Pagi yg cerah & ceria hari kedua dimulakan dengan breakfast yg tak seberapa. Orang2 punya lah ramai kan coz masa tu tengah cuti Christmast ngn cuti sekolah tu yg ramai tak hengat.... sampai tempat breakfast ada 2, 3 tempat.
Lepas sarapan, semua ahli keluarga Tulane Sdn. Bhd. bergerak ke padang utk acara sukaneka pulak. Ada game tiup tepung, amik getah guna straw, tiup belon sampai pecah, jalan itek, lawan futsal & last sekali acara kemuncak ialah acara tarik tali antara Tulane HQ & Tulane JB. Dalam acara sukaneka nie kumpulan bie dapat tempat ke 4 & dapat la hamper makanan. Acara sukaneka nie sampai jam 11.
acara tiup tepung, amik getah guna straw
bie tengah tiup elon, jalan itek & main futsal
tarik tali
Sementara org tengah bersukaneka, aku plak ape lagi melayan Balqis ler main, berlari sana sini, penat sgt mengalahkan org yg main sukan.
dapat belon warna purple
main bubble dengan abg shami
Selesai acara sukaneka, adalah acara bebas sementara tunggu waklu lunch, so ada yg gi main indoor game, termasuk ler aku ngn bie tapi kejap jer sebab dah penat than terus masuk bilik utk rehat, balqis plak dah ngantuk nak tido. Lepas balqis bangun baru kami gi lunch & bersiap nak ke
v
v
v
v
Kat waterpark dia pon org ramai sgt ditambah plak dengan hujan. So mana2 tempat sumer penuh dgn org, nak duduk pon xde tempat. Apetah lagi kat toilet dia kan. Beratur nak salin baju. Disebabkan hujan, jadi aku ngn bie pon tunggu la kejap bagi hujan reda sikit kan baru la leh bawak sikecik nie mandi, tapi hujan tak la reda habis, still renyai2 so bie cakap daripada tunggu nanti sampai last xdpt mandi baik redah jer. So kami pon bawak jer la balqis mandi dlm hujan tu, tapi risau gak dia demam. Alhamdulillah x demam. Masa mandi aku x snap gambar coz beg & camera sumer simpan dalam locker. Memang best waterpark gambang nie, balqis pon suka sgt.
Dah siap mandi, nak balik, salin baju kat luar, dalam toilet ramai org sgt. aku ngn bie pon tak salin terus jer balik hotel.
Aku ngn bie balik hotel jalan kaki jer tak lah jauh sgt, coz baju dah basah2, tak salin baju, malas la nak naik tram kan, nanti basah plak sit kat tram tu. Sambil2 jalan tu tgk ler pemandangan hijau yg cantik. Nampak tak gambar kereta parking tu. Nie aku amik masa otw balik hotel dah kul 5 lebih. Masa kami sampai mula2 lagi penuh kereta tu sampai kat area bas tu pon penuh tau.... Ada kereta kuda lalu aku snap gambar. Kalau nak naik keta kuda tu kena bayar sorang RM10. Naik tram plak kena bayar sorang RM1.
Sampai bilik, mandi bersihkan diri terus tertido semua kepenatan. Bangun tido plak dah siap2 nak gi dinner plak kan. Balqis dah mengamuk coz tak cukup tido, kesian dia. Dinner malam tu ada tema iaitu berpakaian warna hitam, putih, merah. Malam tu plak makanan dia ialah bbq, tapi takde bakar2, kami sampai sumer dah siap tinggal amik & makan jer...... malam tu plak ada acara karaoeke suka2 diselangi dengan penyampaian hadiah & cabutan bertuah. Kali nie no aku lak naik utk cabutan bertuah no. 3 malam tu, tapi bie yg gi amik sebabnyer aku ngn balqis, nak tido kan dia la.
tido kepenatan
aku & bie tgh tunggu tram nak balik
To be continue....................
No comments:
Post a Comment