Friday, August 13, 2010

Talam Berlauk

Dek kerana kerajinan & tekak nak sgt makan, so aku pon buat la kuih talam berlauk nie (berazam tahun nie seboleh2 masak sendiri juadah berbuka). Buat untuk bawak gi umah mil.



dalam loyang lagi....


dah kuar dari loyang....


Talam Berlauk - Sumber : Saji keluaran Julai 2010


Bahan-bahan:

1. 300 gm tepung gandum

2. 150 gm tepung beras

3. 6 cawan santan

4. 1 sudu kecil serbuk lada sulah

5. 50 gm udang kering - kisar

6. 5 ulas bawang merah - hiris

7. 3 ulas bawang putih - hiris

8. 3 tangkai daun sup & 3 tangkai daun bawang - hiris

9. 2 tangkai cili merah - hiris halus

10. 80 gm telur dadar - hiris

11. 80gm serunding daging

12. 80gm bawang goreng

13. garam secukup rasa - tambah sendiri


Cara Menyediakan:

1. Satukan tepung gandum & tepung beras

2. Masukkan santan, gaul rata dan sebati. Boleh juga dikisar halus

3. Kemudian masukkan serbuk lada sulah, garam, udang kering, bawang merah, bawang putih, daun sup & daun bawang. Sebatikan adunan

4. Tuangkan adunan di dalam loyang bulat. Kukus selama 30 minit

5. Selepas itu taburkan dengan hirisan cili merah, daun sup, daun bawang, telur dadar, serunding & bawang goreng. Kukus semula selama 10 minit.





No comments: