Saturday, March 27, 2010

Balqis Demam

Semalam petang masa balqis tengah tido, aku perasan yg Blqis tido tak lena, asyik merengek jer. Pastu tengok dia macam susah nak bernafas. Rupanya dia selsema. Mungkin jangkit dari aku ler tu. Aku pagi2 lagi dah kena selsema, malam sebelum tu tekak aku & hidung dah rasa perit. So bila dah selsema tu selalu lah terbersin kan. Memang la kalau bersin tu aku tutup ngn tuala atau tisu. Pastu ngn hidung berair lagi, mana nak dukung dak Balqis lagi. Tu yg Balqis pon terkena selsema.



Bila dia bangun dari tidor, hidung meleleh jer hingus, bila kita lap ngn tuala dia marah sebab sakit kot, mama dia kesat hingus tu kuat sgt. Rasa badan dia panas, kepala semua panas, muka merah jer. Lepas dah mandi petang tu terus bagi minum susu yg dicampur dengan ubat demam & selsema. Senang terus jer dia minum. Cuba kalau nak bagi jer ubat terus cam tu, mau melalak tak hengat la.... tak nak makan ubat.



Dah bagi makan ubat pon still suhu badan dia panas lagi, so cakap ngn bie letak cool fever kat kepala than bagi lagi makan ubat sebelum dia tido. Tapi bagi makan ubat terus la sebab malam sebelum tido memang Balqis tak minum susu botol, dia mesti nak bf. Nasib bie ada, so dia la yg tolong pegang & suap ubat kat mulut Balqis, tapi melalak jgn cakap la satu rumah bergema suara dia je.... Malam plak memang tak lena la aku tido, kejap2 bgn tengok panas badan dia. Nasib baik malam tu dah tak berapa panas sgt. Tapi bila siang nie panas balik badan dia. Dah bagi makan ubat semua, nie Balqis tengah tido. Nanti kalau still panas lagi badan dia, aku ajak bie gi klinik la.




cian anak mama demam ye.....






2 comments:

POSH76 said...

alahai ciannya dia...baby kalu demam sian mesti nangis..doa balqis cepat sembuh yer..tp kalu apa2 better cepat2 bwk gi klinik

ira_kecik said...

thanks sis posh..... memang pon asyik merengek jer....