Nie aku nak citer camner aku leh kenal ngn hubby ku yang tercinta nie.....
Perkenalan kami sebenarnya diaturkan oleh ibu aku sendiri. Ini semua berlaku semasa aku sedang menjalani praktikal di JPA3. Hubby ku seorang engineer yang menjaga site yang sama dengan ibuku, dari situ bermula la hubungan baik bie dan ibu sehingga lah bie tau yang ibu mempunyai seorang anak gadis yg sudah besar..... (hehehe aku la tu). Sejak itu dia bersungguh-sungguh memujuk ibu untuk menunjuk kan gambar anak dara nya.......tapi ibu bohong cakap kat bie ank gadis dia gemuk, pendek dan tak lawa..... (huhuhu macam la aku lawa sangat), tapi dia tak percaya kerana dia kata naluri dia cakap tu sumer tipu..... walaubagaimanapun bie tak pernah putus asa utuk pujuk ibu......
Satu hari, ibu ada meeting di Indah Water di JB, jadi ibu mengajak bie utk ke JB sebab ayah tak dapat ikut, kerja masa tu...... selepas habis meeting ibu call aku untuk makan lunch bersama, dia cakap dia dengan sorang kawan, aku tanya siapa ibu tak nak bagi tau, so aku pon kata ok..
Waktu lunch pun tiba, ibu sampai & aku pun terus keluar dari ofis menuju ke kereta, terperanjat aku ibu bawak kawan lelaki yg aku tak kenal, rupa2 nyer itu lah bie...... itu lah pertama kali kami bertemu......malangnyer pertemuan kami tak seindah yg dijangka sebab kau tiba2 kena muntah2 gara2 makan sup cendawan yang ofismate beli sebelum tu.....
Waktu perjalanan pulang ke kota tinggi, ibu cakap bie asyik pujuk ibu beri no phone ku tapi ibu tak beri sehingga la aku memberi kebenaran utk beri no phone tu ke bie.... selang 3 hari selepas pertemuan kami bie memberi msg untuk berkenalan...... tetapi sesungguhnyer waktu tu aku memang tak berminat untuk berkenalan dengan bie, cuma layan biasa2 jer...... setiap hari dia call & msg hingga membuatkan aku suka untuk berkawan dengan bie. Seminggu selepas itu bie mengajak aku untuk keluar bersama tapi aku menolak dan menyuruh dia datang ke rumah ku untuk makan malam, dan jumpa ibu ayah..... dengan gentle nyer dia datang ke rumah than mintak izin ayah untuk bawa aku keluar pada minggu berikutnya......dan minggu tersebut aku keluar berdua dengan bie....... waktu itu bie bagi tau dia betul2 suka kat aku n nak aku jadi pasangan hidup dia..... gilo ko apo! baru 3 kali jumpa terus nak ajak kawen...... aku cakap kita kawan2 jer la dulu....... selepas 6 bulan kami berkawan kami terus mengikat tali pertunang selama 2 tahun.......... dan pada tanggal 16 march 2007 aku sah menjadi isteri kepada bie..........
sekain...............
No comments:
Post a Comment