Lepas jalan2 kat pantai, kami sekeluarga masuk pulak ke Muzium Nelayan. Sebenarnya dah banyak kali masuk kat muzium nie, tapi baru nie lah kami amik gambar. Sebelum nie, semasa pengubahsuaian dalaman utk muzium nie, bie yg jaga projek tu, than ibu aku yg pantau. Kira nya ape yg ada kat muzium nelayan tu semua hasil kerja bie....
Muzium Nelayan
Muzium Nelayan nie dibuka setiap hari kecuali hari rabu. Nak masuk pulak kena bayar RM3 untuk dewasa, kanak2 punya tak ingat la plak.... tapi kami sekeluarga masuk tak kena bayar, sebabnya ibu yg bawak masuk.
sejarah Tanjung Balau
replika kampung nelayan
Balqis with atuk a.k.a my father
bentuk2 kapal, pakaian nelayan & peralatan menangkap ikan
jenis2 batu karang, ikan, sotong & udang
replika dugong pon ada.... Balqis takut dengan dugong nie, ye lah besar kan....
belakang tu nampak macam akuarium kan, besar sgt tapi sebenarnya ikan2 & batu karang dalam tu cuma replika shaja, dibuat menggunakan gabus tapi memang nampak real......
kami bertiga.....
adik amad, ayah, Balqis, & ibu duduk di replika kapal.......
kapal comel2..... cantik plak tu....
pemandangan belakang tu ialah pemandangan Tanjung Balau
replika perkampungan nelayan......
rumah kampung pon ada dalam muzium nelayan nie.....
bie bergambar kenangan dengan hasil kerja nya.....
budak kecik nie pon nak interprame gak......
sebelum keluar dari galeri besar, sign guest book dulu....
pemandangan luar muzium...
Kemudian kami masuk ke galeri Kapal Karam Desaru. Kat dalam galeri nie terdapat barang2 yg dijumpai di kapal karam desaru. Barang2 yg dijumpai tu kebanyakannya adalah pinggan mangkuk.
Kapal Karam Desaru
pinggan mangkuk yg dijumpai....
Kemudian kami masuk ke galeri Keselamatan & Komunikasi. Kat dalam nie ada la replika rumah api, alatan komunikasi & keselamatan semasa kat laut.
Keluar dari galeri Keselamatan & Komunikasi kami ke bahagian bawah muzium. Ada pelbagai jenis sampan & perahu.
Akhir sekali kami masuk ke galeri Geologi. Dalam galeri nie ada pelbagai jenis batu2 & kristal yg cantik2. Ada jugak peralatan menangkap ikan & model2 langai.
batu2 & kristal
Sebelum balik, sempat lagi tu kami amik buah2 kelapa yg dah kuning sekeliling muzium nie untuk bawak balik.
model buah kelapa
Berakhir lah lawatan kami di Muzium Nelayan, Tanjung Balau. Walaupon selalu masuk muzium nie, tapi tetap menarik gak................. Akhir sekali nak tunjuk gambar dak kecik nie tengah tunggu papa dia amik kereta nak balik rumah....
- The End -