Assalamualaikum........
Salam 7 Ramadhan....Sekejap jer dah seminggu umat Islam berpuasa, pejam celik pejam celik nanti dah raya pulak..... cepat betul masa berlalu sekarang nie.
Sebenarnya aku nak share jer gambar2 juadah berbuka masa hari Jumaat (3 Ramadhan) yg lepas. Hehehehe....org dah masuk hari yg ke 7 dah, aku nie baru la terhegeh2 nak citer hari yg ke 3. Takpe lah, janji cerita kan.....
Ramadhan yg ke 3 hari tu sebab tak tau nak masak ape & just nak makan simple jer, so aku decide nak masak sambal tumis sardin untuk dimakan dengan roti perata segera cap kawanku. 4 keping sekali aku goreng roti perata tu. Lepas tu aku goreng keropok lekor pulak. Keropok lekor nie sepupu aku bagi, dia beli kat Mersing. nanti kalau tak goreng simpan dlm petiais lelama takut rosak kan. Itu pon still ada lagi tu tak habis goreng. Sepanjang puasa nie, kalau aku buka puasa kat rumah memang aku just buat air teh o panas jer. Bie nie tak berapa sgt air sejuk2. Tapi kalau buka kat rumah mil or my parent mmg ada air sejuk.
Walaupon juadah berbuka simple jer tapi Alhamdulillah sgt kenyang.......
roti perata segera
sabal tumis sardin
keropok lekor
No comments:
Post a Comment