Tuesday, August 25, 2015

Keistimewaan Premium Beautiful untuk Ibu Yang Menyusu

Start Ira buat bisnes Premium beautiful nie kan, ada la kawan-kawan yang dok tanya macam mana nak pakai PB kalau breastfeeding nie? Macam mana PB boleh bantu menambahkan susu badan?

So this entry Ira dedicate to semua ibu-ibu yang menyusu badan, sama jugak seperti Ira yang masih lagi breastfeed my 3 years old girl, Nur Badrina Nashwa.



Premium Beautiful ni ada Far Infra Red (F.I.R) yang ditenun ke dalam setiap helaian benang fabrik. F.I.R nie yang banyak membantu dalam menambah susu badan ibu-ibu.

F.I.R pada Premium Beautiful akan membantu melancarkan peredaran darah di bahagian breast kita. Sebab  tu bila kita pakai kita akan rasa macam hangat atau warm tapi bukan panas ye. Bukan panas yang berpeluh-peluh tu tapi rasa hangat yang selesa. Bila darah kita mengalir dengan lebih lancar of course la rasa lebih hangatkan. Bila perjalanan darah lancar membantu juga dalam penghasilan susu badan. Sebab tu biasanya kalau susu badan tak berapa nak keluar or tak keluar, orang tua kata tersumbat, kita pergi urut dengan bidan kan. Untuk ape? Mesti la untuk lancarkan perjalanan darah di bahagian breast kita...

  • FIR yang terdapat pada Premium Beautiful juga akan menembusi jauh ke dalam tisu lembut kawasan payudara. Ini dapat membantu untuk mengurangkan bengkak , melegakan kesakitan dan yang paling penting meningkatkan proses sistem saliran limfa . 
  • Bukan itu sahaja, FIR juga sebenarnya akan merangsang dan mempercepatkan peredaran darah dalam payudara. Meningkatkan peredaran darah pada setiap peringkat adalah kunci kepada sel-sel yang sihat .  
  • F.I.R. mengembangkan saluran darah kecil dan kapilari, melegakan bengkak & sakit serta mempercepatkan proses saliran limfa melalui nodus limfa . 
  • FIR juga merangsang perubahan metabolik dalam sel-sel hidup . Ini membantu untuk menghasilkan tenaga untuk proses penting dan membantu dengan penghapusan zarah sisa yang dihasilkan daripada proses metabolik . 
  • F.I.R. adalah baik untuk tisu payudara dan akan membantu mengurangkan sebarang pengumpulan bertakung atau cecair limfa di dalam dan sekitar sel-sel .

So, di sini kita dapat tau yang Premium Beautiful ni membantu untuk seimbangkan hormon selain melancarkan peredaran darah terutama di bahagian payudara untuk menghasilkan susu badan lebih banyak daripada biasa. Cup Long Bra Premium Beautiful yang berbentuk piramid pula dapat mengelakkan ibu-ibu mengalami masalah puting payudara tenggelam. Ini kerana bra biasa kebanyakannya berbentuk bulat dan menekan puting payudara.

Jadi, untuk ibu-ibu yang bercadang untuk breastfeeding, yang sedang breastfeeding anak, ira memang sarankan untuk memakai Premium Beautiful. Dapat hasilkan susu badan yang banyak untuk si kecil, dan susu itu pula susu yang lebih baik dan berkualiti sebab Premium Beautiful juga membantu untuk detox badan ibu-ibu. Tak susah pon nak breastfeed dengan memakai Premium Beautiful ni, just selak bahagian lace cup Long Bra dan turunkan ke bawah, dah boleh terus menyusukan si kecil. Bila kita selak baju untuk breastfeed, bahagian badan kita pon tak terlihat sekali dan bahagian perut kita pon tertutup.



Untuk maklumat lanjut dan trial premium Beautiful percuma boleh contact Ira

Call/text/whatsapp: 012-7307047
Facebook: Ira Zainal
Instagram: ira_zainal
Email: nazirazainal82@gmail.com



Monday, August 24, 2015

Balqis turn 7



Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Nur Balqis Nafisha
Happy Birthday to you.......

Mama & papa doakan semoga kakak Aqish jadi anak yang baik, yang dengar kata mama papa, anak yang solehah, cemerlang dunia akhirat in sha Allah....

Semoga Allah perliharakan anak mama, jauhkan dari segala bahaya dan perkara yang tidak baik. Dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang.

Mama, papa, adik, atok nenek, mak ngah & cu Amad always love you....

Selamat ulangtahun yang ke 7 Nur Balqis Nafisha Binti Nur Mohd Fairus

Friday, August 21, 2015

Bila JMC Beraya

Last story about Raya 2015.....  kali ni nak cerita pasal JMC beraya pulak. kami ni every year mesti ada konvoi beraya each member punya rumah. Beraya pulak ikut zon. Ada zon Ulu Tiram, zon Pasir Gudang, zon Tebrau, zon Skudai. Same goes for this year. Kami beraya pon ikut zone jugak. But this year masa agak limited sebab cuti di Johor dah berbeza, ada yang kerja cuti hari Jumaat, ada yang cuti hari Ahad. So the best day untuk beraya is Hari Jumaat & Sabtu. Hari Ahad budak-budak dah sekolah. Sekarang ni most of us ada anak yang dah bersekolah darjah 1 atau 2.


First trip beraya was zon Pasir Gudang. Zon Pasir Gudang kami beraya rumah Ain & rumah Angah. Kali ni yang dapat join cuma As & family, Laila aka puteh & family, Del & family, Dilla & family & me & family. Yang lain-lain tak dapat nak join.



rumah Ain


 rumah Angah

Next trip beraya was rumah Laila (zon Ulu Tiram). Kali ni zon Tiram dapat beraya 1 buah rumah jer, rumah Mala, Dilla, & Mar tak dapat nak beraya sebab diorang tak ada di rumah. And this year jugak kami tak beraya ke rumah arwah sahabat kami iaitu arwah Anna Lisa Binti Mahat.... Al-fatihah....




rumah Laila aka Puteh


Next house was rumah Del. Beraya rumah dia hari Ahad. Sebabnya dia kerja on Friday and Saturday. So Sunday je free. We all semua terjah rumah dia selepas hantar anak-anak sekolah, me terjah selepas ambil Balqis balik sekolah.




rumah Del


Next house was rumah As & my house. Both of us buat on Friday night. Senang sekali jalan, dari rumah As diorang terus ke rumah Ira. konvoi dari rumah as sebab diorang tak tau rumah kami yang sekarang.



 rumah AS




my house

Next house was rumah Ayu. Malam tu beraya rumah Ayu jer. so memang lepak rumah ayu lama la. Dari jam 8 lebih sampai jam 10 lebih baru balik. kar rumah Ayu ni ramai sikit ahli yang datang so meriah la dengan gelak ketawa. 




 gambar depan cermin hikmat


 beralih ke ruang tamu pulak


Last house was rumah Tig aka Zaza. Rumah dia kitorang raya sehari selepas lastday raya, hari Ahad. Terjah selepas ambik balqis balik sekolah. Last house ni my hubby tak ikut sebab dia kena kerja. So Ira bawak kereta sendiri. Nasib tak sesat... hahaha....



 Zaza's house


So kami nie memang pantang jumpa kamera. memang sawan kamera masing-masing. Lepastu bila dah berjumpa borak memang tak boleh habis. Padahal hari-hari dok sembang kat whatsapp group. Tapi bila jumpa ni lagi la seronokkan.... dapat lepas kan rindu kat geng-geng JMC. Kalau nak tau JMC tu ape, JMC is Johor Mom's Club. 












Premium Beautiful Can Help You Conceive!!

Betul ke Premium Beautiful corset ni boleh mengandung? Itu pertanyaan sesetengah orang pasal Premium Beautiful. Sebenarnya dah banyak dah testimoni dari client yang memakai Premium Beautiful conceive selepas beberapa bulan pakai Premium Beautiful.





So, here Ira list down alasan-alasan kepada kesan pemakaian Premium Beautiful untuk conceive:


1.  Premium Beautiful mengurangkan dan seterusnya membersihkan cyst dan fibroid dalam ovari            yang diketahui banyak menyerang wanita, terutama wanita berumur 40 tahun ke atas.

2.  Premium Beautiful membantu seimbangkan hormon estrogen dan progesterone, FSH, LH.

3.  Dengan hanya memakai Premium Beautiful, kedudukan rahim adalah lebih stabil, kukuh,        
     dilindungi dan disokong penuh sebagaimana fungsi bengkung ketika dalam pantang malah lebih    
     baik lagi!

4.  Apabila rahim dalam keadaan baik, peluang untuk conceive adalah lebih tinggi!

5.  Sebenarnya kegemukan dan lebihan berat badan memang mengganggu hormon dan menjejaskan        peluang untuk conceive.

6.  Boleh menyelesaikan masalah period yang tidak teratur

7.  Mengurangkan masalah period pain

8.  Premium Beautiful juga berkesan untuk menguatkan kembali otot rahim selepas bersalin

9.  Boleh mengurangkan masalah keputihan





For free trial and free fitting, 

Do not hesitate to call/text/whatsapp me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal
Email me @ nazirazainal82@gmail.com




Friday, August 14, 2015

Ceritera Raya Aidilfitri 2015 Part 2

Ok now kita sambung story raya Ira & family pulak ok. 
Nie nak cerita tentang raya kedua pulak.


On 2nd day hari raya memang kami sekeluarga semua tak keluar beraya pon. Sebabnya family belah my mother nak datang beraya ke rumah. Untuk sesiapa yang tak tau, Ira ada kacukan melayu cina, and my mother is a Chinese. So all my chinese family nak ziarah kami di rumah my parents. Pagi-pagi lagi me and my sister dah tolom Ibu kat dapur, nut ibu lah yang masak makanan-makanan semua. Ibu masak mee hoon putih ala-ala Hua Mui. than goreng ayam. Lepas tu perangatkan lauk-lauk raya untuk kasi diorang makan.


Around tengah hari la diorang sampai, duduk-duduk makan-makan. My mother pon duduk borak-borak dengan adik beradik dia, duduk melayan my  po po (nenek). My nenek nie dah tua sangat. Umur pon dah 96 tahun, badan sihat lagi tapi ingatan nya tak berapa kuat. Orang kata macam dah nak nyanyuk. but dia still ingat anak-anak dan cucu-cucu dia. Diorang semua stay sampai pukul 5 petang. lepas tu diorang nak ke Desaru untuk mandi manda main pantai. Itu aktiviti wajib diorang kalau datan rumah my parents. 



makanan-makanan dah siap terhidang









Lepas jer diorang balik. than sedara-sedara dari kampung pulak nak datang. Tapi kitorang dah tau yang diorang nak datang petang tu. Dah diberitahu semalamnya lagi. Tapi kali ni lagi ramai dari semalam sebab ada yang sepupu-sepupu dari JB dah balik kampung.


Punya lah ramai ruang tamu rumah ayah ibu jer tak muat untuk semua orang, muat untuk tetamu perempuan jer. Tetamu lelaki duduk kat luar, Sambil-sambil borak sambil makan. Yang lelaki makan kat luar la kan. diorang stay sampai malam. Dekat kul 10 malam jugak lah diorang balik. Ada yang balik JB, balik Singapore and yang lain balik ke kampung semula.


Itu je lah cerita raya kami. Hari-hari raya yang berikutnya tu tak yah cerita lah kan..... So kita tengok gambar-gambar je lah





Family potret - formal

Family potret - unformal





Premium Beautiful : Q & A Session

Assalamualaikum.........


Entry kali ni Ira nak share tentang soalan-soalan yang biasa Ira dapat bila ada client yang bertanyakan tentang Premium Beautiful corset ni. Maklumlah mereka mungkin belum kenal, belum tahu atau belum pernah rasa dan tengok corset yang sungguh selesa dan sungguh cantik. 


Nie Ira bagi tau, sebenarnya once kita pakai Premium Beautiful ni, kita dapat rasakan yang Premium Beautiful nie is a "SELF PRACTICE FOR DIET". Kenapa???
Sebabnya kita akan rasa cepat kenyang dan kuantiti makanan yang diambil pon automatik dapat dikawal dan dikurangkan. Takdelah kita melantak banyak sangat kan sebab dapat control nafsu makan tu.


 Premium Beautiful



Ok, jom Ira start jawab soalan-soalan yang diajukan;


1)  Susah ke nak pakai Premium Beautiful ni? Ambil masa yang lama ke nak pakai?

TAK SUSAH mana pon..... Premium Beautiful ni ada pelbagai saiz untuk pelbagai jenis bentuk badan. So saiz premium Beautiful memang berbeza-beza untuk setiap orang. Untuk dapatkan saiz yang betul ukuran badan perlu diberikan kepada Ira:

1.  Puncak dada (burst)
2.  Bawah dada (underburst)
3.  Pinggang (waist)
4.  Punggung (hips) 




2)  Bukan leceh ke nak ke tandas?

Tak leceh lah. Kalau leceh pon mungkin pada masa hari pertama pakai Premium Beautiful je sebab belum biasa lagi kan. Apa yang kita perlu buat ialah just lipatkan waist nipper ke atas, turunkan long girdle macam nak turunkan seluar tu, lepas tu boleh la buang segala hajat-hajat tu.


3)  Kalau Premium Beautiful ni ROSAK macam mana?

Premium Beautiful ni corset yang berkualiti tinggi, so jarang rosak eventhough it comes with  LIFETIME WARRANTY.  Kalau rosak just pass pada Ira, nanti Ira tolong hantarkan untuk repair, FREE OF CHARGE (FOC)


4)  Panas tak pakai Premium Beautiful ni? Berpeluh-peluh kan?

Siapa bagitau panas? Bahan yang digunakan untuk membuat Premium Beautiful adalah dari fabrik berteknologi AKWATEK & AKWADYNE yang lembut dan ianya mengekalkan suhu badan. Fabrik ni teknologinya dari German.... kalau suasananya sejuk, kainnya akan mengecut dan badan kita akan terasa suam. Manakala kalau cuaca panas, kain PB akan mengembang dan kita tidak akan merasa panas. So sangat sesuai untuk dipakai di mana saja kita berada.


5)  Best ke pakai Premium Beautiful ni?

Corset nie SANGAT SELESA dipakai sepanjang hari kerana kehalusan dan kelembutan pada kulit. Premium Beautiful merupakan produk SUPERBRAND & mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Maknanya Premium Beautiful sangat berkualiti tinggi dan terlaris di pasaran. Premium Beautiful menjaga kesihatan disampin menbentuk kontur badan yang ideal. Premium Beautiful 70% is for healthy and 30% is for beauty.


6)  Sampai bila nak pakai ni?

Minimum 8 hours per day.... alah macam pakai baju nak pergi kerja, macam tu la... dari pagi sampai ke petang je.... dengan memakai Premium Beautiful ni uolls mampu mengubah bentuk badan menjadi langsing dan meningkatkan tahap kesihatan hidup uolls..... best kan?


7)  Kenapa Premium Beautiful ni mahal sangat?

Tak ada lah mahal sangat, bertepatan la dengan benefit yang uolls dapat bila pakai Premium Beautiful ni. It is because of the quality of product itself and how effective this product. Ni long term BODY INVESTMENT tau. Mesti uolls tak menyesal bila melabur untuk membeli corset ni and after pakai jer rasakan betapa SELESA, BEST, YAKIN & CANTIK.  Kita perlu pandang dari sudut kesihatan. Beli sekali boleh pakai bertahun-tahun. Dapat save banyak sangat compare to kalau kita beli inner ware selama setahun. Confirm tak rugi.

Plus, this corset kan ada jaminan seumur hidup. Ada ke product inner ware lain yang ada jaminan seumur hidup?

And uolls should know that instalment for Premium Beautiful is just minimum RM95/month. Flexible payment uolls.... its your choice...


Kalau lah uolls boleh beli pakain mahal-mahal, bag tangan harga ribu riban, kasut menghelip harga mak aih..... apa la salahnya kalau uolls invest sikit duit uolls untuk pelaburan masa panjang untuk kesihatan badan dalaman, dan untuk kecantikan luaran uolls.... Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak..... bila diri dah cantik, en. suami pon makin sayang


Do not hesitate to call/text/whatsapp me @ 012-7307047
PM me @ facebook: Ira Zainal
Follow me @ instagram: ira_zainal
Email me @ nazirazainal82@gmail.com


Thursday, August 13, 2015

Ceritera Raya Aidilfitri 2015 Part 1

Assalamualaikum.....

Masih belum terlambat lagi Ira nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupon tinggal lagi 2 hari jer nak habis bulan Syawal..... Di harap hari raya sahabat-sahabat semua penuh bermakna dan ceria.




Ira pon nak share cerita tentang hari raya Ira & family. Tahun ni kami sekeluarga beraya di rumah mertua Ira di Johor Jaya. Heheheh tak jauh pon kan. Iye kitorang kalau bab raya memang tak gaduh la sebabnya mertua di Johor Jaya, rumah parents Ira plak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, masih lagi di Johor.


2 hari sebelum raya, lepas jer berbuka kami terus balik rumah my parents. Nak bersahur di sana. Kali ni sebulan berpuasa belum dapat lagi berbuka and sahur di rumah my patrents. So dekat raya tu ajak Bie balik Penawar so dapatlah bersahur di sana. Sehari sebelum raya siang tu dah sibuk tolong my mother masak-masak untuk pagi raya..... hahaha bertuah kan punya menantu, raya patutnya umah mil tapi tak tolong masak umah mil, masak kat umah mak sendiri..... before berbuka baru siap-siap untuk balik Johor Jaya. Dapatlah kami berbuka di rumah mak Bie dengan adik beradik dia. Raya kali ni semua adik beradik Bie beraya bersama so ramai dan sangat kecoh. Maklum adik beradik je dah 10 orang ( seorang dah meninggal dunia). Dengan anak pinak, cucu-cucu lagi mau tak kecoh.


Pagi-pagi hari raya kami siap-siap untuk ke rumah Mil. Tak boleh lambat nanti tak sempat pulak Bie nak gi solat sunat Aidilfitri. Tapi sebelum keluar tu sempatlah kami beraya dulu, mohon maaf suami isteri & anak-anak. Sambil-sambil tu sempat juga wefie sebelum keluar rumah.... hahahaha.....


wefie dipagi Hari Raya


Sampai sahaja di rumah mil, Bie dan adik beradik lelaki pon sesiap nak ke masjid. yang kami orang perempuan dok rumah sediakan dan makan juadah-juadah yang mil masak bersama kakak ipar. Habis solat sesi beraya, bersalaman mohon ampun maaf dipinta. Lepastu ape lagi makan-makan dan makan sambil duduk borak sementara nak menunggu waktu Solat Jumaat. Selepas solat jumaat baru sesi berjalan raya bermula. Memandangkan cuaca waktu itu hujan jadi kami dapat beraya ke rumah sepupu arwah bapak Bie dan rumah kak long sahaja. itu pon hingga jam 5 petang. Lepastu kami terus balik ke kampung belah my ayah.

Kita layan gambar di rumah Mil dulu ye.....



with my girl Nur Balqis Nafisha


berdua denganmu...... love you forever....


bersama ibu mertuaku


family potret



hasil photoshoot my hubby


dengan kak long, anak buah my hubby. Eh apasal mak uda nampak lagi muda nie.... hahaha....

  



penuh rumah mil bila berkumpul semua


Petang tu pulak dari JB terus shoot balik kampung. Actually kampung Ira di Pengerang tapi disebabkan semua rumah di Pengerang telah diambil dan penduduknya telah ditempatkan di kawasan penempatan baru di panggil Taman Bayu Damai. So sekarang kampung kami di Bayu Damai... terus je kami menuju ke rumah mak busu. Ibu ayah dari siang kat rumah mak busu. selalunya kami berkumpul di rumah mak ngah tapi tahun nie, rumah mak ngah belum siap tu yang berkumpul di rumah mak busu.

So kalau kata beraya kat kampung memang makanan dia lagi heaven la... banyak sangat penuh 1 meja. Tapi disebabkan teruja nampak makanan banyak tak snap pon gambar, terus je makan dan makan... tapi badan iols tetap maintan sebab Ira pakai Premium Beautiful. dah siap makan, beraya dan bergambar kami pon balik ke rumah ayah ibu di Bandar Penawar....

Ira letak gambar sikit je kat sini ye, kalau nak tengaok gambar lain boleh ke FB Ira.




tak sah kalau tak gambar sama-sama. Tapi iolls tengah tunjuk ape entah masa tu...



Family photo, formal..... 


Family photo, gaya bebas...



Tamat cerita raya part 1, nanti kita sambung cerita part 2 ye.....