Thursday, June 03, 2010

Tayar Keta Bocor OTW to Melaka

2 minggu lepas kami anak beranak semua ke Melaka sebab cousin aku kawin, so hari Jumaat malam tu lepas maghrib kami pon bertolak dari JB nak ke Melaka. Tapi nak singgah R&R Pagoh sebab sedara2 yg lain semua tunggu kat sana utk konvoi ke Melaka.

Sekali keluar tol Skudai jer tak berapa minit kat highway tu tetiba aku dengar cam bunyi wistle, pastu tanya la bie, bunyik ape tu. Sekali lepas aku tanya tak sempat jawab dengar bunyi lagi kuat & kereta bergoyang cam lari sikit ar. Rupanyer tayar kereta bocor. Dah la masa tu bie bawak 140km/hr, nasib baik ler tak terbabas......... pastu ape lagi berenti tepi jalan highway than tukar tayar spare ar........ Dekat 45 minit gak ar tukar tayar. Berpeluh2 bie....... Nasib baik la masa tu ada ayah, leh tolong gak kan.

bie tengah tgk tayar yg bocor & nak keluar kan tapi jenuh gak ler nak bukak nut2 tayar tu.

tayar yg bocor tu ayah suh letak bawah kereta sbb nanti nak jack kereta & masukkan tayar spare senang

nasib baik la ayah ada leh gak tolong2, kalau kami 3 beranak jer yg ada dlm kereta tu, jenuh la bie nak kena tukar tayar sorang2. Dah la gelap gelita tak de lampu jalan, nasib baik ada lampu suluh dari handphone Bibi terang gak la nak tukar tayar tu.

Disebabkan aku pegang Balqis so aku ngn Balqis kena dok dlm keta, yg lain semua kena keluar la sebab nanti tak larat nak jack kereta kan, berat wooooo...

Org dok sibuk tukar tayar, kami nie sempat lagi posing2 amik gambar...... Bibi, Balqis & aku

Bibi cakap nie no kereta bertuah sebab tayar bocor tengah jalan....siut jer....

Dah siap dah pasang tayar spare, tapi lom ketat kan lagi nut dia...

turunkan jack kereta

semasa bie ngn ayah tengah tukar tayar, barang2 & beg baju semua berlonggok kat tepi jalan sebb nak keluar & masukkan tayar kan.

ayah tengah masukkan tayar yg bocor kat dlm boot citra tu

Balqis pandang kat luar kan gelap pastu tepi jalan tu dah tentu lah hutan kan, si Balqis nie leh cakap akut..akut..akut... aku terus tutup tingkap. Bila tutup tingkap Balqis melalak plak sbb kitorang jer dlm kereta yg lain semua kat luar.



Bila dah siap pasang tayar, ayah & ibu tolong la masukkan barang2 semua kat belakang.

Sementara tu bie ketatkan nut tayar spare tu.

Dah siap semua, kitorang pon terus kan perjalanan ke R&R Pagoh. Sampai pon dah lewat kat sana, semua dah siap tunggu nak gerak ke Melaka.

Next entry cerita pasal kat Melaka pulak ye.....

2 comments:

eynda said...

Amboi yg perempuan sempat lagi posing ek :-p

ira_kecik said...

ye la kak eynda, nak tolong tukar tayar tak kuat tenaga........hehehe yg boleh harap posing & tukang amik gambar je lah.....