Friday, March 27, 2009

Demam.....

Sekarang nie musim demam jer..... batuk la, selsema la...... hadoiyai........ dah la skrg nie cuaca tak menentu, kejap panas kejap sejuk... tu yg menyebabkan demam tu...... cakap pasal demam nie.... semalam petang balik jer dari ofis amik Balqis, mak cakap Balqis dedar jer badan dia cam demam pastu selsema plak tu.... alala... cian anak mama......balik bagi susu terus bagi makan ubat, tau la plak tu ubat dia melalak tak nak makan ubat..... huh susah nyer nak bagi makan ubat budak sorang nie......... malam makin panas plak badan dia, pagi nie dah kurang dah panas, hingus meleleh jer.......bawak ubat selsema ngan ubat demam dia gi umah mak.....

Itu bab anak, yang papa nyer pon sama, minggu lepas hari jumaat balik keje jer dah cam nak tombang, tak larat lak kata nyer nak bangun, "sayang, bie demam la...... tak larat nak bangun" lepas makan, makan ubat terus tido sampai la ke pagi..... menggigil tak hengat.... sejuk kata nyer tapi aku rasa badan panas jer....... esok pagi nak bawak g klinik pon cam tak larat nakbangun, masak kan air panas suh g mandi pastu nak g klinik.... start citra, tetiba tak berbunyi plak.... tak leh start.... hadoiyai..... time gini la plak ko tak leh nak start...nasib baik ada kancil yg banyak berjasa tu... hehehe...... sampai klinik naik gegata plak badan bie.... terus kena injek kat 'ponggong'. Lepas g klinik terus bawak g urut, lega sikit badan dia. balik umah sambung tido balik...... nasib baik ahad tu dia dah sihat kalau tak tak dapat la aku gi gather JMC........

hmmmmm..... pk pk balik kadang-kadang ada orang yang antibodi kuat susah kena demam ker sakit ape2 ker (cam ak ler tu....) tapi kalau anti bodi tak kuat selalu sangat dapat sakit......(huhuhu cam bie la tu....). ape2 pon bersedia sebalum terkena..... sedia kan payung sebelum hujan......

Tuesday, March 24, 2009

Balqis 7 bulan.....

Hari nie balqis dah 7 bulan.... sekejap jer masa berlalu...... dah semakin nakal dah anak mama sorang nie..... mama & papa always luv u............








My 2nd wed anniversary.....

16/3/2009 - My 2nd wed anniversary...... malas nak kuar umah sebab musim hujan jadi aku pun masak jer la kat umah...... masak la yg simple2, coz balqis dah melalak nak mama dia.... huhuhu.......











daging black pepper





tomyam sempoi




last sekali ialah kek.......

makan-makan with JMC Moms

ahad lepas..... dengan gumbiranya kami mak-mak JMC makan-makan di rumah puan tig @ puan zaza..... ada laksa, speg, mee goreng, mee hoon goreng, kek cokelat, cheese cake, brownis, donut, puding cokelat....... nyum nyum....



makanan yg disediakan

cik ain sedang memotong cheese cake


makan-makan time


gambar time......





Friday, March 20, 2009

24 August 2008

Pada tarikh keramat ini lah aku dengan sekelip mata telah menjadi seorang mama dan bie telah menjadi seorang papa..........kami bersyukur kehadrat Illahi, kerana mengurniakan bayi yang comel bernama Nur Balqis Nafisha, seberat 3.1kg pada pukul 7.30 petang.




hari pertama Balqis dilahirkan


hari terakhir di hospital

masa nie bie takde, sibuk angkat barang aku ngan hadiah-hadiah Balqis......

p/s : Semoga Balqis menjadi anak yang solehah, mendengar kata mama & papa, mama & papa akan lakukan yang terbaik untuk balqis........

Pertemuan Yang Tidak Dirancang

Nie aku nak citer camner aku leh kenal ngn hubby ku yang tercinta nie.....

Perkenalan kami sebenarnya diaturkan oleh ibu aku sendiri. Ini semua berlaku semasa aku sedang menjalani praktikal di JPA3. Hubby ku seorang engineer yang menjaga site yang sama dengan ibuku, dari situ bermula la hubungan baik bie dan ibu sehingga lah bie tau yang ibu mempunyai seorang anak gadis yg sudah besar..... (hehehe aku la tu). Sejak itu dia bersungguh-sungguh memujuk ibu untuk menunjuk kan gambar anak dara nya.......tapi ibu bohong cakap kat bie ank gadis dia gemuk, pendek dan tak lawa..... (huhuhu macam la aku lawa sangat), tapi dia tak percaya kerana dia kata naluri dia cakap tu sumer tipu..... walaubagaimanapun bie tak pernah putus asa utuk pujuk ibu......

Satu hari, ibu ada meeting di Indah Water di JB, jadi ibu mengajak bie utk ke JB sebab ayah tak dapat ikut, kerja masa tu...... selepas habis meeting ibu call aku untuk makan lunch bersama, dia cakap dia dengan sorang kawan, aku tanya siapa ibu tak nak bagi tau, so aku pon kata ok..
Waktu lunch pun tiba, ibu sampai & aku pun terus keluar dari ofis menuju ke kereta, terperanjat aku ibu bawak kawan lelaki yg aku tak kenal, rupa2 nyer itu lah bie...... itu lah pertama kali kami bertemu......malangnyer pertemuan kami tak seindah yg dijangka sebab kau tiba2 kena muntah2 gara2 makan sup cendawan yang ofismate beli sebelum tu.....

Waktu perjalanan pulang ke kota tinggi, ibu cakap bie asyik pujuk ibu beri no phone ku tapi ibu tak beri sehingga la aku memberi kebenaran utk beri no phone tu ke bie.... selang 3 hari selepas pertemuan kami bie memberi msg untuk berkenalan...... tetapi sesungguhnyer waktu tu aku memang tak berminat untuk berkenalan dengan bie, cuma layan biasa2 jer...... setiap hari dia call & msg hingga membuatkan aku suka untuk berkawan dengan bie. Seminggu selepas itu bie mengajak aku untuk keluar bersama tapi aku menolak dan menyuruh dia datang ke rumah ku untuk makan malam, dan jumpa ibu ayah..... dengan gentle nyer dia datang ke rumah than mintak izin ayah untuk bawa aku keluar pada minggu berikutnya......dan minggu tersebut aku keluar berdua dengan bie....... waktu itu bie bagi tau dia betul2 suka kat aku n nak aku jadi pasangan hidup dia..... gilo ko apo! baru 3 kali jumpa terus nak ajak kawen...... aku cakap kita kawan2 jer la dulu....... selepas 6 bulan kami berkawan kami terus mengikat tali pertunang selama 2 tahun.......... dan pada tanggal 16 march 2007 aku sah menjadi isteri kepada bie..........

sekain...............

My Beloved Hubby


Ni lah hubby ku yg tersayang n tercinta....................


My first time..............

hahahaha.............

Akhirnya........ aku ada blog sendiri......... setelah sekian lama konon nak berblog, baru sekarang nie tergerak nak buat...... itu pun setelah membaca berapa banyak blog2 orang lain... kuikuikui.....

setakat ini jer la dulu eh.....