Thursday, July 01, 2010

Terengganu - Part 5

Last episode of Rombongan to Terengganu.............................



Pagi Ahad, bangun pagi2 siap2 utk checkout dari hotel. Tapi hotel sediakan breakfast la. But just for 3 person, so macam family aku nie kan ada 5 org so lagi org tu kena la bayar, RM10 seorang. After breakfast, rombongan kami pon bersiap2 utk ke destinasi seterusnya.........

bergambar depan bilik hotel

ibu, ayah & bibi plak bergambar depan bilik hotel

berposing dlm bas



Destinasi seterusnya adalah bershopping di Pasar Payang.....Hehehe shopping la sangat, shopping sikit sambil window shopping yg banyak. Driver2 bas bagi masa sehingga pukul 12.30pm, tu katanyer siap makan lunch la.....




Bibi plak janji ngn kawan dia nak jumpa kat Pasar Payang, so bila kawan dia sampai terus la kitorang jalan2 kat dalam Pasar Payang tu. Aku just beli keropok salut sambal tu seplastik besor, nak bagi2 kat org, than beli baju utk balqis & aina (anak sedara) & beli periuk kukus.



Dah puas jalan shopping & cuci mata, kami pon terus la ke bahagian kedai2 makan pulak utk lunch. Masing2 semua teringin nak makan nasi dagang. Nasib baik la ada kan, kalau tak kempunan la kami semua.....

bibi & kawan dia, Faris




Lepas lunch, kitorang terus kuar dari Pasar Payang than duduk kat bangunan depan, kat bangunan tu ada kedai gak jual batik nie, tapi aku tak gi tgk pon... penat dah, so duduk jer la kat atas pentas kat situ....sambil tunggu bas datang.








Bila bas dah sampai masing dah naik terus la bas bawak kami semua ke Masjid Kristal pulak. Sampai jer kat Masjid Kristal, ada yg terus ke restoran utk makan, ada yg masuk kat Taman Tamadun Islam, & ada yg terus ke Masjid Kristal.

bangunan yg terdapat disekitar kawasan Masjid Kristal

gambar latarbelakang Masjid Kristal




cantik sungguh Masjid Kristal nie

kalau siang pon cantik, malam mesti lagi cantik kan?


Luar kawasan masjid

dalam masjid



Nak ke bas lalu la depan bangunan nie...... nak masuk tapi bayaran mahal RM15 seorang, so snap je la gambar bangunan nie.....

nie la Taman Monumen yg ada Taman Tamadun Islam, yg dalam nyer tu ada replika tempat ibadah seluruh dunia......



Tapi bila kitorang sampai kat Taman Monumen tu tiba2 dapat berita yg bas Mara Liner yg kami naik tu rosak. Kena tunggu pomen dari Kuantan. So selepas perbincangan dengan ketua rombongan, siapa yg ada anak sekolah balik & yg mana bujang or tak bawak anak kena tinggal & balik ikut bas yg rosak tu. Aku, bie & balqis balik ikut bus KEJORA la sebab hari Isnin bie ada kursus yg wajib attend. Ibu, ayah & bibi plak terpaksa tinggal & balik naik bas yg rosak. Dalam kul 11.30pm baru diorang gerak dari Masjid Kristal tu.

Aku & bie sampai Bandar Penawar dalam pukul 5.00am, than pukul 6.45am bie dah gerak gi kerja. Kesian bie mengantuk lagi. Ibu & ayah plak sampai Bandar Penawar pukul 9,00am & ahu gi amik diorang kat ofis KEJORA.

Walaupon bas rosak tapi seronok dapat ikut rombongan KEJORA nie, dan ini lah rombongan terakhir yg akan kami sefamily ikut sebab ibu dah nak pencen bulan 10 nie.

TAMAT



No comments: