Tuesday, January 19, 2016

Kisah anak-anak ke sekolah

Assalamualaikum......

Lama dah pending entry ni dalam draft. Dari awal bukak sekolah sampai dah masuk minggu ke 3 dah sekolah... Ya Allah.... mana kah azam nak buat 1 entry setiap hari ni... hahahaha....

So hari ni Ira nak share cerita hal anak-anak ni naik sekolah. For Balqis, tahun ni dia naik darjah 2 di SK Medini dan darjah 1 di Sekolah Agama Al-Azhar. For Badrina pula tahun ni Ira start sekolahkan dia di Smart Reader Kids Nusa Idaman. Ramai orang terperanjat bila Ira sekolahkan dia. Semua kata kecik lagi lah Ira.... Sebenarnya Badrina tahun ni 4 tahun, sebab tu Ira sekolahkan dia sama macam kakak dia dulu.  

So tahun ni keje mama dia double la... keluar ambik anak-anak balik sekolah... sebab timing tak sama kan so keluar masuk kereta je lah.... But in the same time still boleh manage my own business. Itu lah yang bestnya bila jadi mumpreneur/onlinepreneur. kita boleh manage our own time. So urusan rumah, urusan anak2 & urusan business diurus dengan baik.


Siap sedia nak ke sekolah 

masa dalam kereta otw ke sekolah masa hari orientasi.

singing and dancing time

 in the class

habis dah......


semua ada teman adik masa hari orientasi 

 2nd day school

1st week of school

So far dari minggu pertama sekolah sampai la hari ini, Badrina ok je ke sekolah, tak menangis kat sekolah, balik sekolah pon ceria... ada la 2 hari sahaja yang dia terlepas terkencing di kelas... tapi hari-hari lain Alhamdulillah dia ok.


Meh throwback gambar-gambar masa Balqis start sekolah darjah 1 di SK Medini.


pagi-pagi sebelum masuk pagar sekolah

selfie dengan mama dulu

masa perhimpunan sekolah

masa ni badrina nampak macam baby je lagi...

time rehat datang sekejap tengok dia kat kantin ok ke tak

 1st day tak ada kawan lagi so rehat sorang-sorang, nasib mama papa datang boleh temankan.


Ini pulak snap gambar dia 1st day nak ke Sekolah Agama Al-Azhar awal tahun ni.


 ceria je dalam kereta


beratur sebelum masuk sekolah. kelas pon tak tau lagi


Balik jer dari sekolah agama dia kepenatan sebab tak biasa sekolah pagi petang kan, dalam kereta dah tidor. Tapi dia kata sekolah best.... Mama & papa doakan anak-anak mama menjadi orang yang cerdik, pandai, cemerlang dunia akhirat. Amin...





1 comment:

Product Recommendation Website said...


Your blog is very useful and adds insight for me. Thank you for sharing.