Friday, August 13, 2010

Berbuka Puasa Rumah Mil

Salam Ramadhan semua....

Dah masuk hari yang ke 3 umat islam berpuasa. Macam mana korang nyer puasa, still bertahan lagi???? Aku & family insyaAllah ok lagi setakat nie, tak tau la nanti tetiba bendera Jopun naikkan dah tentu tak leh nak pose.

Puasa pertama berjalan seperti biasa, bie cuti, tapi kitorang tak balik rumah ayah ibu pon, sbb nak berbuka kat rumah mak (mil). Lagipon raya tahun nie kemungkinan besar beraya kat rumah ibu ayah, so puasa pertama spent kat rumah mak la..... Tapi kesian la kat ibu ngn ayah, berbuka puasa 2 org jer, anak2 takde. Adik2 aku semua tak balik cuti. Ye lah, sorang kat Matrik Tangkak, sorang kat UiTM Melaka.

Berbuka kat rumah mak meriah la sebab semua adik beradik bie yg ada kat JB balik. So masing2 bawak la macam2 juadah. Mak pulak masak ayam masak merah & sayur peria. Kira banyak la makanan yg terhidang. Aku pulak buat kuih talam berlauk utk bawak ke rumah mak. Bila dah banyak makanan, mata jadi rambang la, semua nak dimakan tapi tak semua pon yg aku makan.

Habis jer berbuka, masing2 sibuk nak solat maghrib plak. Than kitorang semua duduk2 borak2 sambil tgk berita. Habis jer berita dalam kul 9 lebih, masing2 pon dah nak gerak balik termasuk la aku & bie....

sebahagian juadah berbuka

my biras (duduk & lelaki belakang) & my sis in law

adik beradik bie

anak2 sedara & adik bie yg bungsu



No comments: