Wednesday, September 30, 2009

Raya raya raya....

Selamat hari raya sumer kengkawan......

Wah bila aku blogwalking, sumer blog citer pasal raya jer.... termasuk la aku yg nak citer gak pasal raya, walaupon biasa jer citer nyer......

1st day raya, pepagi dah gi umah mil kat Johor Jaya, sampai jer bie pon terus ke mesjid (kena tinggal ngn lelain). Sementara org lelaki sumer menunaikan Solat Sunat Aidilfitri, yg pompuan kat umah nie sumer tolong mak isi kuih bagai la..... sambil2 tu makan juadah di pagi raya....

Ape juadah di pagi raya yg mak masak ek? Ada ketupat, ayam masak merah, daging rendang, sambal jawa, lodeh.... bila makan kat umah mak nie, teringat plak juadah umah ibu, walaupon juadah yg sama tapi air tangan lelain.......

Kaum lelaki balik dari solat, terus makan makanan yg dah tersedia di atas meja makan, selesai makan ada sesi bermaafan dengan mak & lelain..... sambil bagi duit raya kat anak2 sedara sumer.... anak sedara belah bie nie ramai u allssss....

After sesi bermaafan & bagi duit raya, tiba lah masa sesi bergambar beramai2 & bersama family masing2. Meh kita tengok gambo2 raya ye...

Dimulakan dengan gambar aku, bie, balqis & mil

Kemudian, Kak Linda sekeluarga, Kak Nor sekeluarga, Abang Jali sekeluarga

Abang Jali's family ngn mil, Abang Faizal sekeluarga & Fizah sekeluarga


Family besar bie



Selepas bergambar, kami semua pon bersiap untuk menziarahi pusara arwah bapak kat Pandan & pusara arwah Abang Fad kat Mahmoodiah.... selesai ziarah pusara, kami pon sumer balik semula ke rumah mil, abang faizal terus balik ke batu pahat. Petang raya pertama tu jugak akub balik ke umah ibu ayah kat Bandar Penawar.





3 comments:

Anonymous said...

wah ramai nye ahli kelorga blah somi kau.meriah gini kan

ira_kecik said...

aah, ramai tu... itu pon cuma sorang jer adik hubby aku tak balik kat sarawak, bini dia tengah tunggu hari nak bersalin...

eriey said...

masa raya nk kumpul2 camni kan..suka sgt masa ramai ahli klorga gini...meriah!!