dapat 6A je, tapi dia adalah 2nd top student di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas. Yang 1st top student tu pon dapat 6A gak......

Ape2 pon, kakak ucapkan tahniah atas keputusan cemerlang dlm SPM tu. Tapi jgn lupa cemerlang dalam SPM tak semestinya cemerlang di Universiti, cemerlang di Universiti tak semestinya cemerlang dalam pekerjaan. Jadi usaha bersungguh2 & tawakal pada Allah......



Tuesday, March 09, 2010

Penang

Kami sampai kat Penang dah petang sgt, check in bilik dah pukul 8 lebih sebab cari hotel tu lama sgt pusing2 tak jumpa cari padahal dah guna GPS tu. Lepas dah check in sumer letak barang terus keluar gi Padang Kota Lama sebab nak gi makan dinner. Dinner malam tu kitorang oder pasembor, char kuew teow, sotong kangkung & sotong bakar. Sedap2 semuanya.......tapi harga boleh tahan cekik darah la...... Lepas dinner terus balik hotel, bersihkan diri & tido sebab masing2 dah kepenatan.






selera balqis makan



Esok pagi lepas dah siap2 kemas, terus check out than gi sarapan pagi. Lepas sarapan terus kami ke Tanjung Bungah sebab nak ke Toy Museum. Bayaran masuk ke Toy Museum nie RM1o seorang sahaja. Memang best sgt masuk kat dalam tu. Banyak giler toys, banyak karekter2 dari cerita2 kartun, filem, drama, ada gak patung artis2... Pendek kata memang tak rugi ar masuk sini, enjoy sgt......!



entrence



Ninja Turtle pon ada.....




Chucky pon ada





Stone Cold & Elvis Presley



Bie, me & balqis with Spiderman





Monster Inc



Balqis takut dgn Monster Inc



Power Rangers




Kungfu Pnda, Monster iNc, Mickey Mouse, Happy Feet




Balqis excited nampak Barney & MnM






sebelum balik gambar kat ber3 dulu...



dalam kereta nak balik....



Keluar dari Toy Museum dah tengah hari so kami pon nak cari port utk lunch. Ayah nak makan kat Restoran Kayu Nasi Kandar. cari punya cari sampai 5 kali pusing kat area tu baru la nampak restoran nya tapi langkah kiri sebab restoran tu tutup. So kami makan la kat restoran nasi kandar yg lain....... Tapi sedap la, sekali sekala dapat makan nasi kandar, bukan selalu pon kan..... Lepas makan kami pon terus menuju ke Kuala Lumpur.



nasi kandar



balqis pon makan gak , nasi putih & papadom



masing2 makan dengan seleranya....