Saturday, June 28, 2014

Resepi: Lasagna Roti / Roti Lapis Daging

Assalamualaikum all....

Hari nie aku nak up entry masak2 sblm puasa esok. Hari minggu lepas aku buat lasagna roti atau org panggil roti lapis daging. Buat utk makan malam. Memandangkan hari2 biasa ibu yg akan masak utk lunch & dinner, so hari minggu je lah turn aku masak. Itu pon kalau rajin hehehe... kalau x kami mkn di luar saje hehehehe.... rajin sgt kan bini En. Bie... :)


Main dish is lasagna roti la, makan dengan side dish dia aku buat potato salad & ayam panggang rosemary. Ayam panggang rosmery tu aku bakar dalam pemanggang ajaib je. Senang & cepat. Lasagna roti plak aku cari resepi dia kat google jer. Walaupon cari kat google je tp mesti la cari resepi yg mudah & lazatkan. Orang2 kat rumah pon cakap sedap walaupon first time buat nie bakar dia x cantik sgt tapi tetap licin. Aku amik resepi lasagna roti nie dari blog Weezana Life Is Colorful (http://emiliaputeri.blogspot.com/2012/04/step-by-step-lapis-roti-berdaging.html?m=1)







Bahan-bahan:

1 biji kentang di potong dadu
200gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan minyak untuk menumis
7 keping roti
250ml susu segar
1 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - saya pakai Mozarella 
Sedikit margerin untuk melenser 


Cara-cara:

1. Kisar bawang dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang, kentang dan garam. Goreng sehingga kentang masak.

2. Satukan susu, telur dan secubit garam dalam mangkuk.  Pukul susu, telur dan garam hingga sebati.

3. Celupkan ke semua roti dalam adunan tadi. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.   

4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/2 bahagian roti yang telah diramas.

5. Kemudian letakkan daging kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.   

6. Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).

7. Bakar dengan api sederhana selama 30-45minit atau sampai lidi tak lekat. 

8. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka. 

9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

NOTA: Boleh buat beberapa lapis kalau suka. Ulang sahaja proses, roti, daging dan roti daging. Atas sekali mesti roti ler.

** tapi aku x ikut cara dia yg no.3 tu part yg ramas2 roti. Aku just celup sekeping2 than terus susun kat dalam loyang & baru tabur daging & aku jugak letak cheese yg sekeping2 tu Baru ulang balik step yg lain. 





Potato salad ya just rebus beberapa biji kentang yg dah dipotong cube dan sejukkan. Kemudian di mangkuk lain campurkan mayonis, salad dressing, mustard sikit, bawang merah cincang, bawang/daun bawang, garam & lada hitam & bancuh sampai sebati dan tuang ke kentang yg dah sejuk.




dalam satu pinggan, lasagna roti, ayam rosemary & potato salad

resepi ayam rosemary lain entry aku share ye... winkwink

hope uolls enjoy dgn resepi yg dikongsi.

No comments: