Thursday, January 28, 2010

Terung Goreng Sambal

Semalam untuk dinner aku masak terung goreng sambal. Lauk yg simple but nice (for me & my hubby la....), makan ngan nasi panas terangkat beb.........



Bahan-bahannya (agak2 jer la ye) ialah :



Bawang besar, cili merah, cili padi, semua ditumbuk



Terung yg telah dipotong



Cara-caranya ialah :



Terung digoreng terlebih dahulu



Terung yg sudah digoreng



Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga garing (naik minyak). Kemudian perasakan dengan garam, aji & gula. Kalau nak perah limau pon boleh.



Setelah garing, masukkan terung yg telah digoreng

Setelah sebati boleh la diangkat & siap, boleh dihidang bersama nasi panas

Sekian dari Ira Di Dapur........


6 comments:

KASIH said...

salam ira..terima kasih yer..follow ct balik.. betul2 menduga keimanan ku bila semua jiran hilang..

Nampak sedapnya.. sambal tu... kalau makan dgn nasi panas.. mahunya tambah 3 kali tu.. ;-)

eynda said...

Sedapnyer ira...makan dgn nasi putih panas2 :-)

Nana said...

wah nmpk sedap la tp aku xminat terun g

Mummy Chubby said...

uiissshhh...! mmg sodap la ira..kalo nak lagi sedap tumbuk ngan belacan & ikan bilis...hurmmm...mummy lak skang on DIET.xmkn mlm la..hihi

adikmanje@ellyazarmilia said...

sedapnya ira...boleh tiru resepi ni...

iNa said...

cili padi..
sure terangkat..nyum..nyum.....