Saturday, June 28, 2014

Resepi: Lasagna Roti / Roti Lapis Daging

Assalamualaikum all....

Hari nie aku nak up entry masak2 sblm puasa esok. Hari minggu lepas aku buat lasagna roti atau org panggil roti lapis daging. Buat utk makan malam. Memandangkan hari2 biasa ibu yg akan masak utk lunch & dinner, so hari minggu je lah turn aku masak. Itu pon kalau rajin hehehe... kalau x kami mkn di luar saje hehehehe.... rajin sgt kan bini En. Bie... :)


Main dish is lasagna roti la, makan dengan side dish dia aku buat potato salad & ayam panggang rosemary. Ayam panggang rosmery tu aku bakar dalam pemanggang ajaib je. Senang & cepat. Lasagna roti plak aku cari resepi dia kat google jer. Walaupon cari kat google je tp mesti la cari resepi yg mudah & lazatkan. Orang2 kat rumah pon cakap sedap walaupon first time buat nie bakar dia x cantik sgt tapi tetap licin. Aku amik resepi lasagna roti nie dari blog Weezana Life Is Colorful (http://emiliaputeri.blogspot.com/2012/04/step-by-step-lapis-roti-berdaging.html?m=1)







Bahan-bahan:

1 biji kentang di potong dadu
200gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan minyak untuk menumis
7 keping roti
250ml susu segar
1 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - saya pakai Mozarella 
Sedikit margerin untuk melenser 


Cara-cara:

1. Kisar bawang dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang, kentang dan garam. Goreng sehingga kentang masak.

2. Satukan susu, telur dan secubit garam dalam mangkuk.  Pukul susu, telur dan garam hingga sebati.

3. Celupkan ke semua roti dalam adunan tadi. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.   

4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/2 bahagian roti yang telah diramas.

5. Kemudian letakkan daging kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.   

6. Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).

7. Bakar dengan api sederhana selama 30-45minit atau sampai lidi tak lekat. 

8. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka. 

9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

NOTA: Boleh buat beberapa lapis kalau suka. Ulang sahaja proses, roti, daging dan roti daging. Atas sekali mesti roti ler.

** tapi aku x ikut cara dia yg no.3 tu part yg ramas2 roti. Aku just celup sekeping2 than terus susun kat dalam loyang & baru tabur daging & aku jugak letak cheese yg sekeping2 tu Baru ulang balik step yg lain. 





Potato salad ya just rebus beberapa biji kentang yg dah dipotong cube dan sejukkan. Kemudian di mangkuk lain campurkan mayonis, salad dressing, mustard sikit, bawang merah cincang, bawang/daun bawang, garam & lada hitam & bancuh sampai sebati dan tuang ke kentang yg dah sejuk.




dalam satu pinggan, lasagna roti, ayam rosemary & potato salad

resepi ayam rosemary lain entry aku share ye... winkwink

hope uolls enjoy dgn resepi yg dikongsi.

Thursday, June 26, 2014

JDT Juara Liga Super 2014!!!!

Assalam & morning uolls..


Mood happy tersangat happy....


Akhirnya JDT menjuarai Liga Super Malaysia 2014. Penantian dari tahun lepas, akhirnya tahun nie menjadi kenyataan. Mana tak gembiranya. Sekian lama xdgr nama Johor dalam arena bola sepak, kemudian TMJ menerajui JDT barulah nama JDT disebut2. Kemudian sikit2 JDT bangkit akhirnya menjadi juara.....


Proud of u JDT!!!


Dan hari nie di ishtiharkan Johor Cuti Umum!!!!  
Tapi aku keje gak.... kedai tetap bukak....


Petikan dari Sinar Harian :

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam ini.

Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.

"Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/ultras/johor-cuti-esok-sempena-juarai-liga-super-1.293622...











Wednesday, June 25, 2014

WW#9: Counting To Ramadhan

Tinggal 4 hari sahaja lagi kita bertemu Ramadhan Al Mubarak...









Semoga amalan puasa, ibadah kita diterima, diberkati & dirahmati Allah S.W.T
Amin....

1st Time Makan Sushi King

 Assalamualaikum & selamat pagi semua.....


Last Saturday, aku & Bibi (adik aku) keluar gi lunch. Kami decide nak lunch kat Sushi King. First time tau kitorang gi mkn situ. Ye... first time cakap ko.... hahaha..... kalau ada ibu ayah sure la memang x dpt nak jejak kat Sushi King nie. Derang x gemor mkn sushi2 nie.... yg hantu sushi aku ngn Bibi ler....


Kami gi Sushi King yg kat Aeon Bukit Indah je, terdekat dari kedai & rumah. Bila masuk situ cam jakun la jap. Pastu cam eh tak tau nie camner nak order, nak mkn ape sbb semua nampak sedap jer kat dlm menu dia. Lagi dgn teruja tgk sushi bergerak keliling tu. Terus cam blur..... kikikiki..... Tapi kami order jugak la... sbb memasing dah lapar nak mkn nasi. So kami amik set yg ada nasi. Aku amik set bento yg ada salmon & tempura. Bibi amik set ayam tempura. Balqis plak aky amikkan dia kids set, ayam madu kit dgn nasi & tahu telur.nampak menyelerakan..... oh ya... papa Balqis xde ye di masa kejadian sbb papa Balqis kena kerja.


Sambil2 tunggu makanan sampai, kami bergambar, mkn sushi yg kat mesin gerak2 tu. Jakun kan.... ye lah selalu beli sushi yg kat dlm jusco tu je yg satu pek ada brp ketul tu. Itu pon dah puas makan dah... Lama gak la kitorang lepak situ. Total kerugian di situ adalah RM81.80. Kali nie Bibi belanja... terima kasih Bibi... xpe next time kakak plak blanja....




Selfus photo...



The food






Monday, June 23, 2014

Pendek Sudah.....

Masa hari Fathers Day yg lepas, after kitorang gi mkn2 kat Seasons tu kitorang gi balik rumah my moyher in law kat Johor Jaya. Memang rutin gi balik rumah mak dlm lat 2 minggu sekali la atau bebila ada masa. 


Selalu kalau balik rumah nenek Aina (panggilan balqis utk nenek belah papa), selalunya Balqis akan main dgn sepupu dia Aina. Tapi hari tu kitorang sampai umah mak dlm kul 1 ptg, kakak Aina sekolah agama, balik kul 3.30 ptg sampai rumah dekat kul 4. So hr tu balqisxde geng main la. Dia keboringan.... merengek2 kat papa ajak balik cepat. Buat alasan nak gi potong rambut ( mrmang dah janji dgn balqis nak poyong rambut). Dok umah mak x lama la dlm kul 3.30 dah kuar terus bie ajak gi kipmart Tampoi, gi gunting rambut balqis.


Nie kali ke 3 balqis gunting rambut kat salon rambut. Kalau tanya dia nak gunting rambut kat mana? Dia jawab kat salon hehehe.... nak salon aje.... mama pon x srlalu potong rambut kat salon. Kat salon senang suh gunting & cuci siap2. Itu pon kena RM20. Potong rambut RM10 cuci RM10. Pada aku mahal la. Sbb dulu potong rambut Balqis kat salon brlakang kedai siap cuci baru RM15. Len kali potong kat salin blkg kedai je lah balqis....






Sambut Kat Kedai Je....

Assalamualaikum......


Ini adalah entry tertangguh..... hehehehe... mahap ye....


Sebenarnya aku nak cerita pasal bie punya birthday celebration yg just di sambut di kedai sahaja. X keluar gi mkn2 pon sbb hari minggu yg sebelum date actual birthday bie tu kiyorang dah gi mkn kat restoran Cookies & Ginger. So kali nie just order Domino's Pizza je & aku ada tempah birthday kek dr my JMC friend.


OK kita layan gambar saje ye... :)



Dominos Pizza



kek besday bie, carrot cake with cream cheese frosting







sesi poyong kek... nie besday sape nie? Sibuk jugak dedua nak potong kek sekali...

Wednesday, June 18, 2014

Bloglist dah ada semula...

Yey!
Akhirnya senarai bloglist aku muncul jua...... 


Sejak aku dah tukar url baru, tetiba semua senarai bloglist aku hilang. Dah jenuh aku kena taip semula satu2 url blog yg aku follow dulu. Tapi masalahnya bloglist tu x kuar pon kat blog. Cuma ada header "My Bloglist" jer. Senarai blog langsung xde, hilang.... tapi kat dashboard ada plak blog2 yg aku follow. So bila dah lelama malas plak aku nak buatkan, so biar je lah....


Tetiba nie tgh dok nenenkan Badrina, cuba2 la godeh bahagian bloglist tu. Eh ada semula la senarai blog yg aku follow...... yeyeye..... saya suka, saya suka, saya suka (ikut dialog mei mei dln citer upin ipin). Senang la lepas ni aku nak blogwalking ngn nak follow blog2 yg lain. Bkn ape risau kadang kita dah follow org, dah masukkan url kat blog kita tp x kuar. Kang nanti org tu nak follow kita balik tetiba tgk bloglist xde blog dorang, kecik ati nanti susah la plak kan.....


Tapi sekarang tidak lagi...... yeyeye......




Senarai tu dah ada semula.....

WW#8: Happy Birthday My Other Half

To my dearest Bie.... 

Happy Birthday To You!




Happy Father's Day

Assalamualaikum readers...... hahaha ada ke readers?? Perasan la ko ira oiiii.......


Hati Ahad yang lepas kan father's day, so buat my beloved ayah & my beloved hubby, "Happy Father's Day". Hahaha... dah hari ape nie br nak wish??? Xde la macam tu, sebenarnya dah wish dah masa hari Ahad hari tu tapi sebab nak update blog nie wish la lagi sekali.


Ape aktiviti kami hari Ahad tu? Pepagi (xde lah pagi sgt pon, dalam kul 10.33pagi) kami ke Kulim Plantation di Ulu Tiram utk ambil ikan terubuk masin kat kawan aku. Dia gi bercuti ke Sarawak, so aku pon kirim la ikan terubuk masin. Bekalan utk bln puasa nanti.  Dapat la jugak bagi kat mil & mak teh ikan terubuk masin tu.


Balik dr Ulu Tiram, masing2 lapar, so aku yg suggest gi lunch at Seasons, one of our favourite restaurant. Kami pon dah lama x gi mkn kat situ, so sempena father's day & birthday bie, kitorang celebrate kat situ je...  Kami just order All Day Set Promotion. Balqis plak kami amik set kids fish and chips share dgn Badrina. Bie plak order Black Pepper Chicken with rice, ice lemon tea & free soup of the day. Aku plak order Black Pepper Chicken with pasta, ice lemon tea & free soup of the day.


Selfie with anak2 & bie













Tuesday, June 10, 2014

Bersawang......

Assalamualaikum..... 


Fuh!!! Bersawang dah blog aku nie... lama x bukak, x jenguk2 bersihkan.... bz tahap gaban la skrg nie.... bz dengan kerja2 kat laundry, bz ngan anak2, bz ngn bisnes makanan aku. Ye bisnes makanan. Padahal banyak nak cerita, cerita pasal kenduri kat rumah x cerita lagi.


Sekarang aku dah memulakan bisnes makanan tau uolls. Aku jual cheesekut & melty hersheys. Tapi aku jual kat instagram, online & offline. Sambutan Alhamdulillah.... ada yg dah repeat order.... dr buat utk makan sendiri, tetiba ada org order, terus terjebak dgn jual2. itu pasal la bz saje... x sempat nak bukak , update blog & nak blogwalking.


So, nanti kita stori mori lagi ye... Nak sambung mengiron baju2 yg berlonggok2. Nie pon curi2 masa bfkan badrina. Nie dia dah tido dah, nak masukkan dlm buai kemudian aku nak sambung wat kerja..... daaaa.....