Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru & Sambutan di SK Medini

Assalamualaikum.....

Selamat Hari Guru!!!!

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Terutama sekali guru-guru yang pernah mengajar Ira dari sekolah rendah, sekolah menengah, Matriks Londang & UUM. 

Selamat Hari Guru juga buat guru-guru yang mengajar Nur Balqis Nafisha & Nur Badrina Nashwa di SK Medini, SRI Al Azhar & Smart Reader Kids Kindergarten. Terima kasih kerana bersabar mengajar anak-anak saya.

Selamat Hari Guru juga kepada semua kawan-kawan Ira yang bergelar Guru. 



Pagi tadi Ira menghadiri majlis sambutan Hari Guru di SK Medini, Iskandar Puteri. Ini kali ke 2 Ira join sambutan Hari Guru sekolah Balqis. Tapi kali ni Ira pergi sorang je. Husband tak dapat join sebab kerja & Badrina pulak ke sekolah tadika. Tapi Ira datang lambat hari ni. Majlis start pukul 7.30 pagi tapi Ira sampai pukul 9.45 pagi. Ada kejadian la sebab sampai lewat tu. 

Banyak acara sempena sambutan Hari Guru. Ada majlis acara padang. Tapi tak sempat nak tengok huhuhu....... Pukul 10 pagi bermula majlis di dalam dewan pulak. Ada ucapan guru besar, ada persembahan anak-anak SK Medini & ada juga persembahan dari guru-guru SK Medini.

Majlis berakhir jam 1 petang tapi dekat-dekat 1.30 petang baru kami balik.

Acara padang, yang pakai tudung biru Cikgu Aini, class teacher Balqis.

Balqis & her classmate

Me & Iena

Selamat Hari Guru

Hadiah yang Balqis sediakan untuk cikgu-cikgu

Persembahan guru-guru

Me & Balqis selfie... belakang tu Band Cikgu

Bergambar bersama Teacher Emi Nadia guru kelas Balqis last year.


Last sekali, Ira nak ucapkan Selamat Hari Guru juga buat mentor-mentor & leader Ira, CDM Shaliza Aziz, CDM Norain Mohd Nizar & DDM Syikin Salleh. Mereka lah guru-guru business Ira yang tak pernah jemu guide Ira dan team The Diamond Circle terutama team Ira sendiri untuk buat lebih baik dalam bisnes.


Selamat Hari Guru!


❤❤❤❤

Ira Zainal




No comments: