Saturday, July 18, 2009

Romantic & Loving Couple Contest

Jalan2 kat blog mamatisya sekali ternampak la contest yg dianjurkan iaitu Romantic & Loving Couple Contest. Contest nie dianjurkan sempena wedding anniversary mamatisya yg ke 3 tahun..... dah 3 tahun dah ye perkahwinan mamatisya, tisya dah leh dapat adik dah nie.......







Contest ni bermula pd 18 July 2009 dan akan berakhir pada 8 August 2009 @ 1pm. So every contest mesti ada syarat2nya kan.... so syart2nya boleh la tengok di sini. For me, aku dah menepati sumer syarat2 yg mamatisya tetapkan.... so bleh la aku join contest nie.....yey.....



Gambar yg aku pilih utk Romantic & Loving Couple Contest ini ialah :


  • Nama anda & pasangan : Nazira Binti Zainal & Nur Mohd Fairus Bin Abdullah

  • Tarikh kawin & anniversary ke brp thn ni : 16.3.2007 & 2nd wedding anniversary

  • Citer la skit psl gmbr yg dipilih & nyatakn thn bila & lokasi gmbr itu :

Gambar nie diambil pada tahun 2007, masa tu kami berbulan madu di Pulau Perhentian, Terengganu. Tempat yg sangat cantik & memang sesuai utk pasangan yg baru berkhawin atau pasangan2 yg ingin 2nd honeymoon.....Aku suka gambar nie, aku ngn bie namakan gambar ini memori di bawah pokok kelapa......hehehe bukan memori di bawah pohon pisang tau cam lagu amelina & iwan tu.... yang best nyer semua gambar2 kami di Pulau Perhentian diambil sendiri, tak mintak tolong org pon tuk ambilkan gambar....dah la stand tuk camera pon takde, sebab pakai camera org, so ape yg bie buat, tenggek la kat mana2 tempat yg tinggi tuk jadikan stand utk snap pic kami berdua..... utk gambar nie camera di letak kan di atas tong sampah.....hehehe.... tong sampah pon tong sampah la, janji ada gak gambar kami diabadikan....... Sekembali nya dari honeymoon, aku plak disahkan pregnant, tapi bukan rezeki kami, kandungan ku keguguran...... kalau la kandungan ku selamat, aku ngn bie gelarkan dia baby perhentian.....




Kawan2 yg lain, ape lagi meh la join contest nie...... ada hadiah misteri utk peserta yg ke 18 tau.... meh la.....



I'm So Excited

Hai sumer kawan2 blogger...........


Hari nie aku exited sgt2........


Tapi berdebar2 pon ada gak.....


Dup dap dup dap dup dap.......


Nak tau tak kenape?


Sebabnyer aku ada forumer gathering petang nie.... gathering JMC (Johor Mom's Club). Kan aku salah sorang ahlinyer.... hehehe.... nape ek rase berdebar2. Sebabnyer ada lagi ahli club yg aku tak pernah jumpa, lagipon ini adalah gathering yg pertama aku join....... tapi ada gak la beberapa org ahli club tu yg aku pernah jumpa......




saip ada banner lagi, gathering yg ke 4 tapi aku baru ni la nak join... maklum ler ahli baru....




Than masa gathering nanti ada exchange hadiah.......... entry sebelum nie kan aku ada bagi tau yg aku gi cari hadiah kan, untuk gathering nie la......... jap eh aku tunjuk hadiah nyer......


*

*

*

*

*

*

*

*

*


hadiah yg dah siap di sampul.........ape isi dalam nyer.... rahsia.....biar org yg dapat nanti tau ape isi dalamnyer.....




Memang tak sabar nak tunggu petang nie, nanti lepas balik keja, nak gi cuci keta, malu la nak gi gathering tapi keta berabuk tak cuci, than nak gi amik balqis & my cousin (bawak dia sekali tuk tolong jaga balqis) after that terus ke gathering.......




So, cerita2 kat gathering nanti aku citer kat next entry ok.




Have a nice weekend alls........





Friday, July 17, 2009

Balqis Dah Pandai Naik Tangga

Semalam lepas dinner & dah siap kemas2 dapur, aku pon amik penyapu & nak menyapu bahagian atas la, kat are2 bilik kan, sedang2 menyapu tu bie panggil soh gi kat tangga, ingatkan ape la, rupanyer nak soh tengok anak dia dah pandai naik tangga..... Amboi2 anak mama nie.... ada jer benda baru yg dia wat eh.... So aku pon cepat2 amik camera than rakam kan la aksi balqis tu..... dengan gembiranya balqis naik tangga tau......


Lepas nie memang mama ngn papa berjaga2 jer lah...... sejak2 dah pandai berjalan nie, ada jer tempat dia nak merayap eh, nie kat tangga pulak.... sabar jer la.......



sila abaikan badan hubbyku yg kering itu








Petua Mencuci Hati

Dapat info nie dah lama dah, tak ingat dari mana...... kita share bersama ye.......
****************************
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati,
diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah.
  • Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

  • Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

  • Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

  • Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

  • Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

  • Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan di dalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga ke esokan harinya -CUBALAH!!..

  • Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

  • Kekalkan wuduk.

  • Bersedekah.

  • Belanja orang makan.

  • Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

  • Berkawan dengan ulama.

  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

  • Pesan pada orang, jadi baik.

  • Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut..dsb). Jangan dengar orang mengumpat

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."







Thursday, July 16, 2009

Shopping Baju Balqis

Hari tu gi Angsana coz nak cari hadiah tuk gathering JMC hari sabtu nie, sambil2 tu gi window shopping sekali, tetiba bila gi kat UO ada baju budak2 murah plak tu, so aku pon belek2 la sambil cari2 mana yg berkenan utk balqis, aku nie dah lama tak belikan baju tuk balqis tau.... kesian dia...... so tu la baju yg aku berkenan jer.... yg lain pon ada gak, tapi sumer nyer besar gedabak..... cam tak sesuai plak ngn balqis, nie pon aku beli just utk baju pakai harian jer......After beli baju balqis tu baru la aku cari hadiah tuk gathering tu. Ape hadiah nyer....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

mana leh tunjuk kat sini, nanti dah tak surprise la....... After gathering baru leh tunjuk k.....hehehe.....