Thursday, August 13, 2015

Ceritera Raya Aidilfitri 2015 Part 1

Assalamualaikum.....

Masih belum terlambat lagi Ira nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupon tinggal lagi 2 hari jer nak habis bulan Syawal..... Di harap hari raya sahabat-sahabat semua penuh bermakna dan ceria.




Ira pon nak share cerita tentang hari raya Ira & family. Tahun ni kami sekeluarga beraya di rumah mertua Ira di Johor Jaya. Heheheh tak jauh pon kan. Iye kitorang kalau bab raya memang tak gaduh la sebabnya mertua di Johor Jaya, rumah parents Ira plak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, masih lagi di Johor.


2 hari sebelum raya, lepas jer berbuka kami terus balik rumah my parents. Nak bersahur di sana. Kali ni sebulan berpuasa belum dapat lagi berbuka and sahur di rumah my patrents. So dekat raya tu ajak Bie balik Penawar so dapatlah bersahur di sana. Sehari sebelum raya siang tu dah sibuk tolong my mother masak-masak untuk pagi raya..... hahaha bertuah kan punya menantu, raya patutnya umah mil tapi tak tolong masak umah mil, masak kat umah mak sendiri..... before berbuka baru siap-siap untuk balik Johor Jaya. Dapatlah kami berbuka di rumah mak Bie dengan adik beradik dia. Raya kali ni semua adik beradik Bie beraya bersama so ramai dan sangat kecoh. Maklum adik beradik je dah 10 orang ( seorang dah meninggal dunia). Dengan anak pinak, cucu-cucu lagi mau tak kecoh.


Pagi-pagi hari raya kami siap-siap untuk ke rumah Mil. Tak boleh lambat nanti tak sempat pulak Bie nak gi solat sunat Aidilfitri. Tapi sebelum keluar tu sempatlah kami beraya dulu, mohon maaf suami isteri & anak-anak. Sambil-sambil tu sempat juga wefie sebelum keluar rumah.... hahahaha.....


wefie dipagi Hari Raya


Sampai sahaja di rumah mil, Bie dan adik beradik lelaki pon sesiap nak ke masjid. yang kami orang perempuan dok rumah sediakan dan makan juadah-juadah yang mil masak bersama kakak ipar. Habis solat sesi beraya, bersalaman mohon ampun maaf dipinta. Lepastu ape lagi makan-makan dan makan sambil duduk borak sementara nak menunggu waktu Solat Jumaat. Selepas solat jumaat baru sesi berjalan raya bermula. Memandangkan cuaca waktu itu hujan jadi kami dapat beraya ke rumah sepupu arwah bapak Bie dan rumah kak long sahaja. itu pon hingga jam 5 petang. Lepastu kami terus balik ke kampung belah my ayah.

Kita layan gambar di rumah Mil dulu ye.....



with my girl Nur Balqis Nafisha


berdua denganmu...... love you forever....


bersama ibu mertuaku


family potret



hasil photoshoot my hubby


dengan kak long, anak buah my hubby. Eh apasal mak uda nampak lagi muda nie.... hahaha....

  



penuh rumah mil bila berkumpul semua


Petang tu pulak dari JB terus shoot balik kampung. Actually kampung Ira di Pengerang tapi disebabkan semua rumah di Pengerang telah diambil dan penduduknya telah ditempatkan di kawasan penempatan baru di panggil Taman Bayu Damai. So sekarang kampung kami di Bayu Damai... terus je kami menuju ke rumah mak busu. Ibu ayah dari siang kat rumah mak busu. selalunya kami berkumpul di rumah mak ngah tapi tahun nie, rumah mak ngah belum siap tu yang berkumpul di rumah mak busu.

So kalau kata beraya kat kampung memang makanan dia lagi heaven la... banyak sangat penuh 1 meja. Tapi disebabkan teruja nampak makanan banyak tak snap pon gambar, terus je makan dan makan... tapi badan iols tetap maintan sebab Ira pakai Premium Beautiful. dah siap makan, beraya dan bergambar kami pon balik ke rumah ayah ibu di Bandar Penawar....

Ira letak gambar sikit je kat sini ye, kalau nak tengaok gambar lain boleh ke FB Ira.




tak sah kalau tak gambar sama-sama. Tapi iolls tengah tunjuk ape entah masa tu...



Family photo, formal..... 


Family photo, gaya bebas...



Tamat cerita raya part 1, nanti kita sambung cerita part 2 ye.....




No comments: