Last wekend janji ngn Balqis nak bawak dia tengok citer Ice Age 4. So hari sabtu tu lepas balik dari gi umah Pak Ndak terus la ke Jusco Bukit Indah. Itu pon dah dekat kul 10 mlm. Terus menuju ke TGV. Nasib baik la bie pengguna cc Citibank so boleh guna express way. Tapi sayang nya tiket untuk kul 10 lebih tu dah habis so terus book untuk tayangan Ahad kul 11 pagi.
Ahad pagi terus je ke Jusco Bukit Indah, breakfast kat Subway, than terus ke TGV. Nasib baik la Balqis ok jer masa masuk dlm cinema tak takut pon padahal dah gelap dah dalam tu. Dia excited sgt2, padahal mama ngn papa dah cuak. Tapi sekejap jer excited tu lepas tu dia dah boring... berdiri la bercakap la, tanya mama dia lah
Photo credit to Google
Sinopsis:
Ice Age 4 pada awalnya meneruskan cerita zaman ais bagaimana si tupai Scrat cuba untuk menanam kacang kesayangannya ke puncah sebuah ais. Cubaannya gagal dan seterusnya menyebabkan benua terpecah kepada beberapa bahagian.
Manny, Sid & Diego masih berkawan baik seperti filem Ice Age sebelumnya. Namun sifat Manny yang terlalu mengongkong gerak geri anak perempuannya Peaches dari berkawan dengan gajah-gajah yang lain menyebabkan mereka berselisih faham. Pada masa yang sama Sid telah ditinggalkan oleh keluarganya untuk bersama neneknya Granny yang susah dijaga.
Semasa Manny dan Peaches bertengkar, bahagian darat yang mereka pijak telah terpisah. Bahagian kecil telah membawa Manny, Sid, Diego dan Granny ke laut luas. Manakala Peaches dan haiwan-haiwan yang lain perlu menyelamatkan diri ke tempat selamat.
Mereka menempuh pelbagai cabaran dalam usaha untuk kembali bersama dengan keluarga Manny. Mereka bertemu dengan kapal lanun yang diketuai oleh Kapten Gutt, seekor beruk besar. Deigo pula telah jatuh cinta pada Shira, anak kapal kapal lanun tersebut.
Pada aku movie nie menarik la kalau ditonton bersama keluarga terutama anak2 kecik yg memang suka kartun. Ada unsur kekeluargaan, kasih sayang, bekerjasama dan sikap tidak putus asa......
InsyaAllah lepas nie boleh la bawak Balqis tengok movie yg lain....... weeeee....
6 comments:
Mummy blom berkesempatan nak tgk lagi tap cik Khaleesa asik update je bla nak tgk. InsyaAllah diz week kot.hehehee...
p/s: nila bahananya ajar anak tgk wayang...tgk! dia dah jadi kakai wayang.hahahaa
akak tunggu vcd cetak rompak lerr..kelate x de wayang..
anak-anak x sabor dah suh beli vcd, baru ni beli madagascar x de pulak ice age..
akak pun dah lama x p tengok wayang, rasa x larat nak bawa '3 handbag' kecil nie,...
Mummy Chubby: kan tu lah bila dah bawak sekali dia dok sebut nak tgk lagi.... nie balqis dah ajak gi tgk spiderman plak.... pantang ada iklan kat tv mesti sebut2.
kak sweets: hehehe dulu2 beli jer cd, tapi kalau beli cd entah bila la nak tgk nyer.... sekarang baru nak jinak2 balik tgk movie....
cd madagascar kita separuh tayangan takde sore, gi tukar mlm td kat kedai cd balik....
kak aimaniman: ira pon baru2 nie jer start balik tgk wayang mandangkan balqis dah besar sikit.... kalau tak memang tak gi lah....
Post a Comment