Dapat info nie dah lama dah, tak ingat dari mana...... kita share bersama ye.......
****************************
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati,
diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah.
- Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
- Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.
- Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
- Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
- Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan di dalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga ke esokan harinya -CUBALAH!!..
- Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..
- Kekalkan wuduk.
- Bersedekah.
- Belanja orang makan.
- Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
- Berkawan dengan ulama.
- Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
- Pesan pada orang, jadi baik.
- Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut..dsb). Jangan dengar orang mengumpat
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."
2 comments:
gud info.. :)
tq ira..sudi share..
sama2 ina..... ape yg ira tau ira sampaikan kat sumer org....
Post a Comment