Thursday, July 19, 2012

Burger Bakar @ Restoran Bumbu Kampung BBU

Malam hari Ahad yg lepas masing2 perut kenyng lagi sebab makan kat rumah Yana sempena sambutan hari lahir anaknya Elman yg 1st. So plan mlm tu tak nak lah mkn dinner. Kul 8 mlm keluar gi @Mart, tujuan nak cari beg sekolh balqis tapi takde yg menarik so just beli cd cetak rompak saje. Lepas tu kami terus ke car wash nak cuci Citra, tengah2 tunggu Citra siap dicuci tetiba bie cakap nak try pekena burger bakar kat BBU. Jgn ingat kat KL jer ada burger bakar, kat JB pon dah start awra burger bakar tau u alls....

Tempat burger bakar nie kat Restoran Bumbu Kampung di BBU. Sape2 tak tau BBU tu ape BBU tu Bandar Baru Uda. Restoran nie dekat dengan Masjid Jamek Bandar Baru Uda. So kitorang sampai sana dalam kul 9.20 mlm terus order burger bakar. Kau nak burger bakar ayam tapi dah habis, so order la burger bakar daging. Kononnya nak order satu share 2 orang tapi bila tgk daging yg dibakar tu cam kecik terus order 2.

Tapi lama gak ar kitorang tunggu burger bakar tu nak sampai kat meja kitorang, dekat kul 10.00 mlm baru burger tu sampai kat meja kitorang. Lama kan 1/2 jam..... dari perut kitorang kenyang sampai lapar balik, baru dapat mkn. Tapi tak pe la kalau kenyang kang tak habis plak mkn burger tu kan.


burger bakar daging, sayur & sos dia banyakkan...


Pada aku agak muak la makan burger bakar daging nie lagi pulak daging dia ada sikit bau. Aku pulak memang jenis yg tak suka makan daging yg ada bau nie. Cam tak boleh nak masuk kat tekak kalau daging berbau, tapi terpaksa habiskan gak la burger tu.... Balqis langsung tak nak.....

Nanti lain kali nak gi lagi awal sikit 
nak try burger bakar ayam dia pulak lah....




Tuesday, July 17, 2012

Movie: Ice Age 4 : Continental Drift, Balqis 1st movie

  Last wekend janji ngn Balqis nak bawak dia tengok citer Ice Age 4.  So hari sabtu tu lepas balik dari gi umah Pak Ndak terus la ke Jusco Bukit Indah. Itu pon dah dekat kul 10 mlm. Terus menuju ke TGV. Nasib baik la bie pengguna cc Citibank so boleh guna express way. Tapi sayang nya tiket untuk kul 10 lebih tu dah habis so terus book untuk tayangan Ahad kul 11 pagi.

Ahad pagi terus je ke Jusco Bukit Indah, breakfast kat Subway, than terus ke TGV. Nasib baik la Balqis ok jer masa masuk dlm cinema tak takut pon padahal dah gelap dah dalam tu. Dia excited sgt2, padahal mama ngn papa dah cuak. Tapi sekejap jer excited tu lepas tu dia dah boring... berdiri la bercakap la, tanya mama dia lah













Photo credit to Google


Sinopsis: 

Ice Age 4 pada awalnya meneruskan cerita zaman ais bagaimana si tupai Scrat cuba untuk menanam kacang kesayangannya ke puncah sebuah ais. Cubaannya gagal dan seterusnya menyebabkan benua terpecah kepada beberapa bahagian.

Manny, Sid & Diego masih berkawan baik seperti filem Ice Age sebelumnya. Namun sifat Manny yang terlalu mengongkong gerak geri anak perempuannya Peaches dari berkawan dengan gajah-gajah yang lain menyebabkan mereka berselisih faham. Pada masa yang sama Sid telah ditinggalkan oleh keluarganya untuk bersama neneknya Granny yang susah dijaga.

Semasa Manny dan Peaches bertengkar, bahagian darat yang mereka pijak telah terpisah. Bahagian kecil telah membawa Manny, Sid, Diego dan Granny ke laut luas. Manakala Peaches dan haiwan-haiwan yang lain perlu menyelamatkan diri ke tempat selamat.

Mereka menempuh pelbagai cabaran dalam usaha untuk kembali bersama dengan keluarga Manny. Mereka bertemu dengan kapal lanun yang diketuai oleh Kapten Gutt, seekor beruk besar. Deigo pula telah jatuh cinta pada Shira, anak kapal kapal lanun tersebut.



Pada aku movie nie menarik la kalau ditonton bersama keluarga terutama anak2 kecik yg memang suka kartun. Ada unsur kekeluargaan, kasih sayang, bekerjasama dan sikap tidak putus asa......

InsyaAllah lepas nie boleh la bawak Balqis tengok movie yg lain....... weeeee....















Thursday, July 12, 2012

Buy 1, Free 1



Bagi peminat2 chicken foldover
ape lagi, cepat2 la 
print out kupon nie
buy 1 free 1 je...
bermula hari nie 12 Julai - 25 Julai 2012.


Wednesday, July 11, 2012

WW#3: Mengantuk Sangat2


Mengantuk sampai tertido depan lappy...
Published with Blogger-droid v2.0.5

Brunch @ Pappa Rich

 Assalamualaikum.........

Last Sunday, tetiba aku teringin nak makan telur separuh masak, tapi malas nak buat sendiri.  Bila cakap kat bie, bie ajak gi breakfast kat Hwa Mui. Dengan cepat menyiapkan diri & balqis, sekali sampai kat Hwa Mui org punya lah ramai, naik belah atas kedai dia pon ramai yg amat sampai ada la beberapa org dok tunggu meja kosong. Pelayan kat situ siap cakap nie semua baru jer order, mesti lama kalau nak tunggu meja kosong. So bie cakap cari breakfast tempat lain.

Round kat bandar nie mana nak tau tmpt breakfast lain, than bie pon terus jer masuk CS, konon nak breakfast kat dlm tu la. Time tu dah kul 11 lebih. Jalan2 kat dlm CS nampak restoran Pappa Rich, so bie cakap jom la kita try makan kat situ. alang2 dah nak masuk lunch time so kitorang terus la order makanan berat. Aku yg nak mkn half boiled egg tetap order menu itu, tambah dengan curry laksa & milo dinasor. Bie plak order Chicken chop rice & coffee. Untuk balqis sebab dia nak makan nasi lemak & tau dia tak makan sambal so order kan dia nasi lemak sahaja tampa sambal & milo dinasor juga..... Nasib baik makanan tak lambat sampai sebab masing2 dah kelaparan..... makanan sampai jer terus makan, kenyang sampai petang....


 our drinks

half boiled egg



 curry laksa yg sedap...

 me wif curry laksa

 chicken chop rice





Wednesday, July 04, 2012

WW# 2: Salam Nisfu Syaaban



Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan2 blogger  dan siapa2 yang singgah blog TDL nie sekiranaya ada salah dan silap, terkasar bahasa yang digunakan sepanjang aku berblogging nie, harap dimaafkan.


Thursday, June 28, 2012

Tak Sedap Badan......




Tengah tak sedap badan
selsema + batuk
nak makan ubat selsema or panadol
takut plak.
Org cakap kalau preggy nie tak leh makan ubat cam panadol kan???
Dah makan tom yam pedas panas2 pon tak hilang gak selsema....
Asyik bersin jer dari semalam....


Tak suka nyer...... mood nak blogging pon xde....... :(



Friday, June 22, 2012

Alhamdulillah... Akhirnya....

Alhamdulillah.... akhirnya dapat gak pertukaran ujrah dari 3% ke 1% nie
padahal isi borang hape semua tu la dari awal tahun lepas lagi....
banyak nor la yg silap, saksi takde chop la, nak kena org gomen yg jawatan gred 41 la, 
sign cam tak original la, hape2 je lah.......

Tapi akhirnya hari selasa dpt sms dpd PTPTN bgtau yg pertuukaran ujrah tu dah berjaya.....
So makin kurang la jumlah hutang PTPTN yg nak kena bayo.... yeyeye....






2nd Celebration.......

Assalamualaikum.......


Hari isnin yg lepas (dah hari jumaat baru nak citer pasal hari isnin nyer story...) celebrate birthday bie lagi. Tapi kali nie buat kat kedai saje, just order2 dominos pizza than makan ramai2 kat kedai..... ye lah mana dan nak keluar bagai, tutup kedai jer dah kul baper mau semua kebulor tahan lapar....


So just layan gambar2 di hari kejadian saje lah ye.......



Pavlova yang sangat2 sedap......... aku order kat member JMC khas buat bie....



Domino's Pizza.... Nyum....Nyum....Nyum... semua sedap...



Beef Pepperoni



Aloha Chicken



Meat Mania


Dynamic Duo (Crazy Chicken Crunchies & Roasted Chicken Drummet)



sesi potong kek








Tuesday, June 19, 2012

Buffered Earning Pertama Sepanjang Berblogging


Lama dah tak bukak Nuffnang, tapi tadi bukak la jugak nuffnang tu saje nak tengok2. Sekali bila bukak nuffnang terperasan ada Buffered Earning. Eh, ye ke dapat BE nie????? Bukan ape, aku kan dah lama giler tak update blog nie, pastu baru la tahun nie gedik2 update balik blog yg dah lama bersawang, pastu bukan selalu plak tu update entry. Tu yg cam pelik dapat BE dr nuffnang. Kira nie first BE yg aku dapat la sepanjang aku berblogging nie........  Gumbira la kot, mn tau dgn ada BE nie kat blog TDL nie dapat la aku earning yg ok, padahal org lain blogger2 otai yg lain tu semua dah puas dah dgn earning BE kan......

Anyway terima kasih Nuffnang..... lepas nie bagi la banyak lagi BE....






Early Celebration Birthday

Assalamualaikum semua...........

Hari Sabtu lepas, aku saje je tutup kedai awal dalam kul 8 mlm. Perancangan awalnya nak gi klinik Koh & Loh untuk pregnancy checkup, tapi tak jadi sebab dah buat checkup petang tu sbb org tak ramai, so malam tu agendanya ialah terus ke Yew's Cafe kat Perling untuk celebrate birthday bie. Kira advance la celebrate nyer sebabnya birthday bie hari Isnin, tapi hari Isnin kan kedai tutup mlm so takleh la nak gi dinner ber2 jer campur balqis sorang..... lagi plak ibu ayah semua kan ada hari ahad tu tak syok plak nak tinggalkan diorang kan. So kami plan dinner malam Sabtu tu lah.

Kebetulan malam tu ramai pulak orang gi mkn kat Yew's nie so service agak lambat gak la..... tapi still ok lagi.... Kami just makan chicken chop jer, aku makan chicken chop with black pepper sauce, bie makan chicken chop with thai pineapple sauce, balqis plak cuma nak makan nasi goreng, so kami orderkan balqis nasi goreng cina. Air plak bie amik hot chocolate, aku mintak ice lemon tea dia bagi peppermint tea yg tak sedap, balqis plak nak air sirap tapi takde so orderkan dia air virgin roselle.




crinkle fries, side dish.....



minuman kami.... yg hijau tu la peppermint tea... tak sedap.....



bie punya....



balqis punya....


Aksi budak gedik.....





makan pon kena suap, klu suap sendiri lambat.....


aku punya.....



birthday boy aka bie......