Siakap 3 rasa nie aku masak tuk dinner hari jumaat lepas. Bie yg request, so google punya google, jumpa la satu resepi yg agak simple untuk dicuba, dari resepi.noorjannah.com.
Ini lah hasilnya... hehehe ikan siakap nyer tak nampak coz ditutup ngn kuah 3 rasa tu ler, memang buat banyak pon.... baru puas sikit makan...
Komen bie? Sedap, rasa cam makan kat kedai...... hehehehe.... senyum meleret wife bie nie tau......
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam/gula
1/2 cawan air
Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram
Bahan Sampingan (nie aku tambah sendiri ye, dalam resepi takde pon) :-
Nenas dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
Cara:-
1. Panaskan minyak. Goreng ikan siakap tadi sehingga garing. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos. Tambah air. Kacau sehingga kuah masak dan mesra. Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat, boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7. Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi. SIAP!
Bahan hiasan :-Sedikit daun ketumbar atau taburan bawang goreng.
3 comments:
nyum..nyum.....
sedapnye... :)
fav ina nie..
hehehe.... fav hubby ira gak.... leh la try ina....
wow sedapnyer...fav my family nie
Post a Comment