Thursday, May 21, 2009

Selamat Hari Ibu

Walaupun hari ibu dah lepas pada 11 May 2009, tapi still dalam bulan Mei, jadi still sempat lagi nak wish kat sumer ibu2 sedunia nie "Selamat hari Ibu & Happy Mother's Day.........."

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat


Buat ibu, Pn. Huzairyn Binti Abdullah, u are such a wondafull mother in the world..... tiada siapa dapat menandingi ibu dalam memberikan kami kasih sayang.............we love you ibu...
Buat mil @ mak, Pn. Sumartie, terima kasih kerana dapat menerima ira seadanya dalam hidup mak, kasih sayang mak tak kan dapat terbalas.......
Buat bie, thanks for the wish bcoz that was my 1st time celebrate Mother's Day with u & balqis.... Mama luv u all always......

1 comment:

mizzblackbeauty said...

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

akak luv those expressive words. mmg true takda pengganti kasih Ibu nan sejati.