Saturday, July 10, 2010

Bening Betik & Kerabu Tomato Untuk Berbuka...

Assalamualaikum.........

hehehehe...... panjang pulak title entry kali nie.



Selamat pagi semua kawan2........ Dah sarapan semua? Mesti dah kan maklum la hari nie kan hari sabtu ada yg tak kerja than mesti la sarapan sama2 ngn family.



Aku plak baru lepas sarapan & tengah tunggu kain kat dalam washing machine tu siap dibasuh. Sementara tu update blog dulu. Kang nanti suram jer blog nie.


Hari Khamis yg lepas aku start sambung balik puasa ganti, maklum la banyak lagi puasa yg belum diganti, takut tak sempat plak nanti, dah la bulan depan jer nak puasa Ramadhan. Kebetulan pulak tu rabu petang ada jiran 2 3 rumah sebelah tu bagi betik muda. So ape lagi, kepala ni dah mikir la nak masak lauk bening betik utk berbuka merangkap makan malam sekali. Tapi aku masak waktu tengah hari la kan, kang tak makan plak balqis.



Petang nyer plak, tetiba terasa nak makan kerabu tomato, terus la ke dapur utk sediakan bahan2 sambil nak menggoreng ayam & buat sambal kicap. So waktu berbuka tu aku buka dengan air teh o sejuk dulu than solat, lepas solat tu baru la kami anak beranak dinner dengan sayur bening betik, kerabu tomato & ayam goreng (takde gambar)




bening betik



kerabu tomato






2 comments:

sweets said...

sedap nye bening betik...akak suka tau...tp x msk kat umh ,abg x pandai mkn...

eynda said...

tak pernah makan bening betik...kerabu tomato pun tak pernah buat...nampak macam sedap la..boleh la try buat nanti :-)